Resepi Kerabu Ayam

Assalamualaikum.

Kerabu ayam adalah salah satu menu yang mudah dibuat. Sedap dimakan dengan nasi panas. Jom tengok resepinya.

Sumber: Google
Bahan-bahan:
500gm isi ayam yang dipotong kecil
1/2 biji tomato (dihiris kecil)
1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
1/2 biji limau nipis
6 biji cili padi
2 batang serai (dihiris nipis)
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1) Rebus daging ayam dengan sedikit garam
2) Angkat dan susun daging ayam dalam mangkuk hidangan
3) Masukkan bawang besar. Tuangkan sedikit air rebusan ayam jika suka
4) Masukkan cili padi dan perah jus limau nipis. Gaulkan semua bahan tadi agar sebati

Info hidangan:
Serai punya khasiat yang tersendiri selain bahan penyedap masakan. Jika dicampurkan dalam masakan, serai mampu membuang angin dalam tubuh selain mempunyai sifat detoksifikasi.

11 ulasan:

  1. sedapnyaaaa. boleh try buat ni. simple je nampak. :D

    BalasPadam
  2. terliur juga wana tengok kerabu ni..nak buat x de mood sebab demam..

    BalasPadam
  3. yummm..sedap ni..
    terliur tgk..guna kaki ayam aje pon sedap ni

    BalasPadam
  4. Kak sue, anto rumah saya sikit. Hehe. Senang dan sedap gitu :)

    BalasPadam
  5. Ada part2 kulit tu bestnya meratah.... terliur memalam ni...

    BalasPadam
  6. uuish aaaa apa neh bangun2 tengok recepi adus.. iols is dahla pemalas nak masak hahaha..
    tak pernah makan cemni..

    BalasPadam
  7. erm.. nice. ni dah macam kerapu udang n sotong tapi diganti dengan ayam. boleh cuba ni :)

    BLOG OH! BLOG

    BalasPadam
  8. meh hantar sini sikit, terliur ni..hehehe

    BalasPadam