Resepi Kerabu Ikan Bilis

Assalamualaikum.

Resepi ringkas ini selain dari kita yang makan, ianya juga boleh dijadikan salah satu menu berpantang bagi ibu selepas bersalin.

Sumber: google
Bahan-bahan:
Setengah cawan ikan bilis
2 batang serai dihiris
2 biji cili padi dihiris 
1 biji tomato dihiris
1 biji limau nipis diambil airnya
Sedikit daun bawang dihiris
Sedikit daun ketumbar dihiris
Garam dan gula secukup rasa

Penyediaan:
1) Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
2) Campurkan kesemua bahan hirisan dan gaulkan bersama ikan bilis.
3) Perasakan dengan garam, gula dan sedikit air limau nipis.
4) Gaul rata dan hidangkan.

Selamat mencuba.

10 ulasan:

  1. salams su,

    sedapnyaaaaaa.....makan mcm tu aja pon sedap:)
    kak mieja baru follow sue:)

    BalasPadam
  2. ringkas tapi membuka selera ni kan sue..

    BalasPadam
  3. ini resepi kegemaran saya nih... teringat satu ketika dulu masa makan kat KL.. mintak kerabu ikan bilis... budak waiter tu jawab kami tak pandai buat... so saya tanya... pandai buat kerabu apa? dia cakap kerabu sotong... okay.... ko goreng ikan bilis dan ko gantikan dengan sotong tu... jadi lah kerabu ikan bilis... boleh?? tak lama kemudian datang kerabu ikan bilis.... hmmmm pandai pun

    BalasPadam
  4. hehehe CT ade buat ni few weeks ago..
    amek recipe dari fesbuk orang dok share2
    sedap tapi ikan bilis kena gaul bila nak makan kalo dak soggy..

    BalasPadam
  5. bawang besar xde ke sue?
    ni bolehlah wat menu diet atkins ni..hehehe

    BalasPadam
  6. Makan dgn nasik panas ni memang best kak sue :)

    BalasPadam
  7. Sedapnya...masa berpantang dengan mak dulu memang mak buatkan. Bila dah pantang sendiri, makan ikan bilis goreng tu ja..hahaah

    BalasPadam