Menghadiri Kelas Shaklee Yang Best, Padat Dengan Informasi di Hujung Minggu Jan 2015

Assalamualaikum.


Tahun baru, semangat pun baru. Semoga tahun baru 2015 memberi lebih banyak kejayaan dalam hidup Sue dan kawan-kawan semua.

Awal tahun 2015, setiap hujung minggu jadual padat dengan kelas Shaklee. Hujung minggu pertama Sue menghadiri kelas marketing Shaklee yang diadakan di Mirc Bangi.

Dalam kelas ini diajar sedikit berkenaan penulisan di blog, cara menjual di instagram dan bagaimana menguruskan bisnes menggunakan smartphone.

Kelas bermula dari pagi dan tamat selepas Zohor.


Kelas seterusnya diadakan di Faizlworld Training Centre, Paragoint Bangi. Kelas bermula dari pagi dan tamat pada jam 6 petang.

Dalam kelas ini menyentuh topik beberapa produk Shaklee, bagaimana membuat marketing di instagram serta slot motivasi di akhir program. 


Heee..ada terselit gambar Sue dapat hadiah kerana berjaya menjawab soalan kuiz produk Shaklee. Rezeki dapat hadiah pada hari tersebut, alhamdulillah..

Jika anda perasan dalam kedua-dua gambar di atas, ternampak kelibat anak-anak kecil dan juga suami. Ya tepat sekali, ini kerana dalam kelas Shaklee boleh je bawa suami dan anak-anak. Asalkan korang pandai-pandailah mengawal anak-anak supaya tidak terlampau membuat bising.

Itu yang bestnye kelas Shaklee ini. Sambil menimba ilmu, anak-anak tidak terabai.

Dalam kelas tersebut juga, ada suami yang turut berkongsi kisah bagaimana dia dahulu tidak support isteri buat bisnes Shaklee, akhirnya kini beliau telah memberikan sokongan 100% pada isteri beliau buat bisnes Shaklee. Sharing yang saya rasa dalam tawa ada tangisnya..


Oh ya, kelas-kelas ini bukan dianjurkan oleh syarikat Shaklee ye. Kelas ini adalah inisiatif leader itu sendiri. Kelas Shaklee pun ada saya kongsikan iaitu Bengkel Nutrisi Shaklee dan banyak lagi sebenarnya.

Anda mempunyai pilihan samada mahu atau tidak untuk menghadiri kelas-kelas ini. Yuran yang dikenakan pun adalah sangat minimum iaitu sekadar membayar untuk duit makan je sebenarnya.

Namun bagi saya, jika ada kelapangan ruang dan waktu, saya pasti akan menghadiri kelas-kelas tersebut. Ilmu yang dapat lebih bernilai dari wang yang dibelanjakan untuk kelas. Pasti akan dapat sesuatu yang berharga setiap kali datang kelas. Percayalah!

Bulan Januari, sudah top up dengan ilmu, aura kejayaan dan kasih sayang dengan insan-insan hebat dalam Shaklee. Semoga 2015 ini memberi satu perubahan besar yang positif dalam hidup Sue InsyaAllah. 

Doakan Sue ye kawan-kawan. Semoga kawan-kawan juga dilimpahi kekayaan, kejayaan dan keberkatan dalam hidup insyaAllah :) ...

6 ulasan:

  1. bagus ada kelas macam ni kan sue..pasti apa yang disampaikan boleh dijadikan manfaat..

    BalasPadam
  2. in sha Allah...semoga dilimpahi rezeki

    BalasPadam
  3. boleh attend kelas nak tambah or polish skill kan.. tak rugi.. banyak buat area bangi.. bangi tu makin lama makin maju.. hahaha.. hub macam macam dah skarang..

    BalasPadam
  4. hmmm kalau saya nak join shaklee ni saya nak cari leader yg rajin buat kelas kelas macam ni lah... saya tak tahu kat KK ni ada siapa yg boleh handle... tanak masuk hentam sembarang jer

    BalasPadam
  5. semoga Sue terus success dalam bisnes ni ;-)

    BalasPadam