Assalamualaikum.

Resepi ringkas ni anak-anak pasti suka. Lengkap dengan protin dan sayuran. Memang sesuai dinikmati seisi keluarga.

Gambar sumber Google
Bahan-bahan:
1 ketul isi ayam - potong kecil
1 batang lobak merah - dihiris
1 bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
4 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan susu

Cara membuat:
Rebus air di dalam periuk. Selepas itu, masukkan ayam, lobak merah, bawang besar, bawang putih ke dalam air yang mendidih.

Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Setelah empuk dan masak, kisarkan sup dengan mesin pengisar. Apabila semuanya sebati, tuangkan susu ke dalam sup tadi.

Hidangkan ketika panas.

Untuk kesihatan:
Kajian yang dilakukan oleh Dr. Stephen Rennard dari University Nebraska, campuran kandungan sup ayam mempunyai nutrien dan vitamin yang mampu memperlahankan aktiviti sel darah putih.

Sumber: Rapi Mac 2015
Assalamualaikum.

tips gigi putih bersih

Gigi adalah gabungan struktur organik dan bukan organik yang kelihatan berwarna putih di dalam mulut manusia. Struktur gigi kanak-kanak dan dewasa tidak mempunyai perbezaan yang ketara kecuali dari segi saiz. Gigi digunakan untuk mengoyak, mengikis, memotong dan mengunyah makanan.

Di bawah adalah beberapa point  tip gigi sihat yang ingin Sue kongsikan dengan kawan-kawan.

1) Diet gigi putih
Elakkan dari mengambil minuman bewarna yang boleh membuatkan gigi anda kehilangan warna putih semulajadi seperti teh hitam, kopi, minuman bergas, merokok dan sebagainya.

2) Berus gigi dengan betul
Sebaiknya berus gigi dengan meletakkan pada sudut 45'  dari gusi dan berus gigi dengan gerakan secara memutar. Masa minimum untuk memberus gigi adalah dua minit.

3) Minum secawan teh
Kandungan flavonoid yang terdapat dalam teh dipercayai mampu mencegah penempelan bakteria pada gigi dan mencegah terbentuknya karies gigi. Minumlah teh pada setiap pagi dan petang.

4) Berkumur selepas makan
Usai makan, anda hendaklah berkumur atau mengunyah gula-gula getah untuk gigi. Ini untuk mengelakkan gigi berlubang atau gusi berdarah. Malah, ia boleh meningkatkan pengeluaran air liur yang berguna untuk mengelakkan bakteria jahat dalam mulut.

Selamat beramal :)

Sumber: Rapi Mac 2015
Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu :)

Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung setia blog sihatitunikmat, tak kiralah samada anda meninggalkan komen atau sekadar membaca sahaja (silent reader), Sue tetap menghargai nya. Semoga anda semua beroleh manfaat dari entry2 di blog ini.

Kepada yang tersenarai top commentator Mac 2015, Sue ada sedikit cenderahati untuk anda semua. Mohon berikan nama, alamat dan no telefon untuk tujuan pengeposan hadiah. Tolong emailkan dengan tajuk Top Commentator Mac 2015 dan berikan details tersebut.

Emailkan pada Sue di salsabila_85@yahoo.com


Terima kasih didahulukan :)
Assalamualaikum.

keberkatan

Sharing tazkirah yang Sue dapat dari group whatsapp. Barokah atau keberkatan. Maaf ye, sebab isinya dalam bahasa Indonesia. Jika tidak faham, boleh google translate nanti ok ;)
  • Barokah adalah kata yg diinginkan oleh hampir semua hamba yg beriman, karenanya orang akan mendapat limpahan kebaikan dalam hidup.
  • Barokah bukanlah cukup & mencukupi saja, tapi barokah ialah ketaatanmu kepada الله dg segala keadaan yg ada, baik berlimpah atau sebaliknya.
  • Barokah itu: "albarokatu tuziidukum fi thoah" ~ barokah menambah taatmu kepada الله.
  • Hidup yg barokah bukan hanya sehat, tapi kadang sakit itu justru barokah sebagaimana Nabi Ayyub عليه السلام, sakitnya menambah taatnya kepada الله.
  • Barokah itu tak selalu panjang umur, ada yg umurnya pendek tapi dahsyat taatnya layaknya Musab ibn Umair.
  • Tanah yg barokah itu bukan karena subur & panoramanya indah, karena tanah yg tandus seperti Makkah punya keutamaan di hadapan الله tiada yg menandingi.
  • Makanan barokah itu bukan yg komposisi gizinya lengkap, tapi makanan itu mampu mendorong pemakannya menjadi lebih taat setelah makan.
  • Ilmu yg barokah itu bukan yg banyak riwayat & catatan kakinya, tapi yg barokah ialah yg mampu menjadikan seorang meneteskan keringat & darahnya dalam beramal & berjuang untuk agama الله.
  • Penghasilan barokah juga bukan gaji yg besar & bertambah, tapi sejauh mana ia bisa jadi jalan rizqi bagi yg lainnya & semakin banyak orang yg terbantu dg penghasilan tersebut.
  • Anak² yg barokah bukanlah saat kecil mereka lucu & imut atau setelah dewasa mereka sukses bergelar & mempunyai pekerjaan & jabatan hebat, tapi anak yg barokah ialah yg senantiasa taat kepada Rabb-Nya & kelak di antara mereka ada yg lebih shalih & tak henti²nya mendo'akan kedua orang tuanya.
Semoga segala aktifitas kita hari ini penuh barokah, Aamiin..

✏ Usd. Achmad Zainudin Hafidzahullah...
Assalamualaikum.

Di sini Sue ingin mewar-warkan yang promosi Shaklee akan berakhir 2 hari saja lagi iaitu pada 28/3/15.

Buy 6 FREE 1 ESP
Buy 2 get 5% discount ESP

Buy 3 Fee 1 Zink
Buy 3 Free 1 Vitalea for Children


Berkuatkuasa 1 April 2015, semua produk dan caj pengeposan akan dikenakan 6% GST oleh Shaklee.

Oleh yang demikian, ambillah peluang promosi ini untuk anda membuat sedikit stok supaya lebih jimat gitu :)

Berminat?

Boleh SMS/WHATSAPP Sue 013 4774 285 untuk pembelian dan konsultasi terbaik.
Assalamualaikum.

Kentang rebus lebih kaya dengan protein, mineral terutamanya kalium, fosfat, vitamin B kompleks serta vitamin C secara semulajadi.

Kentang rebus juga lebih rendah kalori dan lemak, namun tinggi kadar serat yang boleh membantu rasa kenyang lebih lama. Jom cuba resepi yang mudah dan cepat disediakan ini.

Gambar sumber Google
Bahan-bahan:
3 biji ubi kentang direbus
Sedikit lobak merah dicincang
Sedikit minyak jagung
Sedikit garam
Sedikit salad campuran

Cara membuatnya:
1) Rebus ubi kentang hingga lembut
2) Campur lobak merah dan kentang yang direbus tadi
3) Bentuk adunan menjadi bebola
4) Grillkan bebola kentang dan hiaskan bersama salad campuran

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.


Tahukah anda bahawa senaman yang kita lakukan perlu mengikut bentuk badan kita? Sepertimana diet mengikut jenis darah, senaman juga boleh dikategorikan mengikut bentuk badan. Pernahkah kita melakukan senaman sekian lama tetapi tetap tidak memberi kesan apa-apa kepada kita? 

Berikut senaman sesuai mengikut bentuk badan:

Badan lurus
Senaman yang sesuai ialah push up, berjalan di atas treadmill (atau berjalan perlahan), step ups dan martial arts (silat, teakwando dan lain-lain).

Badan pear
Senang membina otot tapi sukar  menurunkan berat badan terutama sekali lemak. Banyakkan senaman untuk bahagian bahu dan lengan.

Badan melengkung
Lakukan senaman yang memberi tona dan bentuk keseluruhan badan. Senaman yang sesuai adalah naik turun tangga atau buat step ups, pilates, yoga dan lompat tali.

Badan atlet
Banyakkan senaman atau workout terutama untuk bahagian punggung

Sumber: Rapi 2014

Nota hati: Sue buat je senaman yang mudah setiap hari. Tak rigid sangat seperti yang dicadangkan di atas. Asalkan badan sihat dan rasa cergas setiap hari, itu pun sangat disyukuri :)
Mempunyai kulit muka berminyak boleh membuatkan wajah kurang berseri. Bahkan ia menyukarkan untuk memilih solekan yang tepat. Selain itu, kuli berminyak turut membuatkan mekap mudah luntur dan wajah berkilat, lebih- lebih lagi apabila terkena cahaya matahari.

cara mengatasi kulit berminyak

Tentulah nampak tak cantik! Cara yang paling mudah untuk mengatasinya adalah dengan mencuci muka secara teratur dan konsisten! Anda juga harus memilih produk yang sesuai dengan kulit berminyak.

Cik puan Farizan berkongsi cerita, kisah derita beliau selama 7 tahun muka berjerawat akibat salah memilih produk kosmetik. Apa yang beliau buat untuk kembali cantik dan sihat seperti sedia kala?

Nak tahu kena tonton video ni, memang tak rugi tengok!

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa

Puan Hidayah mengalami parut chicken pox yang sangat teruk di usia 20 an. Beliau rasa sangat malu dengan kawan-kawan dan rendah diri setiap kali berhadapan dengan suami. Apa yang beliau buat sehingga kembali cantik seperti miss universe? Jom tonton video ni.

Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula

4 Sebab Kulit Muka Jadi Berminyak

1) Makanan yang berlemak
Makanan berlemak menghasilkan minyak yang berlebihan. Selain menyebabkan muka berminyak, ia juga punca jerawat tumbuh di kawasan muka.

2) Hormon tidak seimbang
Minyak berlebihan pada muka merupakan salah satu tanda akil baligh. Bagi orang dewasa pula, muka berminyak akan terjadi di saat anda haid. Oleh itu, anda perlu mengawal setiap aktiviti dan pemakanan.

3) Salah memilih kosmetik
Pemakaian kosmetik akan menghasilkan minyak pada muka. Hal ini kerana kosmetik mempunyai bahan kimia dan boleh menimbulkan efek sampingan bagi kulit jenis sensitif. Jadi, pilihlah kosmetik yang diperbuat daripada bahan-bahan mineral.

4) Keturunan
Kadangkala faktor keturunan juga boleh menyebabkan anda turut mengalami masalah muka berminyak. Namun hal ini boleh diatasi dengan menggunakan kosmetik yang sepatutnya atau mengamalkan petua orang lama.

Ayuh kita cuba!

1) Limau nipis


Potong limau nipis kepada beberapa bahagian, kemudian gosokkan ke kulit muka. Tetapi ingat, jangan gosok terlalu kuat sehingga menyebabkan rasa pedih. Tunggu selama 15 minit, kemudian bilas dengan air. Lakukan secara rutin sehari sekali.

2) Pisang, susu dan madu


Lumatkan pisang kemudian campurkan dengan susu dan madu. Gaul sehingga sebati dan jadikan ia sebagai masker. Bersihkan dengan air suam. Lakukan 2 kali seminggu.

3) Putih telur


Gunakan putih telur sebagai masker. Caranya ialah dengan pecahkan telur dan pisahkan kuning dan putih telur. Pukul putih telur hingga berbuih ringan kemudian sapukan di kawasan muka anda. Selepas itu, bersihkan dengan air suam.

Sumber: Rapi Mac 2015
Assalamualaikum

Seringkali kita diingatkan bahawa sedekah itu membuka pintu rezeki. Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. 

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Namun tahukah anda kenapa pentingnya untuk bersedekah?

Anda nak tahu lebih lanjut? Kenalah tonton video ni sampai habis.

Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib? 

Bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ini, marilah sama-sama mengambil peluang untuk memperbanyakkan sedekah. Semoga sedekah kita dapat menampung ruang-ruang kosong amal ibadat kita yang compang comping insyaAllah.
Pengambilan protein membantu menghasilkan sel badan yang baru menggantikan sel lama yang telah rosak.

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi.

Memperkenalkan suplemen Shaklee yang diperbuat dari kacang soya iaitu Soy Isolate Powder (ESP). ESP Shaklee ialah serbuk protein soya berperasa vanilla. Ianya rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Siapa yang perlukan ESP?

1) Ibu yang menyusukan anak

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan 
ESP Shaklee mengandungi protein di mana protein adalah salah satu komponen utama dalam susu ibu. ESP membantu banyakkan susu ibu dan memekatkan susu ibu agar bayi kenyang walaupun minum sikit jer.

2) Wanita yang sedang hamil

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni..
ESP Shaklee mengandungi protein. Protein membantu membina sel-sel dalam tubuh. Daripada sel akan membentuk tisu dan seterusnya organ.

Sel-> Tisu -> Organ ->Sistem badan

ESP membantu membina organ bayi dalam rahim dan menguatkan imun sistem ibu yang hamil. Imun sistem yang kuat dapat mengelakkan risiko keguguran.

3) Ibu yang sedang dalam pantang

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit 
ESP membantu membekalkan tenaga sepanjang hari, membanyakkan susu ibu dan mengembalikan kulit yang cantik berseri kepada ibu yang dalam pantang. Selain itu, ESP sangat membantu dalam proses pemulihan uterus dan ovari, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

4) Orang yang nak kurus

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! 
ESP Shaklee membantu mengawal rasa lapar. ESP mempunyai GI 39 sahaja. Makanan yang mempunyai GI yang rendah dapat membantu menurunkan berat badan.

Memandangkan proses pembebasan gula mengambil masa yang lebih perlahan, maka ianya diserap oleh tubuh dengan lebih lambat membuatkan kita kenyang dengan lebih lama.

Tidak dilupakan pengambilan air masak 3L sehari beserta dengan suplemen pemecah lemak (lecithin @ omegaguard) dan detox (alfalfa @ herblax) utk membuang lemak2 berlebihan.

5) Orang yang nak bertenaga

Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah!
ESP Shaklee ini membakar gula dengan kadar yang perlahan, oleh sebab itu ia dapat membekalkan tenaga dalam jangka masa yang panjang.

6) Wanita yang nak kulit cantik, gebu dan anjal

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa!
ESP Shaklee mengandungi asid amino perlu yang membantu untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Selain itu ESP membantu mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan dan membaiki masalah pigmentasi.

Keistimewaan ESP Shaklee:
  • Ia dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones demi membekalkan keseluruhan kebaikan soya. 
  • Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.
  • Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism).
  • Diproses dalam suhu yang rendah.
  • Dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan turut diperkaya dengan 5 vitamin dan 4 mineral.
  • Sesuai diambil oleh kanak2 setahun ke atas, orang dewasa lelaki dan wanita serta warga emas.
  • Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu.
sumber protein

Bersempena dengan promosi ESP Shaklee, dapatkan ESP pada harga promosi yang lebih jimat sebelum dikenakan GST bulan depan.

shaklee esp

Dengan setiap pembelian 6 canister ESP, anda akan mendapat:
1) PERCUMA 1 canister ESP berharga RM150
2) PERCUMA keahlian Shaklee bernilai RM75
3) Cash bonus minima RM36++

Jumlah keuntungan= RM261++

Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Subang Air pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
Kerap Buang Angin, Perhatikan Makanan Ini.

Terlalu banyak makan dengan pelbagai jenis makanan boleh menyebabkan terkumpulnya gas di dalam perut.

Akibatnya perut kembung dan sukar untuk bernafas. Beberapa bahan makanan berikut boleh menambahkan angin dalam perut:

Bawang putih

Jika diambil berlebihan boleh menyebabkan kembung dan gas terkumpul di dalam perut. Kesannya perut tidak selesa dan kerap membuang angin.

Taugeh

Dikatakan baik untuk hormon tetapi kendungan karbohidrat akan membentuk oligosaccharides yang dapat menyebabkan kembung dan pembentukan gas dalam perut.

Kobis

Ia mengandungi karbohidrat kompleks yang menyebabkan terkumpul gas dalam perut terutamanya apabila dimakan secara mentah.

Besederhana adalah sebaiknya :)
Masalah perut buncit adalah biasa bagi lelaki mahupun wanita. Kadang-kadang badan dah elok kurus, namun perut yang buncit menyebabkan diri sendiri tidak selesa. Betul tak?

Di sini Sue kongsikan 6 tip cara mengempiskan perut dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar.

cara mengatasi perut buncit

Pertama : Minumlah air selepas sekurang-kurangnya 15minit makan. Jangan amalkan makan sambil minum atau habis je makan terus minum. 

Kedua : Makan sikit tapi kerap. 

Ketiga : Say no no no to any junk food atau instant food.

Keempat : Amalkan amik 3biji peppermint ginger plus sebelum tidur. Dalam peppermint ginger ni, ada pudina tau. Antara fungsi pudina ni boleh merangsang tubuh badan mengeluarkan peluh. 

Selain boleh menenangkan otot perut atau abdomen. Otot abdomen yang tenang lagi cepat berkesan bila wat sit up.

Kelima: Lepas je solat subuh saya akan amalkan buat sit up 10x. Selepas isyak pun saya buat 10x.

Terakhir : Istiqamah buat... In shaa Allah, dalam masa 2 atau 3 minggu mesti nampak perubahan ketara.

Lagi satu, minum ais lepas makan memang akan buncit kerana kandungan minyak atau lemak cepat tersalut pada dinding-dinding usus. Oleh itu elakkan minum minuman berais setiap kali selepas makan ye.

Nota: Untuk yang bersalin normal boleh buat sit up selepas 100 hari.

Selamat mencuba :)
Assalamualaikum. 

Cuti sekolah kali ni Sue tak balik kampung hanya duduk di rumah sahaja. Menghabiskan masa dengan anak-anak. Lagipun anak sulong Sue yang 5 tahun tu ada kerja sekolah yang perlu disiapkan. 

Minggu lepas hari Sabtu kami sekeluarga ke TGV Cinema yang berdekatan dengan rumah. Asalnya nak tengok cerita kartun Spongebob, namun disebabkan terpaksa menunggu lama waktu tayangan, kami pun memilih cerita Cinderella.





Pada awal permulaan cerita ni, anak-anak masih behave, duduk elok-elok menikmati cerita ni. Namun, bila cerita ni hampir habis anak-anak dah mula tak boleh duduk diam. Adoi la, banyak kali juga la terpaksa keluar masuk dewan. 

Nasib baik penonton semua sporting. Dewan memang penuh dengan ibu bapa yang bawa anak masing-masing menonton cerita ni. 


Not bad juga la cerita Cinderella ni. Sue bagi 3 daripada 5 bintang. 

Kawan-kawan apa aktiviti cuti sekolah anda? Jom berkongsi cerita :)
Assalamualaikum.

Kawan-kawan yang mempunyai kucing kesayangan, dijemput join segmen Ayuni ni. Sue merupakan salah seorang sponsor hadiah segmen ni. Sebanyak 22 hadiah menarik menanti pemenang yang bertuah. Tarikh tutup 20 April 2015.


Klik banner untuk join

As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



Assalamualaikum.

Rasa terhibur pagi ni bila melayan video ni. Saya tergelak dan senyum lebar menonton video ni sampai habis.

Kenapa Emak Yg Sibuk Jaga Anak Pun Mampu Buat Bisnes 

Anda dah tonton video di atas? Adakah suami anda sama seperti yang digambarkan dalam video tersebut?

Jika ya, alhamdulillah kerana anda semua punya suami yang normal.

Lelaki, mereka tidak sama seperti wanita. Mereka melakukan satu pekerjaan dalam satu masa.Tak boleh ada distraction (gangguan).

Contoh paling mudah ialah semasa suami tengah memandu, yang kita isteri ni dok asyik bercerita macam macam dengan suami.

Bila ditanya balik "Bang dengar tak sayang cakap apa tadi?", hehe..suami pun senyum senyum kambing je dekat kita. Bukan semua cerita yang suami dengar sebab perlu FOKUS pada pemanduan. Haaa, tak boleh ada gangguan sewaktu suami sedang memandu.

Berbezanya dengan wanita ialah, merka ni dianugerahkan oleh Allah boleh buat BANYAK kerja dalam satu masa. Sambil masak, boleh update blog untuk bisnes Shaklee, basuh baju, jaga anak dan kemas rumah.

Banyak kerja dapat disiapkan dalam satu masa. Wanita sememangnya istimewa :)

Allah jadikan lelaki dan wanita ini punya kelebihan masing-masing. Lelaki diangkat sebagai ketua /pemimpin keluarga. Syurga seorang isteri juga di bawah tapak kaki suami. Oleh yang demikian seorang isteri WAJIB taat pada suami selagi tidak melanggar batas syariat.


Apa-apa pun raikanlah kelebihan suami isteri kerana suami isteri itu adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. InsyaAllah rumahtangga lebih aman dan harmoni.




ostematrix

Inilah nasib yang dialami oleh Puan Ida Khairani yang mengalami sakit punggung, sakit pinggang dan sakit tulang belakang disertai dengan kebas di tangan serta terdapat benjolan di tangan beliau. Ini semua kerana gara-gara kekurangan kalsium.


Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini Rimas, Sampailah....

Dalam penjagaan kesihatan tulang, selalunya ia dikaitkan dengan kalsium yang cukup. Golongan remaja dan dewasa sering mengalami masalah kekurangan kalsium dalam badan disebabkan tidak mengendahkan kebaikan minum susu atau produk tenusu yang lain.

Ia berlaku kerana mereka sendiri tidak tahu betapa besarnya peranan kalsium untuk pertumbuhan tulang yang sihat.

Antara kesan kekurangan kalsium ialah:

1) OSTEOPOROSIS
Kepadatan tulang dalam tubuh badan bergantung kepada jumlah kalsium yg anda ambil. Jika sumber kalsium yang anda ambil setiap hari mencukupi, masalah kerapuhan tulang pasti tidak mudah berlaku. Jika tidak, pasti terdapat gangguan di dalam metabolisme tulang menjadikannya mudah rapuh.

2) MASALAH OTOT
Kesakitan otot tulang boleh berlaku jika anda kekurangan kalsium. Pergerakan anda menjadi tidak normal kerana kehilangan keseimbangan dan kebolehan koordinasi kerana gerakan tubuh bergantung pada stimulasi tulang otot.

3) DAYA INGATAN SEMAKIN BERKURANGAN
Ion kalsium sangat penting ketika proses penghantaran maklumat saraf. Rangsangan pada saraf otak berkait rapat dengan penghantaran ion kalsium di dalam dan di luar neuron. Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan hambatan mekanisme rangsangan dalam tubuh menjadi tidak teratur.

4) KURANG SISTEM IMUNISASI TUBUH
Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan sistem kekebalan tubuh berkurangan. Secara tidak langsung, anda lebih mudah terdedah pada jangkitan penyakit.

5) MASALAH JANTUNG
Fungsi jantung dan sumber tenaga yang diperolehi untuk bekerja juga turut dipengaruhi oleh sumber kalsium. Jika ia tidak mendapat sumber tenaga yang cukup, ia pasti menghadapi masalah untuk mengepam darah ke seluruh badan dan sel tubuh.

Secara umumnya, wanita dan lelaki mula menghadapi kehilangan jisim tulang sebaik mencecah umur 50 tahun. Diet harian mungkin TIDAK MAMPU menampung keperluan kalsium setiap hari.

Namun, ada cara yang cukup mudah untuk memastikan anda menikmati keperluan tersebut iaitu dengan meminum DUA gelas SUSU berkalsium tinggi setiap hari.

Ostematrix Shaklee membantu menyelesaikan masalah bagi anda yang bukan penggemar susu macam saya.

sakit tulang belakang, sakit pinggang, sakit punggung

ubat sembelit

Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Subang Air pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
petua merawat bayi kembung

Bayi sangat mudah diserang masalah kembung perut. Biasanya angin masuk ke dalam perut bayi ketika bayi menyusu, menangis ataupun bernafas. Kembung perut menyebabkan bayi rasa tidak selesa lalu menangis dan tidak mahu tidur. 

Bayi yang sering kembung perlu disendawakan setiap kali selepas menyusu agar udara yang terkumpul di dalam perutnya keluar. 

Untuk pengetahuan, bayi yang minum susu terus dari payudara ibu kurang mengalami masalah ini berbanding bayi yang menyusu menggunakan botol susu. Hal ini kerana ibu boleh mengawal sendiri aliran susu yang diminum bayi seterusnya mengurangkan jumlah angin masuk ke tubuh bayi. 

Bayi yang menyusu menggunakan botol banyak menelan udara yang telah tersedia terkumpul di dalam botol susu tersebut. 

Bagaimana mengatasi masalah kembung perut?

1) Pastikan botol susu disendengkan sehingga susu menutupi permukaan lubang putting agar tidak banyak udara masuk bersama semasa bayi menyusu 

2) Sendawakan bayi anda setiap kali selepas menyusu 

3) Tuam perutnya setiap kali selepas mandi 

Petua merawat kembung 

1) Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan dengan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke atas api selama dua minit dan ditekapkan daun tersebut pada perut bayi. 

2) Layurkan dua helai daun sirih dan letakkan pada perut bayi. Tutupkan dengan barut dan ikat dengan kemas. 

3) Ambil beberepa helai daun cekur lalu ditumbuk. Kemudian sapukannya pada perut bayi tiga kali sehari. 

4) Ambil seulas bawang putih dan ketuk. Campurkan dengan sedikit jintan putih. Bungkus semuanya dalam kain dan ikat kemas. Panaskan di atas bara dan apabila sudah suam-suam kuku, tuam pada pusat dan perut bayi dan telapak kaki bayi perlahan-lahan. 

5) Ambil jintan manis, masukkan ke dalam kain dan punjutkan. Panaskan sedikit atas api dan tuam pada perut bayi.

Selamat mencuba :)
petua merawat asma (athma)

Antara kaedah merawat asma adalah melalui rawatan tradisional dan juga pengambilan suplemen selain dari ubat doktor.

Asma (athma) atau penyakit lelah boleh menyerang sesiapa sahaja samada lelaki mahupun perempuan. Penyakit ini berkaitan dengan saluran pernafasan yang membuatkan pengidapnya mengalami sesak nafas tatkala ia menyerang.

Kebiasaan bagi pesakit asma mendapat serangan asma yang teruk sewaktu tengah malam. Ini diakui oleh Encik Akmal yang telah menjadi pesakit asma selama 20 tahun. Ikuti kisah beliau bagaimana beliau kini BEBAS inhaler dan nebulizer, apa yang beliau buat?


Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi 

Asma ini lebih kepada alahan atau allergy kepada sesuatu. Pesakit asma harus menjaga pantang larang antaranya ialah: 
  • tidak boleh bersejuk atau berpanas, 
  • tidak memelihara haiwan seperti kucing, ayam, arnab dan lain-lain, 
  • tidak boleh berada dalam tempat berdebu, berhabuk dan berjerebu, 
  • pantang makan makanan yang boleh menyebabkan batuk seperti rambutan, langsat dan lain-lain, 
  • waktu malam jauhi tidur dalam aircond
Berbalik kepada kisah Encik Akmal, selepas beliau konsisten mengamalkan suplemen Shaklee walaupun atas paksaan isteri,  kini beliau berasa lebih sihat dan kurang rasa penat sewaktu beraktiviti bersama keluarga.

Beliau juga sudah jarang ke hospital. Isteri mana yang tak sayangkan suami kan? Mesti lah happy tengok suami makin sihat dan ceria.

Apa yang beliau amalkan ialah Vivix, Omega Guard, Vitamin C, Garlic, Ostematrix dan Nutriferon.

Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Subang Air pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
Dilema ibu berpantang, nak kurus selepas habis pantang. Maklumla masa hamil berat badan naik mendadak. Suami pula asyik komplen badan isteri gemuk gedempol. Adusss... stresnya bila asyik kene perli dek suami.

cara menurunkan berat badan selepas bersalin

Tambah stres lagi bila gambar di dalam rumah diingatkan adik kepada tuan rumah, sedangkan itu gambar lama waktu zaman muda dulu-dulu. Nak gambarkan betapa berbezanya gambar dulu dan sekarang.

Itulah yang di alami oleh tuan punya cerita di atas iaitu Puan Salwa. Beliau berjaya menurunkan berat badan 20kg selepas bersalin dengan mengamalkan 4 tips. Apakah tips-tips itu?  Kene tonton video ini sampai habis jika ingin tahu rahsia beliau.

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! 

Berlainan pula dengan ibu menyusu, katanya sejak menyusukan anak ni, tekak asyik lapar je. Macam mana ye nak kurus? Mulut ni asyik nak mengunyah je...

Ha.....jangan risau ye wahai mommies sekalian. Set Kurus Shaklee yang mesra untuk ibu menyusu adalah jawapannya.

Apa yang terkandung dalam set kurus ibu menyusu ni?

Set ini mengandungi:

ESP- memberi rasa kenyang yang lebih lama serta tenaga yang berpanjangan. Ianya juga membantu memekatkan susu ibu selain memberikan kulit wajah yang cantik, halus mulus dan bebas jerawat.

Alfalfa- mengangkut lemak yang dibakar dan yang dipecahkan tadi keluar dari badan melalui pembuangan air besar.

Lecithin- Berfungsi memecahkan lemak di dalam badan.  Ini adalah kerana fungsi utamanya adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emusifier'.

Berbalik kepada cerita Puan Salwa di atas, 4 rahsia beliau berjaya menurunkan berat badan ialah:

1) Fully breastfeed anaknya dengan susu ibu
  • Penyusuan susu ibu menggunakan tenaga(kalori) yang disimpan di dalam badan anda semasa mengandung selain daripada tenaga dari diet pemakanan harian. Menyusukan anak secara eksklusif selepas kelahiran bagaikan pakej pelangsingan badan alami percuma yang membantu anda mengurangkan berat badan yang bertambah sepanjang tempoh kehamilan.
  • Purata penurunan berat ibu adalah 2kg lebih besar bagi ibu yang menyusukan berbanding ibu yang tidak menyusukan.
2) Pengambilan air masak yang cukup. Setiap 25kg berat badan perlu mengambil 1 liter air. Bagi ibu menyusu perlu mengambil air yang lebih. Disyorkan mengambil air masak atau jus buah-buahan.

3) Menjaga kalori diet yang diambil
  • Ketika tempoh penyusuan susu ibu, anda seharusnya mengambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari. Ada juga sesetengah  wanita memerlukan lebih daripada itu. Perlu diingat bahawa kajian membuktikan sekiranya pengambilan yang kurang daripada jumlah yang disyorkan, ia boleh menjejaskan penghasilan susu.
4) Menjaga nutrisi dan makanan yang seimbang. Selain set berpantang dan set menuyusu, Puan Salwa juga mengambil set slimming dan set kecantikan kulit.

Pengambilan suplemen Shaklee tidak menganggu production susu ibu, Puan Salwa berjaya membuktikannya! Siap ada dua anak susuan lagi :)

Testimoni mereka yang juga telah berjaya dengan set slimming Shaklee. (Sila klik imej untuk lebih jelas)


tips turun berat badan selepas bersalin
tips turun berat badan selepas bersalin


tips turun berat badan selepas bersalin


tips turun berat badan selepas bersalin


tips turun berat badan selepas bersalin


Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Subang Air pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
Assalamualaikum.

Klik banner untuk join.
Assalamualaikum.

Klik banner untuk join
Assalamualaikum.

Tag:
Assalamualaikum.

Tag: 
Assalamualaikum.

Klik banner untuk join.