Assalamualaikum.
Resepi ringkas ni anak-anak pasti suka. Lengkap dengan protin dan sayuran. Memang sesuai dinikmati seisi keluarga.
Gambar sumber Google |
Bahan-bahan:
1 ketul isi ayam - potong kecil
1 batang lobak merah - dihiris
1 bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
4 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan susu
Cara membuat:
Rebus air di dalam periuk. Selepas itu, masukkan ayam, lobak merah, bawang besar, bawang putih ke dalam air yang mendidih.
Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Setelah empuk dan masak, kisarkan sup dengan mesin pengisar. Apabila semuanya sebati, tuangkan susu ke dalam sup tadi.
Hidangkan ketika panas.
Untuk kesihatan:
Kajian yang dilakukan oleh Dr. Stephen Rennard dari University Nebraska, campuran kandungan sup ayam mempunyai nutrien dan vitamin yang mampu memperlahankan aktiviti sel darah putih.
Sumber: Rapi Mac 2015
sedapnyaaaa
BalasPadamsllu masak ni tuk si kecik..anak2 yglain pun suka mkn sup gak
BalasPadamsup ngan nasi putih pun diorg licin mkn hehe
sama la anak2 kita el :)
Padamjadi laper lihat sup di atas mba hehehe
BalasPadamsedapnya....ringkas dan cepat
BalasPadamsedap tuhh...ringkas jer kannn....hihihi
BalasPadamSue...sy dh dpt sampulnyer...mekasih yerrr...suka sgt hihihih
wana pun suka makan juga..^_^
BalasPadammemang anak-anak sua sangat :)
BalasPadam*suka
PadamCT pun sukaaa !! sup ayam n kentang.. kentang lebih please hahaha.. kentang tak boleh dilupakan..
BalasPadamfavourite anak-anak saya segala jenis sup
BalasPadamtak kisah, ayam ke, daging ke
kadang-kadang saya buat sup ikan jer untuk diaorang