Hikmahnya Sakit

Assalamualaikum.

Renungan buat semua.


Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:

1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, tasbih istighfar lebih sangat. Tahiyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk. Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhuk.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati. Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

10 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. Terima kasih atas perkongsian ni sue..sakit tu ujian kan..

    BalasPadam
  2. salams sue, tazkirah dipagi jumaat alhamdullilah ingat mengingati:)

    BalasPadam
  3. hehehe tompang share kat fesbuk =)

    BalasPadam
  4. sakit itu mendekatkan lagi diri kita kepadaNya...dan sebagai peringatan kita...

    BalasPadam
  5. Nice sharing ... banyak juga hikmah sakit ni.

    BLOG OH! BLOG

    BalasPadam
  6. paling berkesan ... sakit mengingatkan kita pd kematian . mohon share di fb .

    BalasPadam
  7. sakit penghapus dosa-dosa kecil. nice sharing Sue

    BalasPadam
  8. itulah jgn sesekali merengek ketika ditimpa kesakitan..ada kebaikan di sebalik kesakitan itu
    ada hikmah
    thks sharing

    BalasPadam