Jaundis, Susu Ibu Jadi Penawar Terbaik

Hampir semua bayi baru lahir masa kini akan mengalami jaundis. Jaundis yang kini kerap menyerang bayi baru lahir dikenali sebagai physiological jaundis. Ia bukannya penyakit! Selagi paras bilirubin mencecah paras berbahaya, ia tidaka memudaratkan.

kuning pada bayi

Bayi pramatang atau kurang berat badan amat mudah untuk mengalami jaundis. Malah, bayi yang tidak menyusu secukupnya terutama di awal kelahiran dan tidak membuang najis dengan kerap sangat mudah mengalami jaundis.

KOLUSTRUM dan susu ibu yang diterima bayi akan membantunya membuang air besar. Ia mampu mempercepatkan proses penyingkiran bilirubin dari sistem tubuh bayi.

Sebelum bayi dilahirkan, dia memerlukan banyak sel darah merah untuk memperoleh oksigen daripada darah anda. Sejurus lahir, dia tidak lagi memerlukannya kerana memperoleh oksigen melalui udara.

Sel-sel darah merah yang mengandungi hemoglobin itu perlu disingkirkan segera daripada tubuhnya selepas lahir. Jika tidak, ia boleh diserap semula ke dalam sistem tubuh bayi.

Bilirubin pula merupakan sisa sel darah yang perlu dikeluarkan daripada aliran darah oleh hati dan dibuang melalui mekonium dan najis bayi.

Walaubagaimanapun, hati bayi belum sepenuhnya matang lalu menyebabkan ia tidak berupaya untuk memproses dan membuang bilirubin dengan segera pada hari pertama kelahiran bayi.

Kebiasaannya, hati bayi baru lahir mengambil masa antara SEMINGGU hingga DUA MINGGU untuk menjadi matang bagi menangani pertumbuhan bilirubin dalam darah.

Secara puratanya bayi baru lahir yang normal akan mengalami paras tertinggi iaitu 6mg/dl sekitar hari ketiga hingga kelima. Namun, ia akan turun kira-kira 2-3mg/dl di akhir minggu pertama dan beransur-ansur menjadi 1mg/dl di akhir minggu kedua selepas tarikh kelahiran.

Bagi mengatasi masalah peningkatan paras jaundis, rawatan TERAPI FOTO akan disarankan oleh kebanyakan doktor. Rawatan ini memerlukan kulit bayi didedahkan kepada lampu biru yang berupaya memecahkan bilirubin sekali gus memudahkan penyingkirannya dari sistem tubuh bayi.

photo therapy

Ia sangat efektif kerana terapi ini boleh menurunkan paras bilirubin dengan pantas.

Panduan Mengelak dan atau Merawat Jaundis

1) Susukan bayi sejurus selepas lahir dan sekerap yang boleh. Kolustrum bertindak sebagai laksatif  dan kekerapan pembuangan najis akan mengurangkan paras bilirubin.

2) Elakkan memberi bayi AIR! Perlu diingatkan, hanya 2% bilirubin dibuang melalui air kencing manakala selebihnya menerusi najis. Jika bayi diberi air, ia hanya akan memenuhkan perut bayi yang secara langsung menyebabkan dia kurang menyusu susu ibu.

3) Galakkan bayi untuk kekal berjaga dan menyusu setiap DUA jam. Ini kerana jaundis akan menyebabkan bayi mudah mengantuk terutamanya jika dia menjalani rawatan terapi foto.

4) Jika bayi kerap lena ketika menyusu terus daripada payudara dan membuang najis KURANG daripada tiga kali dalam tempoh 24 jam, anda perlu mengepam payudara setiap kali selepas sesi penyusuan dan beri dia susu perahan menggunakan sudu, picagari, cawan atau tiub penyusuan.

5) Dedahkan bayi kepada sinaran matahari kerana ia membantu bayi memecahkan bilirubin di bawah kulitnya. Bogelkan (hanya memakai lampin) dan dedahkan dia di kawasan terlindung tetapi banyak cahaya matahari sepertia anjung di luar rumah.

6) Anda perlu mengelakkan diri daripada mengambil ubat-ubatan seperti aspirin dan sulfa. Anda mungkin boleh berhenti mengambilnya atau mendapatkan ubat alternatif lain yang mungkin tidak memburukkan lagi keadaan jaundis bayi.

Jenis-jenis Jaundis

1) Jaundis pathologic berlaku dalam tempoh 24jam kelahiran berikutan peningkatan dalam pemecahan sel darah merah mahupun ketidaksesuaian jenis darah anda dan bayi atau penyakit yang mengganggu pemprosesan bilirubin oleh hati.

Penyusuan susu ibu sangat digalakkan dalam kebanyakan kes pathologic kecuali jaundis itu disebabkan oleh galaktosemia.

2) Jaundis susu ibu (late-onset) berlaku dalam 4% bayi yang dilahirkan dan biasanya berlaku selepas hari kelima dan berpanjangan sehingga 10 minggu atau lebih. Penyusuan susu ibu perlu diteruskan seperti biasa tanpa campur makanan lain seperti air, susu kambing dan lain-lain.

Teruskan penyusuan susu ibu dengan kerap untuk mengurangkan jaundis.


5 ulasan:

  1. nice sharing... dulu doktor pun nasihat bagi susu banyak-banyak. alhamdulillah tak teruk. anak kedua je yg kena ambil darah bagai. yg lain semua ok, bagi susu banyak-banyak sebelum kena :)

    BLOG OH! BLOG

    BalasPadam
  2. wana pun penah baca juga info mengenai jaundis ni..memang susu ibu penawar terbaik kan..

    BalasPadam
  3. CT pun penah bace ni somewhere dulu.. alhamdulillah anak2 buah tak ada yang kena demam kuning ni time kecik2..

    BalasPadam
  4. Kena jemur tu selalu dengar. Hehe. Kena bagi susu banyak2 tu baru tau :)

    BalasPadam
  5. Nice sharing. Masa anak pertama dan kedua memang kena jaundis. Doktor nasihat bagi susu badan sekerap yang mungkin. Alhamdulillah, masa peknen anak ketiga ni jagan makan betul-betul. Nurse hairan anak saya tak kena kuning.

    BalasPadam