11 Cara Merangsang Motivasi Dalam Diri

Assalamualaikum. 

Ada yang Monday Blues hari ni? 

Ada kalanya ketika bangun pada waktu pagi, kita akan berasa kurang bersemangat untuk memulakan hari tersebut. Mungkin kerana sesuatu yang telah berlaku semalam ataupun sesuatu yang bakal kita hadapi hari ini. 

Keadaan sebegini tidak baik untuk hari baru kerana ia akan menyebabkan tindakan yang kita lakukan terjejas. Lantas ada berfikir, apakah yang boleh saya lakukan untuk mengatasi situasi ini? 

Mari saya berkongsi beberapa tip ringkas untuk meningkatkan motivasi diri di kala gundah dan kurang bertenaga: 

1) Kata perangsang kendiri setiap hari 

Tip Menjadi Manusia Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yg Ada 

Anda boleh membeli buku khas berkaitan kata-kata perangsang kendiri atau pun mengungkapkan apa-apa sahaja untuk member keyakinan kepada diri setiap hari. 

Puji dan sanjunglah diri anda. Jangan asyik memandang rendah dan memperlekeh sahaja. Contohnya, anda menyebut kepada diri sendiri: “Saya berasa sungguh hebat dan yakin!”, “Saya sememangnya seorang yang mengangumkan!”, atau “Tidak kira apa orang kata, saya seorang yang berdedikasi, berdisiplin dan kuat bekerja.” 

2) Membaca al-Quran beserta maksudnya


Al-Quran sarat dengan kata-kata perangsang dan inspirasi. Dengan membaca al-Quran dan menghayati maksudnya, kita seolah-olah sedang “berbicara” dengan Allah, dan pastinya Allah tidak akan pernah menzalimi kita. 

Apabila menghayati bacaan al-Quran hati kita akan “memproses” kalimah terbaik yang wujud di dunia. Minda dengan perkataan yang terbaik pasti akan memberikan emosi dan pemikiran yang baik. 

3) Memberi ganjaran kepada diri sendiri 

Setiap kali anda berjaya melakukan perkara yang diingini, berilah ganjaran. Tidak kira mahal atau murah, yang penting ia dapat mengganjari kejayaan anda. 

Contohnya, setiap kali anda mendapat kenaikan pangkat, belanjalah diri sendiri di sebuah restoran yang menjadi kegemaran anda. Ini bukti anda menghargai kejayaan diri sendiri. 

Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo 
4) Sempurnakan tugasan 

Jika dibiarkan sesuatu urusan terbengkalai, ia amat “menyeksa” keyakinan diri sendiri. Ini bukan bermakna anda tidak boleh menangguhkan kerja, tetapi jangan sampai berasa malu untuk memikirkan perjuangan yang tidak selesai itu. Biarpun sesukar mana caranya, carilah jalan untuk menyempurnakannya. 

5) Dapatkan pendapat atau komen daripada orang lain 

Untuk keyakinan diri, mintalah daripada orang yang tidak banyak karenah dan mudah menghargai usaha orang lain. Ini akan dapat meningkatkan rasa diri dan keyakinan. 

Namun, jika ingin mendapatkan kritikan dan komen negative, bertanyalah kepada mereka yang cerewet dan kritikal untuk pendapat mereka. 

6) Sentiasa mengambil peluang untuk meningkatkan diri sendiri 

Jika kursus, seminar, bengkel, ceramah dan sebagainya diadakan, cubalah ambil peluang untuk menyertainya. Ini akan meningkatkan rasa diri dan keyakinan terutamnaya apabila anda dapat mempelajari sesuatu kemahiran baru dan menyiapkan tugasan dengan kemahiran tersebut. Ia cukup memuaskan jiwa anda! 

7) Senaraikan objektif kejayaan yang ingin diraih 

Tanya kepada diri tentang tujuan sesuatu kejayaan itu ingin diraih. Kenapa anda melakukan perkara tersebut? Kenapa anda bekerja bersungguh-sungguh? Kenapa perlu melakukan kerja lebih masa? Kenapa ia penting untuk kejayaan hidup saya? Tuliskan semua alasan tersebut dari aspek keluarga, majikan atau diri sendiri. Kemudian, bandingkan alasan orang lain dengan alasan peribadia anda. 

8) Alasan peribadi anda adalah yang terbaik 

Walau seindah mana sekalipun alasan orang lain supaya anda bermotivasi, namun alasan anda sendiri adalah yang terbaik. Orang lain membuat alasan tanpa benar-benar memahami diri anda. Andalah yang paling layak untuk memotivasikan diri sendiri, lebih-lebih lagi ketika sedang melalui saat-saat sukar dan genting. 

9) Ramai orang sudah berjaya melakukannya 

Kata-kata ini adalah untuk membuang rasa takut dan bimbang dalam tugasan harian. Membuat pembentangan projek bernilai RM30 juta bukanlah senang untuk eksekutif setahun jagung, tetapi bukankah sudah ramai yang telah berjaya melakukannya? Jika mereka boleh, mengapa tidak anda?

Just Do It! Tapi, Kenapa? 
10) Jangan takut melakukan kesilapan 

Lakukan sesuatu untuk sentiasa mara ke hadapan. Bahkan Islam juga menyuruh manusia meningkatkan hidup mereka. Namun demikian, tugas sebagai khalifah di muka bumi jauh lebih tinggi daripada itu. Oleh sebab itu, jangan takut untuk melakukan kesilapan kerana ia proses biasa untuk meningkatkan keupayaan hidup. 

Tidak salah untuk melakukan kesilapan, tetapi adalah salah apabila tidak beljar daripada kesilapan. Jangan ulangi kesilapan sama, tetapi renunglah kesilapan tersebut dengan hati yang bijaksana. 

11) Jangan kedekut untuk membantu orang lain 

Bantulah rakan anda yang tidak mempunyai keyakinan diri. Ini secara tidak langsung akan membantu diri anda memperteguh keyakinan dan semangat kerja. Janganlah kedekut ilmu untuk membantu orang lain. Ingatlah “prinsip yoyo”; anda akan dapat balik apa yang anda berikan! 

Credit: Solusi Isu #46, M/S: 74 &75

6 ulasan:

  1. nice sharing

    p/s: gift dah sampai
    http://buatwanita.blogspot.com/2015/04/terima-kasih-buat-sihatitunikmat.html

    BalasPadam
  2. rasa diri lebih termotivasi hari ni..thanx sue..

    BalasPadam
  3. CT suka no8.. apa pun kita juga yang tahu diri kita macam mana kan..
    jadi we should make the progress yg terbaik untuk diri sendiri..

    BalasPadam
  4. cabaran terbesar adalah diri kita sendiri
    jadi cara mengatasinya pun bermula dari diri kita jugak

    BalasPadam