Assalamualaikum.
Masih takda idea untuk hidangan minum petang? Apakata anda cuba resepi bubur som som yang mudah ini.
Sumber gambar dari Google |
Bahan-bahan untuk som som:
1 mangkuk tepung beras
2 mangkuk santan pekat
Sedikit garam
Bahan untuk kuah:
2 cawan air
1 ketul gula melaka
2 helai daun pandan
Cara Memasak:
1) Masukkan daun pandan dan gula melaka di dalam air yang sedang mendidih. Kacau perlahan sehingga ia menjadi agak pekat. Ketepikan.
2) Campurkan tepung beras dan garam ke dalam mangkuk berisi santan. Gaulkan sehingga sebati.
3) Panaskan dan gaul tanpa henti sehingga ia menjadi likat. Sejukkan di dalam bekas.
4) Tuangkan air gula melaka di atasnya dan sedia untuk dimakan.
Info hidangan: Santan kaya dengan kandungan mineral, vitamin, elektrolit, potassium, klorida dan juga kalsium. Walaupun ia mempunyai banyak nutrisi, elakkan di ambil berlebihan kerana boleh memudaratkan kesihatan.
Selamat mencuba :)
pehhh sedapnyaaa ^^
BalasPadamsimple je resepinya.. boleh la cuba.. dtg sini dan follow dr segmen Diari Jejaka Hangat http://enyyusnizar.blogspot.com/
BalasPadamBoleh tak kathy share resipi sue kat blog gmbm? Kathy bg kredit ..
BalasPadamboleh kak :)
Padamsedapnye
BalasPadammataaaaap pastinya tuh bubur som som :)
BalasPadamsimple sangat bahan bubur ni kan sue..tak penah lagi wana buat..apalagi makan..huhu
BalasPadamnyumm.. pernah buat sekali tapi terlembik :p next time cuba lagi la :)
BalasPadamini first time CT dengar nama ni tengok rupa kueh (eh kueh ke?) sbb macam kueh ahaha..
BalasPadam