Tip Tingkatkan Daya Fokus Anak

Assalamualaikum.

set kanak-kanak pintar shaklee

Kanak-kanak berusia empat hingga lima tahun memberikan tumpuan kepada apa yang disukainya. Justeru, gunakan cara yang menarik perhatiannya.

Libatkan si manja dengan hal-hal berkaitan dengan pengurusan diri. Biar dia tahu simpanan barang kepunyannya, pakaiannya dan sebagainya. Hal ini akan membantu dia untuk berdikari.

Tip di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan daya fokus anak iaitu:

1) Banyak menonton televisyen antara punca tahap fokus anak anda makin terjejas. Ini kerana program dalam televisyen memang mengganggu perhatian anak-anak. Jadi anda perlu hadkan.

2) Berikan si kecil makan makanan berkhasiat dan makanan sunnah seperti kismis, kekacang, kurma, madu dan sayur-sayuran.

3) Bermain permainan yang boleh meningkatkan fokus kepada anak seperti binaan, doh dan puzzle.

4) Ajak dia membaca bersama anda. Pada peringkat awal, mungkin dia tidak betah duduk diam tapi lama kelamaan dia akan dapat sesuaikan diri. Pilih buku-buku yang bergambar berwarna-warni dan kuang teks. Ini bagi mengelakkan dia hilang minat untuk membaca.

5) Galakkan anak mempunyai hobi tertentu dan pastikan ia bermanfaat untuk anak anda.

6) Pastikan anak anda ambil sarapan. Banyak kajian membuktikan anak yang mengambil sarapan mempunyai daya ingatan yang lebih tinggi, lebih fokus dan mempelajari sesuatu dengan lebih pantas.

7) Membuat aktiviti kraf bersama. Aktiviti menggunting, mencantum dan gam boleh tingkatkan konsentrasi.

Sebelum Amjad ke sekolah, memang Sue pastikan dia akan bersarapan dahulu di rumah. Mudah-mudahan senang beliau menyerap ilmu semasa belajar di sekolah. Aktiviti kraf memang Amjad suka, lebih-lebih lagi part menggunting kertas.

Selain itu permainan blok sangat diminati oleh Amjad. Pelbagai rekabentuk yang telah berjaya Amjad ciptakan antaranya kapal terbang, robot, helikopter dan lain-lain lagi mengikut imiginasi beliau. Seronok bila tengok anak fokus hasilkan sesuatu benda yang dia suka dan berjaya buat sehinga siap.

Semoga tip dia atas dapat membantu ibu bapa untuk melatih anak-anak lebih fokus dalam sesuatu perkara yang dibuat oleh anak-anak. Yang penting jangan cepat putus asa. Kita sebagai ibu bapa harus berikan galakan dan dorongan pada anak-anak tersayang.


8 ulasan:

  1. kdg2 tu sue..el paksa gak anak2 bfast sblm g sekolah
    sbb risau diorg lapar pagi2 tu kan
    at least bertenaga lah skit nak belajar
    yg susah tu arwen..yg abg tu jgn ckp lah..pagi2 dia nafsu nk mkn haha

    BalasPadam
  2. Yang bab tv tu memang setuju. Kena kurangkan :)

    BalasPadam
  3. betul tu kan sue..memang permainan blok ni menjadikan anak lebih pintar..selalu time cuti sekolah wana akan ajak anak2 buah main blok ni..memang fun sebab dapat hasilkan macam2 binaan :)

    BalasPadam
  4. pastikan sarapan walauun segelas susu :) nice info

    BLOG OH! BLOG

    BalasPadam
  5. tengok rancangan tv kena tapis juga.. kalo katun lawan2 kungfu2 mmg x kasi tengok..
    cepat benar pick up bebudak zaman skarang..

    BalasPadam