Mengapa Suami Tak Boleh Lipat Baju, Memasak Dan Kemas Rumah Dalam Waktu Yang Sama Seperti Seorang Isteri?

Assalamualaikum.

Rasa terhibur pagi ni bila melayan video ni. Saya tergelak dan senyum lebar menonton video ni sampai habis.

Kenapa Emak Yg Sibuk Jaga Anak Pun Mampu Buat Bisnes 

Anda dah tonton video di atas? Adakah suami anda sama seperti yang digambarkan dalam video tersebut?

Jika ya, alhamdulillah kerana anda semua punya suami yang normal.

Lelaki, mereka tidak sama seperti wanita. Mereka melakukan satu pekerjaan dalam satu masa.Tak boleh ada distraction (gangguan).

Contoh paling mudah ialah semasa suami tengah memandu, yang kita isteri ni dok asyik bercerita macam macam dengan suami.

Bila ditanya balik "Bang dengar tak sayang cakap apa tadi?", hehe..suami pun senyum senyum kambing je dekat kita. Bukan semua cerita yang suami dengar sebab perlu FOKUS pada pemanduan. Haaa, tak boleh ada gangguan sewaktu suami sedang memandu.

Berbezanya dengan wanita ialah, merka ni dianugerahkan oleh Allah boleh buat BANYAK kerja dalam satu masa. Sambil masak, boleh update blog untuk bisnes Shaklee, basuh baju, jaga anak dan kemas rumah.

Banyak kerja dapat disiapkan dalam satu masa. Wanita sememangnya istimewa :)

Allah jadikan lelaki dan wanita ini punya kelebihan masing-masing. Lelaki diangkat sebagai ketua /pemimpin keluarga. Syurga seorang isteri juga di bawah tapak kaki suami. Oleh yang demikian seorang isteri WAJIB taat pada suami selagi tidak melanggar batas syariat.


Apa-apa pun raikanlah kelebihan suami isteri kerana suami isteri itu adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. InsyaAllah rumahtangga lebih aman dan harmoni.



5 ulasan:

  1. info yang bermanfaat mba :)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..bersyukur dijadikan sebagai seorang wanita.. :)

    BalasPadam
  3. Wanita mmg ciptaan istimewa dan unik..

    BalasPadam
  4. ahaha abang dengar tak ? 'haaa ? awak ada cakap pape ke ?'
    mengundang perang dunia ketiga ehehe..

    BalasPadam