Tip Menjaga Kesihatan Mata Dan Elak Rabun Jauh (Myopia) Bagi Kanak-Kanak

Assalamualaikum.

cara atasi rabun jauh

Boleh dikatakan kebanyakan kanak-kanak sekarang di awal usia 5 tahun ke atas sudah memakai kaca mata. Sue pun ada melihat kanak-kanak di sekolah tadika anak Sue yang masih muda lagi sudah memakai kaca mata.

Banyak faktor yang menyebabkan pemakaian kaca mata ni sebenarnya. Hari ni jom Sue kongsikan tip menjaga mata bagi mengelak dari rabun jauh.

1) Kurangkan aktiviti di dalam rumah yang membuatkan mata si manja melihat objek yang statik seperti aktiviti menonton televisyen, penggunaan telefon pintar, komputer tablet, atau permainan video di TV. Had masa paling optimum ialah 30 minit.

2) Galakkan si manja melihat pemandangan hijau dan jauh.

3) Galakkan aktiviti di luar rumah seperti bersukan, berbasikal, berenang dan memanah.

4) Galakkan si manja memakan makanan berkhasiat yang kaya karotien seperti lobak merah.

5) Jika si manja sedang membaca atau menulis, pastikan mereka duduk dalam postur tegak di kerusi dan meja yang bersesuaian. Elakkan meniarap atau berbaring untuk aktiviti ini.

6) Pastikan jarak buku dan mata ialah kira-kira 30cm.

Semoga tip di atas dapat membantu ibu bapa di luar sana.

12 ulasan:

  1. Bagus tips macam ni..boleh diamalkan pada anak2 buah wana :)

    BalasPadam
  2. salam...

    pada zaman ni sangat susah nak buat tips2 tersebut... ramai ibubapa lebih suka anak di rumah sebab bahaya diluar... entah lah...

    BalasPadam
  3. betul tu..kecik2 lagi dah pakai spek..huhu

    BalasPadam
  4. wahhh nice tips! betul tu sekarang makin ramai budak2 kecik dah pakai spec.

    BalasPadam
  5. Smoga tips ini mbantu ibu bapa di luar sana kan...sian tgk budak2 pakai cermin mata..tertama yg pakai kanta tebal...

    BalasPadam
  6. kdg2 anak2 suka tgk tv dekat2
    dah berjuta2 lemon dok jerit2 jgn dok dekat2
    diorg ni kan hahahah shari mesti mama jd singa
    tulah petang2 tu sllu bw budak2 main kat halaman je
    asik ngadap tv komputer je..ni dah start cuti raya cina
    mula dah sesi tgk dekat2 tu haha

    BalasPadam
  7. nice sharing. lobak tu kalau anak tak suka buat jus kan :)

    BLOG OH! BLOG

    BalasPadam
  8. T.T huwaaaa CT umur 12 tahun pakai spec dah.. tengok TV bnyak sngt ni ehehe..
    dah besar ngadap lappy plak T.T

    BalasPadam