Sup Lobak Merah dan Ayam

Assalamualaikum.

Resepi ringkas ni anak-anak pasti suka. Lengkap dengan protin dan sayuran. Memang sesuai dinikmati seisi keluarga.

Gambar sumber Google
Bahan-bahan:
1 ketul isi ayam - potong kecil
1 batang lobak merah - dihiris
1 bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
4 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan susu

Cara membuat:
Rebus air di dalam periuk. Selepas itu, masukkan ayam, lobak merah, bawang besar, bawang putih ke dalam air yang mendidih.

Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Setelah empuk dan masak, kisarkan sup dengan mesin pengisar. Apabila semuanya sebati, tuangkan susu ke dalam sup tadi.

Hidangkan ketika panas.

Untuk kesihatan:
Kajian yang dilakukan oleh Dr. Stephen Rennard dari University Nebraska, campuran kandungan sup ayam mempunyai nutrien dan vitamin yang mampu memperlahankan aktiviti sel darah putih.

Sumber: Rapi Mac 2015

11 ulasan:

  1. sllu masak ni tuk si kecik..anak2 yglain pun suka mkn sup gak
    sup ngan nasi putih pun diorg licin mkn hehe

    BalasPadam
  2. jadi laper lihat sup di atas mba hehehe

    BalasPadam
  3. sedapnya....ringkas dan cepat

    BalasPadam
  4. sedap tuhh...ringkas jer kannn....hihihi

    Sue...sy dh dpt sampulnyer...mekasih yerrr...suka sgt hihihih

    BalasPadam
  5. memang anak-anak sua sangat :)

    BalasPadam
  6. CT pun sukaaa !! sup ayam n kentang.. kentang lebih please hahaha.. kentang tak boleh dilupakan..

    BalasPadam
  7. favourite anak-anak saya segala jenis sup
    tak kisah, ayam ke, daging ke
    kadang-kadang saya buat sup ikan jer untuk diaorang

    BalasPadam