Haid berserta senggugut yang keterlaluan

cara mengatasi period pain

Sakit semasa haid sebenarnya sangat kerap terjadi. Ia selalunya ringan dan akan berkurangan selepas sehari dua. Tetapi bagi sesetengah wanita, sakitnya terlalu perit sehingga sukar untuk bangun dari katil. Sengugut yang keterlaluan kerap disertai oleh gejala-gejala lain termasuk cirit-birit, loya, muntah, sakit kepala atau ketidakselesaan pada bahagian tulang belakang.

Senggugut selalunya berlaku akibat kekejangan pada otot rahim tetapi ia boleh juga disebabkan oleh keadaan seperti endometriosis dan fibroid. Pemeriksaan pelvis melalui kaedah ujian ultrasound atau laparoskopi mungkin akan disarankan oleh doktor anda bagi memastikan ia bukan penyakit serius yang boleh mengganggu sistem peranakan anda.

Pengambilan ubat penahan sakit seperti Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti Ponstan boleh membantu melegakan kesakitan,tetapi sampai bila anda harus bergantung pada UBAT bukan.

Pilihan alternatif anda dengan suplemen yang diyakini selamat,semulajadi dan halal, semestinya GLA Complex, B Complex dan Ostematrix Shaklee, in shaa allah akan membantu mengurangkan sakit senggugut dan gejala2 senggugut yang lain. Jom cuba! Anda pasti jatuh chenta ^__^

period pain (pms)

B Complex - Meredakan senggugut- baik untuk masalah senggugut (PMS), terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

OsteMatrix adalah gabungan calcium+magnesium+vitamin D yang anda boleh ambil untuk mencegah dan mengelakkan senggugut. Pengambilannya dapat mengawal kontraksi otot uterus.

GLA Complex mengandungi pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi. Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA.

Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut. Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.

Apa kata mereka yang telah mencuba? (Klik imej untuk lebih jelas)

Testimoni 1: Selamat tinggal penadol

period pain

Testimoni 2: Senggugut hilang, kulit berseri

period pain

Lagi testimoni KLIK SINI dan SINI.

Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
Assalamualaikum.

Salam Jumaat kawan-kawan.

Setiap bulan Sue akan memperuntukkan sedikit wang untuk membeli bahan bacaan yang baru. Bahan bacaan bulan April adalah seperti di bawah.

mudahnya/ haji muassasah

Allah Tempat Meminta mempunyai 40 buah cerita bagaimana mereka ini memperoleh rezeki, kadang-kadang tak logik terfikir dek akal kita manusia yang cetek ini. Begitu sayangnya Allah pada hambanya. Dia akan memberi mengikut waktu yang telah Dia aturkan.

Mudahnya Haji Muassasah memberikan pelbagai tips semasa mengerjakan haji di Mekah. Walaupun dengan pakej haji muassasah tabung haji. Bukan semua orang mampu menggunakan pakej yang mahal puluh-puluh ribu dan ratusan ribu. Tips ini boleh terus apply semasa anda berada di tanah suci kelak.

Diari Ramadan adalah checklist senarai amalan yang kita boleh lakukan sepanjang bulan puasa. Tak lama lagi kita bakal berpuasa Ramadan, buku ini sangat bagus jika dimiliki sekarang..

Kesemua buku-buku yang Sue beli ni, memang sangat best dibaca. Kawan-kawan boleh mendapatkannya di facebook. Ramai seller yang jual. Selamat membaca :)
Assalamualaikum.

Pada hari Sabtu yang lepas iaitu pada 25/4/2015, Sue berkesempatan ke majlis perasmian butik terbaru Siti Khadijah bertempat di Medan Mara (Busana) berhampiran Maju Junction Mall. 


Sempena pelancaran rasmi Butik Siti Khadijah KL, Siti Khadijah telah melancarkan produk variasi PKSE baharu iaitu Classic Cotton Jaquard (C CJ) yang berharga RM255. Koleksi C CJ ini mempunyai keunikannya sendiri di mana material telekung ini ditenun terus dengan corak motif bunga. 

Untuk pelancaran kali ini, 3 variasi bunga akan diperkenalkan iaitu: Paisley, Rosy dan Jasmine. C CJ hanya datang dengan rekabentuk muka Klasik serta lining dalam penuh, memberikan keselesaan kepada pengguna yang inginkan ketebalan kain yang cukup ketika bersolat.

Seawal pukul 11 pagi Sue sampai, butik Siti Khadijah telah dipenuhi dengan ramai pelanggan setia SK. Memang tak sempat nak ambil gambar langsung. 

Terus pilih telekung dan bayar. 200 orang terawal akan mendapat free gift istimewa dari SK. Tak sangka, Sue pun berpeluang mendapat free gift tersebut.


Sebenarnya, ini adalah kali pertama Sue membeli telekung SK. Sebelum ni hanya pakai telekung biasa je. Beli ni pun sebab ada diskaun sempena pelancaran butik baru SK di KL.

Alhamdulillah, dapat merasai memakai telekung SK. Telekung SK memang selesa, berkualiti dan yang penting aurat terjaga rapi insyaAllah.

Jika kawan-kawan berminat, boleh layari website SK untuk pembelian. Selain telekung, SK turut menjual tudung, kasut, stokin tangan, stokin kaki dan jubah.

Maklumat lanjut sila layari http://www.sitikhadijah.com/

Butik Siti Khadijah Cawangan Kuala Lumpur
Tingkat 1, Busana @ Menara Mara
Jalan Tunku Abdul Rahman
Kuala Lumpur
50250
Malaysia

Phone:03-5523 5075
Mobile:+6013-365 4568

Jika anda sedang mencari set suplemen untuk umrah atau haji boleh hubungi Sue di talian 013 4774 285.

Jemput tonton video di bawah:

Assalamualaikum.

Bagi pesakit kanser atau barah, ada beberapa potong ayat Al-Quran yang boleh diamalkan bagi merawat sakit kanser. Sesungguhnya ayat Al-Quran adalah penawar bagi setiap penyakit kecuali MATI.




Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Selain dari itu, Shaklee juga mempunyai rangkaian supplement untuk penghidap kanser.

Setiap yang berlaku tersembunyi HIKMAT yang hebat disebaliknya. Kita haruslah sentiasa berusaha bukan pasrah berserah dan menyalahkan takdir.
Menjadi isteri, ibu dan suri rumah dalam satu masa adalah tanggungjawab yang cukup berat. Apatah lagi dengan membahagikan masa untuk bekerja dan rumahtangga. Tugas bermula seawal pagi dengan menyiapkan keperluan anak-anak, sarapan ke tempat kerja hinggalah malamnya sehinggakan masa untuk diri sendiri diabaikan. 

tips urus rumahtangga

Beberapa tip boleh membantu anda dalam menghilangkan tekanan yang dihadapi dalam menguruskan rumahtangga sekaligus memudahkan tugas anda sepanjang hari. 

Tidur yang cukup 

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendapatkan tidur yang cukup iaitu 8 jam sehari agar anda merasa lebih segar pada waktu pagi. Jangan tidur terlalu lambat untuk mengelakkan anda dalam keadaan ‘bad mood’ kerana kurang rehat. 

Buat jadual 


Anda boleh membuat jadual secara rutin tentang aktiviti anak anda pada waktu pagi. Contohnya, mandi, sarapan dan pergi ke sekolah. Anda juga boleh mengajar anak-anak anda untuk mengikuti peraturan yang telah anda tetapkan. Selain itu, apa yang anda lakukan ini juga akan berjalan dengan lebih teratur. 

Waktu tidur anak 


Mungkin anda jarang tidur pada waktu siang berbanding dengan anak anda. Jadi, inilah masanya untuk anda melakukan kerja-kerja rumah. 

Siapkan pada waktu malam 

Untuk memastikan anda tidak tergesa-gesa waktu pagi, anda boleh membuat persiapan keperluan anak pada waktu malam. Jadi, tugasan waktu pagi sedikit ringan. Pastikan juga anda menyediakan peralatan atau bahan untuk sarapan esoknya seperti hirisan bawang, sayuran dan sebagainya. Sekurang-kurangnya waktu pagi anda tidak kelam kabut. 

Bersihkan secepat mungkin 


Selesai memasak, cubalah untuk membersihkan peralatan secepat mungkin. Anda boleh mencuci pinggan atau pakaian dalam mesin basuh. Atau ketika anda bersiap-siap ke tempat kerja, anda boleh mengemas meja solek atau meja makan. 

Lakukan secara berperingkat 


Jangan terburu-buru untuk melakukan banyak kerja sekaligus. Ambillah masa sekurang-kurangnya 10-15 minit agar anda tidak kehabisan tenaga. Mungkin dalam tempoh berehat, anda boleh bermain-main dengan anak atau berehat seketika tanpa diganggu. 

Ubah aktiviti 

Agar anda tidak cepat bosan, anda boleh cuba untuk mengubah aktiviti yang anda lakukan. Contohnya, anda keluar bersiar-siar dengan keluarga pada hari Sabtu dan hari minggu adalah untuk mengemas rumah. Anda boleh ubah aktiviti itu sebaliknya. Cara ini tidak akan membuatkan anda tertekan. 

Minta pertolongan suami 


Tidak semua kerja rumah dilakukan oleh isteri. Suami juga perlu memainkan peranan dalam menguruskan anak. Minta pertolongannya untuk menjaga anak atau bermain seketika semasa anda menguruskan kerja di dapur. Pada masa yang sama ia boleh membuatkan hubungan bapa dan anak menjadi lebih erat. 

Sumber: Rapi Mac 2015
Pengalaman Sue sendiri yang pernah mengalami bengkak susu sebanyak dua kali iaitu semasa anak sulong dan anak kedua. Ouch!! sangat sakit rasanya, tuhan je yang tahu.

susu tersumbat

Cik B bengkak kemerah-merahan beserta panas, badan rasa nak demam dan ada sesetengah orang menggigil. Nak angkat baby pun tak mampu. Rasa tak larat sangat-sangat.

Sebelum tu, Sue nak kongsikan satu video kegigihan seorang nurse yang bekerja shift mengumpul stok susu untuk anak beliau.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan 

Bengkak susu ni jangan dibiarkan berlarutan. Sangat bahaya kerana boleh mengakibatkan mastitis!

Di bawah ini adalah pengalaman ibu-ibu yang pernah kena bengkak susu. Ngeri okeh sampai kena operate.

petua merawat bengkak susu

petua merawat bengkak susu

Antara petua yang boleh mommies boleh cuba ialah:

1) Pam susu
2) Urutkan Cik B dengan sikat ke arah puting susu
3) Letakkan daun kobis tapi jangan dibiarkan lama takut nanti susu terus kering
4) Isi botol kaca dengan air panas, kemudian balut dengan kain. Tuamkan pada Cik B.
5) Makan Lecithin Shaklee. Pengambilan Lecithin 1 kapsul (1200mg) 3-4 kali sehari sangat membantu. Baca lanjut DI SINI

petua merawat bengkak susu

Testimoni mommy yang telah mencuba Lecithin untuk bengkak susu:

petua merawat bengkak susu

Penyusuan bayi pramatang cabarannya sungguh hebat. Puan Hidayah berkongsi tips penyusuan bayi paramatang beliau tanpa stress ;)

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? 

Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
Assalamualaikum. 

Siapa penggemar teh di sini? 

Sue dulu memang penggemar teh. Namun semenjak ada anak, Sue sangat-sangat jarang minum teh sebab takut anak berangin badan. Maklumla menyusu badan. 

Tiba-tiba rasa nak minum teh semula selepas melihat iklan di group facebook. Macam menarik je teh super berries ni. Jadi sue order sekotak dengan rooibos tea. Rooibos tea tu untuk mandikan anak Sue yang eczema


Super berries tu sedap sangat. Aromanya yang wangi. Dibancuh dengan air panas tanpa gula pun sedap menyengat. 

Kalau siapa yang berminat nak mencuba boleh PM facebook Liyasyamel Solutions. Sekian, iklan tak berbayar dari Sue.
Assalamualaikum.

Salam 1 Rejab kawan-kawan :)


Memandangkan bulan Rejab ni banyak tersebar hadis-hadis palsu di kalangan masyarakat,
jadi kami di Tarbiah Sentap nak beritahu,

Ibnu Hajar Al 'Asqalani sebut bahawa hadis-hadis yang menyebut tentang fadhilat amalan tertentu di bulan Rejab ada dua jenis sahaja:
  • dha'if (lemah) atau maudhu' (palsu).
Contoh yang palsu :
  • Rejab jatuh pada 20 April. Barang siapa puasa 1 hari maka seperti laksana puasa 1 tahun
  • Barang siapa Puasa 7 hari maka ditutup pintu2 Neraka Jahannam
  • Barang siapa Puasa 8 hari maka dibuka pintu 8 Syurga
  • Barang siapa Puasa 10 hari akan dikabulkn segala permintaan nya.
  • Barang siapa mengingatkn kpd org lain tentang ini, seakan ibadah 80 tahun.''Subhanallah''

HARAM MENYEBAR HADIS PALSU

Al-Mughirah bin Syu'bah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya pembohongan yang dilakukan ke atasku adalah tidak sama dengan pembohongan yang dilakukan ke atas orang lain. Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku dengan sengaja, maka bersedialah dia dengan tempat duduknya di dalam api neraka." (Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari).

Syeikh Abu Asma' Ibrahim bin Ismail Ali 'Asr menjelaskan dalam pendahuluannya kepada suntingan karya Imam Ibn Hajar al-'Asqalani yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab', ramai dalam kalangan pendakwah, penceramah, guru agama, khatib yang tidak sensitif terhadap hadis maudhuk, sehingga mereka menyampaikannya kepada masyarakat tanpa berusaha mengenalpasti status sesuatu hadis. 

Perkara merbahaya ini boleh menceburkan mereka dan anggota masyarakat yang menyebarkan hadis palsu dalam ancaman Nabi, "Sesiapa yang berdusta terhadapku, maka bersedialah tempatnya di dalam api neraka". Walaupun mereka tidak berniat untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah, tetapi dengan tindakan mereka menyebarkan hadis palsu sedangkan mereka sudah dijelaskan kepalsuan hadis itu, mereka telah terjebak dalam melakukan pendustaan terhadap Rasulullah saw.

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu." (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim).

Umat Islam tidak perlu disajikan dengan pahala dan fadhilat untuk melakukan amalan khusus hanya di bulan Rejab sahaja, sedangkan ia bersumberkan laporan/hadis palsu yang merupakan pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw. Adalah amat baik kita dapat melazimi diri dengan melaksanakan amal ibadah secara berterusan yang bersumberkan dalil yang benar daripada al-Quran dan hadis sahih; tentang kelebihan menghidupkan malam dengan solat sunat seperti tahajud dan witir, puasa sunat isnin khamis, puasa sunat hari ke 13, 14, dan 15 setiap bulan, puasa sunat selang sehari seperti cara puasa Nabi Daud.

Marilah sama-sama kita memelihara kemuliaan bulan haram seperti bulan Rejab ini daripada dicemari dengan hadis palsu.

Assalamualaikum.


Follower ke berapa tak pasti, sebab dah lama follow.

Saya nak menang giveaway ni sebab saya ingin memiliki hadiah istimewa itu kerana belum rezeki saya untuk travel luar negara lagi. Saya sangat gembira jika menang kerana koleksi hadiah dari oversea saya akan makin bertambah. TQ Aisya :)
Assalamualaikum.


Aku akan diharamkan daripada mendapat ilmu yang bermanfaat 

Aku pasti sentiasa murung dan akan wujud keresahan dalam hati 

Segala urusan yang aku lalui setiap hari pasti dihurung kesusahan dan kepayahan 

Perkara ketaatan diharamkan daripada diriku 

Aku diharamkan daripada mendapat keberkatan 

Terasa sempitnya dadaku 

Aku terus bergeluman dengan pelbagai perkara buruk lagi 

Dosa dan maksiat itu menjadi kebiasaan bagiku 

Sedihnya apabila Allah menghina diriku ini 

Hatiku bertambah pedih ketika manusia lain memandang hina kepadaku 

Bahkan, binatang ternakan turut melaknatiku 

Hanya kehinaan yang layak buat diriku 

Hatiku dipenuhi dengan titi-titik hitam 

Aku diselubungi kelaknatan 

Doa aku terhijab dan terhalang daripada dimakbulkan 

Aku tidak lagi mengecapi kebahagiaan 

Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku 

Tanpa disedari, nikmat yang ada telah ditarik oleh Allah 

Diri aku sudah tentu dibaluti perasaan takut yang tidak terperi 

Aku mampu ditawan oleh syaitan dengan mudah 

Pengakhiran hidupku sudah tentu dalam keadaan yang buruk 

Akhirnya, azab dan seksaan Allah menantiku di akhirat 

Ya Allah, aku ingin bertaubat...Aku menyesal atas segala dosa dan maksiat yang aku telah lakukan... 

Kredit: Solusi Isu #46 MS:20
Assalamualaikum.

1) Bau rempah halau lalat 



Masalah lalat hinggap pada makanan memang sesuatu yang merungsingkan dan membuatkan kita tidak selesa. Untuk mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Gantung pada ruang makan atau tempat yang biasa dihurung lalat. Insyaallah, ia akan dapat mengurangkan atau menghalau lalat untuk hinggap pada makanan. 

2) Hilangkan kesan minyak 


Kebiasannya kita menghadapi kesukaran untuk menghilangkan kesan percikan minyak pada pakaian samada terkena sewaktu memasak atau makan. Bagi mengatasinya, cubalah petua ini. Taburkan bedak debu pada tompok-tompok minyak yang masih baru melekat pada pakaian. Bedak akan bertindak untuk menyerap minyak tersebut. Selepas 15-20 minit, barulah boleh cuci pakaian tersebut seperti biasa. 

3) Tanggalkan karat barangan perak 


Jika anda merebus kentang, airnya jangan terus dibuang kerana ada petua dapur yang boleh kita gunakan. Air rebusan kentang bermanfaat untuk membersihkan barangan perak. Caranya, masukkan barangan perak ke dalam air rebusan kentang yang masih panas dan biarkan selama setengah jam. Selepas itu, angkat barang perak tadi dan biarkan kering dengan sendiri. Apabila sudah kering, gosok dengan kain lembut dan hasilnya pasti berkilat macam baru. Selamat mencuba. 

4) Papan pemotong sentiasa bersih 



Papan pemotong merupakan kelengkapan memasak yang penting. Tidak kira warna apa, tapi ia perlu selalu dibersihkan agar dapat menghindari bacteria atau kuman. Bagi memastikan papan pemotong sentiasa bersih daripada kuman, sila gunakan baking soda untuk menggosok papan pemotong berkenaan dan diikuti semburan air cuka. Anda akan lihat tindak balas seperti berbuih-buih berlaku. Biarkan seketika dan setelah itu, bilas dengan air yang bersih. 

Selamat mencuba.

Sumber Keluarga April 2015
Assalamualaikum.

Masak kurma adalah salah satu menu kegemaran anak-anak Sue sebab tak pedas dan sedap, rasa lemak lemak santan gitu. Jom Sue kongsikan resepinya di bawah.

Sumber google
Jumlah hidangan: 6 orang 

Catatan: Susu cair dan santan juga boleh digantikan dengan yogurt untuk masakan yang lebih sihat. 

Bahan-bahan: 

Ayam segar (dipotong 10)

Bawang besar 2 labu 

Bawang putih 3 ulas 

Halia diketuk 2 inci 

Serai diketuk 2 batang 

Buah keras ditumbuk 3 biji 

Ubi kentang dibelah 4 - 2 biji 

Rempah kurma 5 sudu besar 

Rempah 4 sekawan ( bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga) 2 sudu besar 

Serbuk cili 2 sudu besar 

Kerisik 2 sudu besar 

Susu cair 1 tin 

Pati santan 1 cawan 

Garam secukup rasa 

Hiasan: 

Bawang besar belah 4 -1 labu 

Cili merah belah 2 -2 biji 

Cili hijau belah 2 -2 biji 

Tomato belah 4 -1 biji 

Cara-cara memasak: 

1) Kisar bawang besar dan bawang putih 

2) Tumis bahan kisar bersama rempah kasar dan serai sehingga wangi 

3) Bancuh rempah kurma dan serbuk cili dengan sedikit air menjadi pes, tuang ke dalam tumisan dan masak hingga pecah minyak 

4) Masukkan ayam, kentang dan buah keras yang ditumbuk lumat, kacau sekata dan masak seketika 

5) Tuangkan susu cair dan santan, masak ayam sehingga empuk 

6) Masukkan bahan kisar dan reneh selama 2 minit dan tutup api

Selamat mencuba :)
Lumrah bagi pasangan yang baru berkahwin atau yang sudah lama mendirikan rumahtangga inginkan zuriat sendiri buat penyeri rumahtangga yang dibina.

cara cepat hamil

Jika anda sudah memeriksa diri dan pasangan anda TIDAK ADA sebarang punca ketidaksuburan, anda boleh cuba berikhtiar dengan pengambilan set suplemen Shaklee selain daripada pengambilan makanan yang dapat membantu meningkatkan kesuburan atau dengan membuat rawatan kesuburan.

Apa yang terkandung dalam set kesuburan Shaklee?

tips subur

Vitamin E & Selenium - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. 

Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. 

Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. 

Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. 

Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). 

Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).


Membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan tubuh. 

Mengandungi Asid Folik - meningkatkan kesuburan wanita, memperbaiki kualiti dan kualiti sperma dan mengurangkan risiko masalah kecacatan tulang belakang bayi yang bakal lahir


Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk menukar makanan ke bentuk tenaga 

B 6 - membantu memanjangkan waktu subur 

B 12 - membantu meningkatkan kuantiti sperma

Testimoni mereka yang telah mencuba set kesuburan Shaklee:

Testimoni 1: Selepas consume set kesuburan Shaklee selama 3 minggu, beliau telah disahkan hamil 5 minggu, Alhamdulillah :)

cara cepat hamil

Testimoni 2: Sebelum ini belaiu mengalami masalah period cycle yang tidak tetap. Selepas consume set kesuburan Shaklee, kini belaiu telah berjaya hamil. Segalanya dengan izin Allah jua :)

cara cepat hamil

Lagi testimoni set kesuburan KLIK SINI.

Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
Assalamualaikum. 

Ada yang Monday Blues hari ni? 

Ada kalanya ketika bangun pada waktu pagi, kita akan berasa kurang bersemangat untuk memulakan hari tersebut. Mungkin kerana sesuatu yang telah berlaku semalam ataupun sesuatu yang bakal kita hadapi hari ini. 

Keadaan sebegini tidak baik untuk hari baru kerana ia akan menyebabkan tindakan yang kita lakukan terjejas. Lantas ada berfikir, apakah yang boleh saya lakukan untuk mengatasi situasi ini? 

Mari saya berkongsi beberapa tip ringkas untuk meningkatkan motivasi diri di kala gundah dan kurang bertenaga: 

1) Kata perangsang kendiri setiap hari 

Tip Menjadi Manusia Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yg Ada 

Anda boleh membeli buku khas berkaitan kata-kata perangsang kendiri atau pun mengungkapkan apa-apa sahaja untuk member keyakinan kepada diri setiap hari. 

Puji dan sanjunglah diri anda. Jangan asyik memandang rendah dan memperlekeh sahaja. Contohnya, anda menyebut kepada diri sendiri: “Saya berasa sungguh hebat dan yakin!”, “Saya sememangnya seorang yang mengangumkan!”, atau “Tidak kira apa orang kata, saya seorang yang berdedikasi, berdisiplin dan kuat bekerja.” 

2) Membaca al-Quran beserta maksudnya


Al-Quran sarat dengan kata-kata perangsang dan inspirasi. Dengan membaca al-Quran dan menghayati maksudnya, kita seolah-olah sedang “berbicara” dengan Allah, dan pastinya Allah tidak akan pernah menzalimi kita. 

Apabila menghayati bacaan al-Quran hati kita akan “memproses” kalimah terbaik yang wujud di dunia. Minda dengan perkataan yang terbaik pasti akan memberikan emosi dan pemikiran yang baik. 

3) Memberi ganjaran kepada diri sendiri 

Setiap kali anda berjaya melakukan perkara yang diingini, berilah ganjaran. Tidak kira mahal atau murah, yang penting ia dapat mengganjari kejayaan anda. 

Contohnya, setiap kali anda mendapat kenaikan pangkat, belanjalah diri sendiri di sebuah restoran yang menjadi kegemaran anda. Ini bukti anda menghargai kejayaan diri sendiri. 

Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo 
4) Sempurnakan tugasan 

Jika dibiarkan sesuatu urusan terbengkalai, ia amat “menyeksa” keyakinan diri sendiri. Ini bukan bermakna anda tidak boleh menangguhkan kerja, tetapi jangan sampai berasa malu untuk memikirkan perjuangan yang tidak selesai itu. Biarpun sesukar mana caranya, carilah jalan untuk menyempurnakannya. 

5) Dapatkan pendapat atau komen daripada orang lain 

Untuk keyakinan diri, mintalah daripada orang yang tidak banyak karenah dan mudah menghargai usaha orang lain. Ini akan dapat meningkatkan rasa diri dan keyakinan. 

Namun, jika ingin mendapatkan kritikan dan komen negative, bertanyalah kepada mereka yang cerewet dan kritikal untuk pendapat mereka. 

6) Sentiasa mengambil peluang untuk meningkatkan diri sendiri 

Jika kursus, seminar, bengkel, ceramah dan sebagainya diadakan, cubalah ambil peluang untuk menyertainya. Ini akan meningkatkan rasa diri dan keyakinan terutamnaya apabila anda dapat mempelajari sesuatu kemahiran baru dan menyiapkan tugasan dengan kemahiran tersebut. Ia cukup memuaskan jiwa anda! 

7) Senaraikan objektif kejayaan yang ingin diraih 

Tanya kepada diri tentang tujuan sesuatu kejayaan itu ingin diraih. Kenapa anda melakukan perkara tersebut? Kenapa anda bekerja bersungguh-sungguh? Kenapa perlu melakukan kerja lebih masa? Kenapa ia penting untuk kejayaan hidup saya? Tuliskan semua alasan tersebut dari aspek keluarga, majikan atau diri sendiri. Kemudian, bandingkan alasan orang lain dengan alasan peribadia anda. 

8) Alasan peribadi anda adalah yang terbaik 

Walau seindah mana sekalipun alasan orang lain supaya anda bermotivasi, namun alasan anda sendiri adalah yang terbaik. Orang lain membuat alasan tanpa benar-benar memahami diri anda. Andalah yang paling layak untuk memotivasikan diri sendiri, lebih-lebih lagi ketika sedang melalui saat-saat sukar dan genting. 

9) Ramai orang sudah berjaya melakukannya 

Kata-kata ini adalah untuk membuang rasa takut dan bimbang dalam tugasan harian. Membuat pembentangan projek bernilai RM30 juta bukanlah senang untuk eksekutif setahun jagung, tetapi bukankah sudah ramai yang telah berjaya melakukannya? Jika mereka boleh, mengapa tidak anda?

Just Do It! Tapi, Kenapa? 
10) Jangan takut melakukan kesilapan 

Lakukan sesuatu untuk sentiasa mara ke hadapan. Bahkan Islam juga menyuruh manusia meningkatkan hidup mereka. Namun demikian, tugas sebagai khalifah di muka bumi jauh lebih tinggi daripada itu. Oleh sebab itu, jangan takut untuk melakukan kesilapan kerana ia proses biasa untuk meningkatkan keupayaan hidup. 

Tidak salah untuk melakukan kesilapan, tetapi adalah salah apabila tidak beljar daripada kesilapan. Jangan ulangi kesilapan sama, tetapi renunglah kesilapan tersebut dengan hati yang bijaksana. 

11) Jangan kedekut untuk membantu orang lain 

Bantulah rakan anda yang tidak mempunyai keyakinan diri. Ini secara tidak langsung akan membantu diri anda memperteguh keyakinan dan semangat kerja. Janganlah kedekut ilmu untuk membantu orang lain. Ingatlah “prinsip yoyo”; anda akan dapat balik apa yang anda berikan! 

Credit: Solusi Isu #46, M/S: 74 &75
Assalamualaikum.

Salam Jumaat.


Petua-petua  ini Sue dapat dari group whatsapp. Semoga bermanfaat buat semua.

✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh da ri situ.

✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. 

Begitu juga bila bangun pagi. Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam. 

Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:

• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.

• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.

• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung. 

Copy & paste untuk saudara mara dan kawan-kawan........

****Jangan kedekut ilmu. 

Sila kongsi untuk manfaat bersama...
Dua perkara yang menjadi kerisauan ibu hamil ialah hemoglobin rendah (hb low) dan Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Doktor akan memberikan perhatian lebih pada ibu hamil yang ada masalah ini. Alhamdulillah, sepanjang mengandungkan ketiga-tiga anak, Sue tiada masalah dengan kedua-dua perkara tersebut. 

kencing manis ketika hamil

Bagaimana GDM berlaku?
Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. 

Plasenta menghasilkan hormon estrogen, kortisol dan lactogen plasenta manusia. Hormon ini menghalang fungsi insulin. Tahap glukosa darah meningkat. 

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
  • keletihan
  • dahaga yang terlampau
  • membuang air kecil dengan banyak
  • penglihatan kabur
Kesan kencing manis pada kehamilan ialah:

Paras glukosa yang tinggi pada ibu. Membawa lebihan glukosa pada bayi. Menyebabkan bayi bertambah berat badan yang berlebihan
  • Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 
  • Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal. 
  • Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis tahap 2 di kemudian hari nanti.
Doktor akan menjalankan ujian darah Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) ke atas anda untuk mengesan GDM sama ada semasa lawatan pertama jika anda berisiko tinggi atau pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan, jika risiko anda tidak begitu tinggi. 

Jika ujian pertama untuk wanita yang berisiko tinggi negatif, maka ujian kedua perlu dilakukan antara minggu ke 28 hingga ke 32.

Apakah ujian MGTT?
Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelum hari temujanji. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah kira-kira 2-3 ml akan diambil pada awal pagi diikuti meminum air glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). 

Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya. (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah.

Interpretasi hasil ujian

Venous plasma glucose (mmol/l)
Fasting2 hours post glucose load
Normal< 6.1< 7.8
GDM-
> 7.8


Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :

FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L

2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal : < 7.8 mmol/L

Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk ujian MGTT ini tetapi doktor mungkin akan mengulangi ujian tersebut jika anda berisiko tinggi.

Bagaimana merawat GDM ni?
Dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Selain itu, pengambilan suplemen iaitu SET KEHAMILAN SHAKLEE dapat membantu mengawal GDM ibu hamil ini.

vitamin pranatal

Apa kata mereka yang telah mencuba set kehamilan Shaklee ini: (Klik imej untuk lebih jelas)

Testimoni 1: Masa anak sulong bacaan BSP (Blood Sugar Profile) tak normal dan turun naik. Mampu menyusukan anak sehingga berusia 8 bulan sahaja. Semasa hamil anak kedua, bacaan BSP normal dan cantik, anak yang dilahirkan memiliki kulit yang cantik dan gebu.

gestational diabetes mellitus

Testimoni 2: GDM dikesan pada minggu ke 18 selepas ujian MGTT (modified glucose tolerance test). Bacaan gula memang kerap turun dan naik. Selepas konsisten set kehamilan Shaklee, baby lahir dengan berat yang normal, tidak banyak lemak yang menggelebeh sewaktu hamil dan nafsu makan adalah terkawal.

kencing manis ketika hamil

Proses kehamilan adalah suatu tempoh yang indah dalam hidup seorang wanita. Saat kehamilan ini, ibu membawa dua nyawa. Tidak rugi jika melabur sedikit wang untuk kesihatan ibu dan anak dalam kandungan bukan?

Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Subang Air pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)