Assalamualaikum.

Hujung tahun 2014 bakal berakhir beberapa jam sahaja lagi. Begitu juga dengan promosi Shaklee yang bakal berakhir tepat jam 12 tengah malam.

Promosi Disember Shaklee 2014

1) Buy 6 Free 1 vitamin C @
Buy twin pack vitamin C get 5% discount

2) Buy 6 Free 1 vitamin E @
Buy twin pack vitamin E get 5% discount

3) Buy 3 Free 1 Collagen Powder



Nak booking ambil masa gaji pun boleh. Hubungi Sue SMS/WHATSAPP: 013 4774 285 (Sue).

Setiap pembelian produk, RM5 akan disalurkan ke dalam tabung mangsa banjir.
Assalamualaikum.

Klik banner untuk join.
Assalamualaikum.

1) Easter Island


Pulau ini berada di selatan Lautan Pasifik dan sangat terkenal dengan 887 ukiran patung wajah manusia yang dikenali sebagai 'moai'. Patung- patung ini adalah karya masyarakat Rapa Nui. 

Pelbagai teori mengenai asal usul patung ini termasuklah teori fantasi UFO. Namun, sehingga kini para pengkaji masih belum menemui teknologi primitif yang telah digunakan untuk menghasilkan patung-patung ini sekaligus merungkai misteri pulau ini.

2) Piramid Mesir


Merupakan binaan purba yang terletak di Mesir. Terdapat 138 piramid yang telah ditemui sehingga 2008. Piramid ini dibina dengan hanya meletakkan batuan di atas batuan yang lain. Setiap batuan dianggarkan seberat 100 tan. Uniknya, tiada sebarang gam, paku mahupun pelekat yang diletakkan di antara setiap batuan.

Padanan setiap batuan juga sangat tepat sehingga sukar untuk menemui sebarang rekahan. Teknik pembuatan piramid masih kekal misteri sehingga kini.

3) Segitiga Bermuda


Ia terletak di barat laut Atlantik. Terdapat 7 pulau besar dan 150 buah pulau kecil di kawasan Segi Tiga Bermuda ini yang asalnya adalah gugusan karang. Semua alat teknologi dan alat navigasi tidak berfungsi sekiranya berada di tempat ini lantas mencetuskan masalah komunikasi dengan dunia luar.

Terdapat begitu banyak kes kehilangan kapal, bot, kapal terbang, jet mahupun helikopter yang dilaporkan berlaku di Segi Tiga Bermuda ini.

4) Stonehenge


Merupakan monumen prasejarah yang terkenal dengan susunan batu-batuan besar di pinggir daerah England. Tiada yang mengetahui tujuan monumen ini dibina. Terdapat pelbagai teori tujuan pembinaan monumen ini. Antaranya ialah kemungkinan tempat ini adalah tinggalan istana lama, tempat pemujaan dan juga tapak pendaratan UFO.

5) Danau Tiga Warna


Gunung Kelimutu  merupakan gunung berapi yang terletak di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia. Gunung ini memiliki tiga buah danau kawah di puncaknya dikenali dengan nama Danau Tiga Warna kerana ia memiliki tiga warna yang berbeza, iaitu merah, biru dan putih.

Walaupun begitu, warna-warna tersebut selalu berubah-ubah seiring dengan perjalanan waktu. Danau ini menjadi destinasi pelancongan yang sangat menarik untuk dikunjungi kerana keunikannya dan pemandangan yang luar biasa.

6) Wave Rock


Wave Rock adalah sebuah pembentukan batuan semula jadi terletak di sebelah barat Australia. Batuan ini mempunyai ketinggian sekitar 15 meter dan panjang lebih kurang 110 meter.

Selain itu, ia juga sangat menyerupai ombak besar dengan kesan garisnya yang jelas kelihatan seperti ombak. Batu ini sebenarnya tidak ada sangkut paut dengan ombak yang membatu atau sebagainya walaupun ada yang mengaitnya demikian. Sangat mengagumkan, bukan?

Sumber: Rapi Okt 2014|MS: 121
Assalamualaikum.

Gambar Sumber Google
Bahan-bahan:
Puding roti laici:

12 keping roti
Sedikit mentega-untuk sapuan
1 tin (400ml) susu cair
1 tin buah laici-dicarik
2 cawan air laici (dari dalam tin)
1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
2 sudu besar tepung jagung

Sos kastard:
1 tin susu cair
2 biji kuning telur
4 sudu besar gula kastor
1/2 sudu besar tepung jagung

Cara membuat puding roti laici:

1) Satukan susu cair, air laici, gula kastor, telur dan tepung jagung di dalam mangkuk. Kacau sebati.

2) Roti buang bahagian tepinya. Sapukan mentega pada roti. Susun roti di dalam loyang berselang seli dengan buah laici yang telah dicarik. Kemudian masukkan campuran susu cair tadi ke dalam loyang. Biarkan roti menyerap susu tersebut selama 1 jam.

3) Panaskan ketuhar 180c. Masukkan puding ke dalam ketuhar dan bakar selama 45-60 minit. Bergantung kepada ketuhar masing-masing. Jika bahagian atas sudah perang, lapik dengan kertas aluminium dan sambung proses pembakaran sehingga siap.

4) Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Sos kastard:

1) Di dalam mangkuk, masukkan kesemua bahan dan pukul sebati.

2) Masukkan campuran ke dalam periuk kecil. Dengan menggunakan api yang kecil, kacau adunan sehingga adunan mulai memekat. Tutup api.

3) Sejukkan dahulu dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba :)

Assalamualaikum.

Siapa disini suka minum jus anggur merah? Benarkah jus anti penuaan ini benar-benar berkesan? Mari kita lihat.

anggur muscadine

Menurut profesor Charis Eng dari Cleveland Clinic Lerner Research Institute di Ohio, buah anggur merah mempunyai manfaat tersembunyi untuk kesihatan. Daripada hasil ujian, didapati resveratrol iaitu sebatian  di dalam buah anggur yang berkhasiat bagi meningkatkan kesan ubat kanser, terdapat di dalam segelas jus anggur merah.

Para penyelidik juga mendapati khasiat buah anggur merah dalam mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, Alzheimer serta melambatkan proses penuaan. Bagi penyelidik, penemuan ini menunjukkan kesan aditif di antara dua sebatian pada signal sel kanser payudara dan menghalang pertumbuhan sel kanser jika segelas jus anggur merah diambil setiap hari.

Shaklee juga ada produk yang diperbuat daripada anggur muscadine yang bertindak sebagai anti penuaan dan anti kanser. Ia dikenali sebagai Vivix.

jus anggur merah

Vivix bukan sahaja mengandungi resveratrol, malah kaya dengan 15 polifenol yang bertindak sebagai antioksidan dan antipenuaan sel.

jus anggur merah

Hasil gabungan antara resveratrol dan polifenol telah menjadikan Vivix 10 kali ganda lebih baik dari resveratrol yang terdapat dalam jus anggur biasa atau wain (minuman keras).

jus anggur merah

Kini Vivix telah menjadi pilihan produk makanan kesihatan kebanyakan artis antaranya ialah Rita Rudaini dan Ayu Raudhah.

jus anggur merah


jus anggur merah

Antara testimoni mereka yang telah mencuba Vivix:



Ingin kelihatan 25 tahun lebih muda dari usia sebenar? Cubalah sebotol Vivix anda sekarang. Saya yakin anda pasti berpuas hati dengan hasilnya. Nanti saya kongsikan dengan anda cara buat masker Vivix. Teruja tak nak tahu? ;) Cepat-cepat kontek saya ok.

faedah menjadi ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.

Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
Assalamualaikum.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib yang dialami oleh mangsa banjir di pantai timur.


Keadaan mereka sangat terdesak. Bekalan air bersih sukar diperoleh sehingga mereka terpaksa masak air lumpur. Bekalan elektrik turut terputus menambahkan lagi kesukaran pada mereka untuk memasak air.

Sumber Harian Metro 25/12/2014
Seperti yang anda sedia maklum, minuman kotor akan mengakibatkan mudah terkena pelbagai penyakit termasuk muntah dan cirit birit.

Oleh yang demikian, kumpulan Shaklee kami telah melancarkan kutipan dana bagi membeli portable water pitcher yang ringan dan mudah di bawa ke mana-mana.

Dengan penggunaan water pitcher ini ianya akan membantu menapis sumber air bersih di mana air tersebut boleh terus diminum, digunakan untuk memasak, membancuh susu pada bayi dan warga emas.

Sumbangan anda sangat bermakna bagi mereka. Hulurkan tangan, bersama kita ringankan beban. Sumbangan boleh disalurkan pada akaun yang tertera di dalam gambar di bawah. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran kepada anda yang menyumbang.

#‎prayforPantaiTimur‬
‪#‎sumbanganWaterPitcher‬
Assalamualaikum.

Klik banner untuk join.

Giveaway tamat pada
09 Januari 2015
(11:59 malam, waktu Malaysia)

Tag:
Assalamualaikum.

Pernah tak anda bangun, tiba-tiba kaki rasa kebas sangat. Kaki jejak lantai langsung tak rasa apa. Anda rasa seolah-olah tiada kaki. Hampir lumpuh!

Inilah yang dirasai oleh Encik Abd Halim iaitu suami kepada Puan Zeti Hafiza.

Beliau mengalami kecederaan soft tissue injury di bahagian belakang. Beliau tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja berat dan aktiviti lasak.

ubat untuk atlet sukan

Puan Zeti hanya mampu menangis mengenang nasib suami, namun kemudian beliau BANGKIT semula mengubah nasib suami tersayang.

Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh?

Berkat usaha dari isteri beliau Alhamdulillah, kini Encik Halim kembali sihat dan cergas beraktiviti lasak semula.

Sekiranya suami anda suka bersukan dan beraktiviti lasak, anda harus fikir masak-masak demi kesejahteraan suami dan rumahtangga.
Assalamualaikum.

Dulu Puan Liza sakit sendi yang mengakibatkan banyak kerja rumah terbengkalai. Namun, selepas 6 bulan, kini Puan Liza semakin aktif menguruskan urusan rumahtangga tanpa rasa sakit lagi. BONUS!! beliau kini aktif mengikuti suami beliau join larian marathon. Wow, hebatkan!

Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja

Penyakit sendi dikenali sebagai osteoarthritis. Sakit sendi ini berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Apabila permukaan sendi haus, ia mendorong sendi menjadi bengkak dan kebas.

Bahagian sendi yang akan memberikan kesan biasanya pada bahagian lutut. Oleh sebab itu kita dapat lihat segelintir masyarakat di Malaysia, akan mengalami sakit lutut yang serius apabila mencapai tahap umur yang tertentu.

Isu ini adalah serius kerana kita menggunakan lutut setiap hari. Antara aktiviti yang melibatkan penggunaan lutut adalah:
  • Berjalan
  • Duduk
  • Berlari
Anda Berada Dalam Golongan yang Mana?

Pentingnya untuk kita tahu, adakah kita tergolong dalam individu yang bakal menerima sakit sendi ini?

Ini kerana pencegahan peringkat awal boleh dilakukan sebaik sahaja kita mengenal pasti kesihatan diri. Perkara ini yang jarang diambil berat oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia.

Mereka hanya bertindak selepas menerima jangkitan, bukan sebaliknya. Tabiat ini perlu diubah jika kita mahu sentiasa berada di landasan kehidupan yang sihat dan cergas.

Berikut adalah 5 golongan yang berisiko tinggi menghadapi osteoarthritis (sakit sendi):
  • Pemain bola sepak atau aktiviti sukan yang melibatkan penggunaan lutut yang banyak (ragbi dan sebagainya).
  • Individu yang mengalami obesiti.
  • Individu yang mempunyai lemah otot peha sejak dari kecil.
  • Individu yang sudah berusia.
  • Individu yang sering mengangkat barang-barang yang sangat berat.
Shaklee dapat membantu meningkatkan kesihatan sendi dengan:

vitamin sakit sendi dan lutut

Kaedah 1: Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat
Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi dalam tiga (3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi
Omega Guard Shaklee adalah omega 3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega juga bertindak sebagai pelincir. Ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat
Ostematrix atau Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Testimoni:

cara hilangkan sakit sendi

Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.
Klik sini untuk order sekarang!
Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
Assalamualaikum.

penyusuan susu ibu

Penyusuan susu ibu merupakan satu amalan yang mulia. Zahirnya nampak mudah, namun hakikat yang sebenarnya memerlukan pengorbanan dan semangat yang tinggi.

Ikuti kisah Puan Farah, yang merupakan seorang jururawat. Beliau mempunyai masalah susu tak cukup, susah untuk beliau membuat stok susu kerana jadual kerja perlu mengikut shift. Jom ikuti kisah beliau yang telah berjaya mengumpul stok susu dalam masa hanya 2 minggu sahaja!


Bagi menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berusia 2 tahun seperti yang telah disarankan, pengambilan suplemen adalah sangat digalakkan. Samada anda ibu bekerjaya mahupun surirumah sepenuh masa pengambilan suplemen sangat membantu dalam perjalanan tempoh penyusuan si manja anda.

Jom baca testimoni di bawah:

milk booster

Apakah fungsi setiap vitamin tersebut?

VITALEA (MULTIVITAMIN) - Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak membesar dengan baik. 

B-COMPLEX - Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), membantu memelihara sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa (mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam. 

VITAMIN C - Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping atau pun di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik. 

ALFALFA - Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan). 

OSTEMATRIX - Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak. Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.

ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN) - Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. 

Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

Menyusu anak sehingga cukup 2 tahun telah disarankan di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 233 "Para  ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu".

Jadi susu ibu tetap sepatutnya menjadi makanan utama bayi, bukannya susu formula atau makanan lain buatan manusia. Pelbagai tips ingin saya kongsikan dengan anda, namun masa yang ada sangat terhad. Kalau nak tahu anda boleh cepat-cepat hubungi saya ok.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.
Klik sini untuk order sekarang!
Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
Assalamualaikum.

set mengandung shaklee

Pendarahan awal kehamilan mudah mengundang debaran bakal ibu. Perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah keselamatan janin yang baru dikandung. Tentunya hati gusar memikirkan keadaan bayi. 

Walaupun pendarahan adalah petanda masalah kehamilan yang serius, ia kadangkala sebaliknya. Kebanyakan mereka yang mengalami masalah ini akan melalui proses kehamilan yang selamat dan mampu melahirkan bayi yang sihat. 

Menurut R.Todd Ivey, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dari Texas Children’s Pavilion for Women di Houston, ibu tidak perlu bimbang jika pendarahan adalah ringan dan tidak disertai rasa sakit. 

Namun jika pendarahan itu semakin banyak seperti haid, darahnya merah terang dan disertai rasa sakit atau kejang, segeralah ke hospital. Tidak dinafikan, keadaan ini sangat merisaukan. Oleh sebab itulah pentingnya anda segera memeriksa dengan pakar. 

Punca Pendarahan 

Dr Ivey memberitahu perubahan di dalam serviks adalah antara puncanya. Hormon kehamilan akan merubah sel di dalam serviks dan menjadikannya lebih mudah berdarah. Jika anda mengalami cervical polyp (pertumbuhan tisu berlebihan), pendarahan semasa kehamilan akan lebih mudah terjadi. Dalam kedua-dua kes ini, anda dipercayai mudah mengalami pendarahan ringan selepas melakukan hubungan seks atau ujian pelvic. 

Satu punca lagi ialah jangkitan pada salur kencing atau kaviti plak. Ia biasanya disusuli dengan pengeluaran cairan dari vagina. Jika pendarahan anda lebih daripada yang biasa dengan sebab tertentu, doktor akan mencari puncanya terlebih dahulu. Beliau akan melakukan ujian pada pelvic dan perut, mencadangkan ujian pemeriksaan darah atau melakukan ultrasound. 

4 Petanda Pendarahan 

1) Ancaman Keguguran 

Keguguran adalah perkara yang mengerikan. Jika janin anda bakal gugur, anda akan mengalami pendarahan disertai sedikit rasa kejang. Namun serviks anda akan kekal tertutup. Bagi sesetengah wanita, pendarahan mereka terhenti dan kehamilan bleh diteruskan. 

Manakala untuk sesetengah kes yang lain, pendarahan ini berterusan dan akhirnya janin mereka gugur. Sebaiknya, hentikan sebarang aktiviti dan kerja-kerja lasak yang sedang anda lakukan. 

2) Keguguran 

Pendarahan, sakit pada bahagian abdomen dan belakang badan adalah petanda biasa kepada masalah keguguran. Ujian menunjukkan serviks terbuka waktu ini. Bahkan tisu juga akan dipindahkan ke vagina. 

Anggaran keguguran adalah antara 15-20% dan biasanya terjadi pada 12 minggu pertama kehamilan. Penyebab utama ialah masalah genetik yang terganggu dengan proses perkembangan janin. Dalam kebanyakan kes, keguguran sukar untuk dihalang. 

3) Kehamilan ektopik 

Pendarahan dan sakit bahagian abdomen mungkin juga punca kehamilan ektopik. Ia dianggarkan berlaku dalam nisbah 1 dalam 60 kehamilan. Masalah ini terjadi apabila implant telur berkembang di luar rahim. Apabila kehamilan ini semakin berkembang, wanita tersebut akan mula merasa sakit. 

Menurut Dr Ivey lagi, ada sesetnegah kehamilan ini akan menyebabkan tiub fallopian pecah. Inilah saatnya wanita kehilangan sejumlah darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah dan pembedahan kecemasan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. 

4) Subchorionic Hematoma 

Keadaan ini merujuk kepada pengumpulan darah pada kantung kehamilan dan dinding rahim. Semasa ujian ultrasound, doktor mungkin dapat mengesan ketulan. Kadang-kadang ia akan larut dengan sendiri dan keluar sebagai darah. Jika ketulan ini besar dan kekal pada tempatnya, ia akan meninggikan risiko keguguran janin. 

Jika keadaan berterusan atau semakin buruk, usah berlengah lagi. Segera hubungi pakar perbidanan dan sakit puan sesegera yang mungkin. 

Sumber: Rapi Januari 2014 |MS: 62

Shaklee menawarkan nutrisi penting bagi ibu sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kelahiran bayi.

set mengandung shaklee

Fungsi setiap vitamin sila klik sini.

testimoni set mengandung shaklee
Berikan nutrisi terbaik sepanjang kehamilan anda. Anda sihat, bayi dalam kandungan juga akan sihat insyaAllah.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
Assalamualaikum.

Klik banner untuk join.
Assalamualaikum.

Klik untuk join.

Tag:

Assalamualaikum.

Klik banner untuk join
Assalamualaikum.

Klik banner untuk join
Assalamualaikum.

Klik banner untuk join
Assalamualaikum.

Klik banner untuk join
Assalamualaikum

Ibrahim al-Khawsah berkata, “Yang menyembuhkan penyakit hati ada lima iaitu":
  1. Membaca al-Quran dengan menelaah maknanya
  2. Perut yang kosong (kerana berpuasa)
  3. Qiamullail (bangun malam)
  4. Mendekatkan diri kepada Allah di waktu sahur
  5. Bergaul dengan orang-orang soleh

(at-Tibyan)
Assalamualaikum. 

Gambar Sumber Google
Bahan-bahan: 

1 kulit popia 

1 ikat bayam 

4 biji telur (dipotong kecil) 

4 keping keju (dipotong kecil) 

Sedikit bawang goreng 

Cara-cara menyediakannya: 

Potong kepingan keju diikuti dengan bayam dan letak di atas kulit popia 

Kemudian, susunkan beberapa hirisan telur dan bawang goring di atas keju mengikut citarasa anda 

Gulungkan dengan kemas 

Goreng sehingga garing 

Info hidangan: Bayam kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral iaitu vitamin A, vitamin C, niasin, thiamine, fosfor, riboflavin, natrium, kalium dan magnesium.

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Sedar tak sedar kita dapat merawat diri sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur rumah atau di belakang rumah je. Jimat dan selamat insyaallah.

Jom kita lihat apa yang boleh dicuba.

Nafas Tidak Berbau Lagi



Nafas berbau memang memalukan. Petua mudah menghilangkannya ialah berkumur-kumur dengan air sirih. Racik halus tujuh helai daun sirih kemudian diramas dengan semangkuk air panas suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu.

Atasi Kulit Kepala Gatal



Bersihkan segenggam daun puding lalu dikisar lumat. Lumurkan ke seluruh kulit kepala. Bungkus kepala dengan tuala bersih selama satu jam. Kemudian, bilas rambut. Lakukan dua kali seminggu.

Hilangkan Kesakitan Cekam Kuku



Ambil sebiji limau nipis atau limau kasturi dipotong sedikit bahagian atasnya. Kemudian bakar limau tersebut sehitngga bertukar warna kekuningan. Biarkan limau berkenenaan suam-suam kuku.

Selepas itu, cucuk bahagian jari yang mencengkam atau bernanah itu pada bahagian limau yang dipotong tadi. InsyaAllah kuku yang bernanah akan mengecut dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Penawar Angin Badan



Campurkan setengah cawan air perahan bawang merah bersama setengah cawan halba rebus. Kemudian bancuh sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari.

Hentikan dengkuran



Dengkuran kuat setiap malam adalah petanda anda perlukan rawatan. Tumbuk lumat tujuh biji badam. Campurkan dalam air suam dan kacau sehingga sebati. Minum setiap kali sebelum tidur. Ini akan mengurangkan dengkuran.

Bibir Merekah



Atasi rekahan di bibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

Pulihkan Kulit Terbakar



Kesan kulit terbakar akibat sinaran matahari memang memalukan. Bagi mengatasinya, parut jagung muda dan tomato, kemudian ambil patinya. Gaulkan dengan satu sudu madu. Sapukannya pada seluruh kulit yang terbakar. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air. Lakukan setiap hari dan lihatlah hasilnya.

Merawat Kulit Berkedut



Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Badan Ringan Bertenaga



Rebus serai dan halia yang dititik, kulit kayu manis. Amalkan meminum air rebusan ini pagi dan malam agar tubuh menjadi ringan dan bertenaga.

Selamat mencuba.

Sumber: Mingguan Wanita Nov 14 |MS: 69