3 Petua Atasi Kulit Berminyak Agar Wajah Kembali Cantik Menawan

Mempunyai kulit muka berminyak boleh membuatkan wajah kurang berseri. Bahkan ia menyukarkan untuk memilih solekan yang tepat. Selain itu, kuli berminyak turut membuatkan mekap mudah luntur dan wajah berkilat, lebih- lebih lagi apabila terkena cahaya matahari.

cara mengatasi kulit berminyak

Tentulah nampak tak cantik! Cara yang paling mudah untuk mengatasinya adalah dengan mencuci muka secara teratur dan konsisten! Anda juga harus memilih produk yang sesuai dengan kulit berminyak.

Cik puan Farizan berkongsi cerita, kisah derita beliau selama 7 tahun muka berjerawat akibat salah memilih produk kosmetik. Apa yang beliau buat untuk kembali cantik dan sihat seperti sedia kala?

Nak tahu kena tonton video ni, memang tak rugi tengok!

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa

Puan Hidayah mengalami parut chicken pox yang sangat teruk di usia 20 an. Beliau rasa sangat malu dengan kawan-kawan dan rendah diri setiap kali berhadapan dengan suami. Apa yang beliau buat sehingga kembali cantik seperti miss universe? Jom tonton video ni.

Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula

4 Sebab Kulit Muka Jadi Berminyak

1) Makanan yang berlemak
Makanan berlemak menghasilkan minyak yang berlebihan. Selain menyebabkan muka berminyak, ia juga punca jerawat tumbuh di kawasan muka.

2) Hormon tidak seimbang
Minyak berlebihan pada muka merupakan salah satu tanda akil baligh. Bagi orang dewasa pula, muka berminyak akan terjadi di saat anda haid. Oleh itu, anda perlu mengawal setiap aktiviti dan pemakanan.

3) Salah memilih kosmetik
Pemakaian kosmetik akan menghasilkan minyak pada muka. Hal ini kerana kosmetik mempunyai bahan kimia dan boleh menimbulkan efek sampingan bagi kulit jenis sensitif. Jadi, pilihlah kosmetik yang diperbuat daripada bahan-bahan mineral.

4) Keturunan
Kadangkala faktor keturunan juga boleh menyebabkan anda turut mengalami masalah muka berminyak. Namun hal ini boleh diatasi dengan menggunakan kosmetik yang sepatutnya atau mengamalkan petua orang lama.

Ayuh kita cuba!

1) Limau nipis


Potong limau nipis kepada beberapa bahagian, kemudian gosokkan ke kulit muka. Tetapi ingat, jangan gosok terlalu kuat sehingga menyebabkan rasa pedih. Tunggu selama 15 minit, kemudian bilas dengan air. Lakukan secara rutin sehari sekali.

2) Pisang, susu dan madu


Lumatkan pisang kemudian campurkan dengan susu dan madu. Gaul sehingga sebati dan jadikan ia sebagai masker. Bersihkan dengan air suam. Lakukan 2 kali seminggu.

3) Putih telur


Gunakan putih telur sebagai masker. Caranya ialah dengan pecahkan telur dan pisahkan kuning dan putih telur. Pukul putih telur hingga berbuih ringan kemudian sapukan di kawasan muka anda. Selepas itu, bersihkan dengan air suam.

Sumber: Rapi Mac 2015

10 ulasan:

  1. Balasan
    1. jgn lupa try, lagi bertambah cantik nani :)

      Padam
  2. putih telur paling banyak membantu...

    BalasPadam
  3. perkongsian menarik ni sue hihihi

    BalasPadam
  4. sangat kena , sesuai dengan acik , ada masalah ini ..thanks sharing

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    BalasPadam
  5. dulu duduk hostel kat uni ada rumate rajin benar tepek muka ngan telur putih..
    smpai kawan bilik dia komplen blik baru telur.. tpi kulit dia mmg tip top bersih =)

    BalasPadam
  6. nice sharing. senang aje tapi malas buat :p

    BalasPadam
  7. putih telur la paling mudah nk buat.. igt zaman skolah dulu rajin buat2 semua ni.

    BalasPadam
  8. pernah try gosok dengan limau nipis
    pedihnya sebab kuat sangat tekan dia

    BalasPadam