Sayur Warna Warni, Apa Kelebihannya?

Assalamualaikum.

Tahukah anda buah dan sayur yang mempunyai warna yang berbeza mempunyai khasiat yang pelbagai.


1) Hijau
Mengandungi kandungan antioksidan iaitu lutein yang tinggi yang membantu memberikan penglihatan yang baik. Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

2) Merah
Sayur dan buah merah juga pilihan yang bagus kerana kandungan antioksidan iaitu lycopene dan anthocyanin yang merupakan anti radang baik untuk jantung. Ia juga menguatkan daya ingatan dan mengurangkan risiko barah.

3) Kuning dan oren
Sayur dan buah berona kuning kaya dengan vitamin C serta antioksidan seperti karotenoid dan bioflavonoid.

Mereka baik untuk mata dan jantung serta mengurangkan risiko sakit sendi serta kanser. Vitamin C dan bioflavonoid bergabung menguatkan sistem kekebalan tubuh.

4) Ungu
Sayur dan buah warna ungu bukan sahaja menarik tetapi banyak kelebihannya. Semakin tua warnanya maka semakin tinggi kandungan nutriennya. Kaya dengan flavonoid, ia boleh menguatkan memori dan merendahkan risiko sakit jantung.

Selepas mengetahui khasiat warna setiap sayur , lagi bertambah minat anda, untuk makan sayur setiap hari bukan.

7 ulasan:

  1. Baru tahu. Tenkiu Sue. Anak-anak saya punya lah susah nak makan sayur warna hijau ni.

    BalasPadam
  2. baru tahu jugak. hehehe. makan syaur hijau bagus untu diet :D

    BalasPadam
  3. wana pernah baca info tentang ini..memang bagus amalkan makan sayur yang kalerful ni sebab setiap warna ada khasiatnya yang tersendiri kan sue :)

    BalasPadam
  4. yg tau sayur ijau mmg bgs tuk diet hehehe..tp sllu beli mcm2 sayur kaler2 ni haha

    BalasPadam
  5. hehehe kalau buah semuaaaaaa CT suka tapi sayur ahak ahak.. makan gak tapi memilih hihi..

    BalasPadam