Allah Tempat Meminta

Assalamualaikum.

Salam Jumaat kawan-kawan.

Setiap bulan Sue akan memperuntukkan sedikit wang untuk membeli bahan bacaan yang baru. Bahan bacaan bulan April adalah seperti di bawah.

mudahnya/ haji muassasah

Allah Tempat Meminta mempunyai 40 buah cerita bagaimana mereka ini memperoleh rezeki, kadang-kadang tak logik terfikir dek akal kita manusia yang cetek ini. Begitu sayangnya Allah pada hambanya. Dia akan memberi mengikut waktu yang telah Dia aturkan.

Mudahnya Haji Muassasah memberikan pelbagai tips semasa mengerjakan haji di Mekah. Walaupun dengan pakej haji muassasah tabung haji. Bukan semua orang mampu menggunakan pakej yang mahal puluh-puluh ribu dan ratusan ribu. Tips ini boleh terus apply semasa anda berada di tanah suci kelak.

Diari Ramadan adalah checklist senarai amalan yang kita boleh lakukan sepanjang bulan puasa. Tak lama lagi kita bakal berpuasa Ramadan, buku ini sangat bagus jika dimiliki sekarang..

Kesemua buku-buku yang Sue beli ni, memang sangat best dibaca. Kawan-kawan boleh mendapatkannya di facebook. Ramai seller yang jual. Selamat membaca :)

8 ulasan:

  1. nani sekarang banyak beli buku tapi tak sempat nak baca

    BalasPadam
  2. assalam sue..maaf lama wana tak singgah sini..

    BalasPadam
  3. bagus juga kan beli buku2 macam ni..wana pun dah lama x luang masa membaca buku..

    BalasPadam
  4. salam jumaat sue... rajinnya dia membeli dan membaca buku :)

    BalasPadam
  5. mcm best jer buku Allah tempat meminta 2.. nak kena cari jgk nih.. hehehe singgah sini.. :)

    BalasPadam
  6. alamakk malunya ngan sue
    rajin sue beli2 buku ni
    el ni dah lah paper x beli..buku lagi lah
    tp mmg pttkan beli buku2 ni..bkn tuk kita je..tuk anak2 jugak
    harus tanam sifat membaca ni kan huhu

    BalasPadam
  7. Meminta pada Allah insyaAllah akan dimakbulkan...moga doa kita dimakbulkan aminnn

    BalasPadam