Bulan Rejab Dicemari Dengan Hadis Palsu

Assalamualaikum.

Salam 1 Rejab kawan-kawan :)


Memandangkan bulan Rejab ni banyak tersebar hadis-hadis palsu di kalangan masyarakat,
jadi kami di Tarbiah Sentap nak beritahu,

Ibnu Hajar Al 'Asqalani sebut bahawa hadis-hadis yang menyebut tentang fadhilat amalan tertentu di bulan Rejab ada dua jenis sahaja:
  • dha'if (lemah) atau maudhu' (palsu).
Contoh yang palsu :
  • Rejab jatuh pada 20 April. Barang siapa puasa 1 hari maka seperti laksana puasa 1 tahun
  • Barang siapa Puasa 7 hari maka ditutup pintu2 Neraka Jahannam
  • Barang siapa Puasa 8 hari maka dibuka pintu 8 Syurga
  • Barang siapa Puasa 10 hari akan dikabulkn segala permintaan nya.
  • Barang siapa mengingatkn kpd org lain tentang ini, seakan ibadah 80 tahun.''Subhanallah''

HARAM MENYEBAR HADIS PALSU

Al-Mughirah bin Syu'bah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya pembohongan yang dilakukan ke atasku adalah tidak sama dengan pembohongan yang dilakukan ke atas orang lain. Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku dengan sengaja, maka bersedialah dia dengan tempat duduknya di dalam api neraka." (Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari).

Syeikh Abu Asma' Ibrahim bin Ismail Ali 'Asr menjelaskan dalam pendahuluannya kepada suntingan karya Imam Ibn Hajar al-'Asqalani yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab', ramai dalam kalangan pendakwah, penceramah, guru agama, khatib yang tidak sensitif terhadap hadis maudhuk, sehingga mereka menyampaikannya kepada masyarakat tanpa berusaha mengenalpasti status sesuatu hadis. 

Perkara merbahaya ini boleh menceburkan mereka dan anggota masyarakat yang menyebarkan hadis palsu dalam ancaman Nabi, "Sesiapa yang berdusta terhadapku, maka bersedialah tempatnya di dalam api neraka". Walaupun mereka tidak berniat untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah, tetapi dengan tindakan mereka menyebarkan hadis palsu sedangkan mereka sudah dijelaskan kepalsuan hadis itu, mereka telah terjebak dalam melakukan pendustaan terhadap Rasulullah saw.

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu." (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim).

Umat Islam tidak perlu disajikan dengan pahala dan fadhilat untuk melakukan amalan khusus hanya di bulan Rejab sahaja, sedangkan ia bersumberkan laporan/hadis palsu yang merupakan pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw. Adalah amat baik kita dapat melazimi diri dengan melaksanakan amal ibadah secara berterusan yang bersumberkan dalil yang benar daripada al-Quran dan hadis sahih; tentang kelebihan menghidupkan malam dengan solat sunat seperti tahajud dan witir, puasa sunat isnin khamis, puasa sunat hari ke 13, 14, dan 15 setiap bulan, puasa sunat selang sehari seperti cara puasa Nabi Daud.

Marilah sama-sama kita memelihara kemuliaan bulan haram seperti bulan Rejab ini daripada dicemari dengan hadis palsu.

7 ulasan:

  1. terima kasih atas eprkongsian ni kak su

    BalasPadam
  2. terima kasih... mmg byk hadis palsu ttg bulan rejab...

    BalasPadam
  3. ada terbaca juga tentang ini, ingatkan baru nak kongsi..he he he...

    BalasPadam
  4. skang penyebaran hadis palsu berleluasa..bahaya juga bila terjebak dengan penyebaran maklumat/hadis yang salah ni..

    BalasPadam
  5. tulah skrg ni kita x tau mn yg benar mn yg palsu..semua nak jd org2 yg kuat agama
    harap ada pihak yg berwajib pantau hadis2 palsu ni

    BalasPadam
  6. skg ni kena check betul2 sumber hadis tu de mn..takut hadis palsu...bawak ajaran yg xbetul

    BalasPadam
  7. sekarang ni dah tak boleh mudah-mudah terima ja apa yang kita baca.
    Kena selidik dulu sebab banyak dah yang palsu.

    BalasPadam