Ibu Hamil GDM (Gestational Diabetes Mellitus), Risau Kehilangan Bayi Apa Perlu Buat?

Dua perkara yang menjadi kerisauan ibu hamil ialah hemoglobin rendah (hb low) dan Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Doktor akan memberikan perhatian lebih pada ibu hamil yang ada masalah ini. Alhamdulillah, sepanjang mengandungkan ketiga-tiga anak, Sue tiada masalah dengan kedua-dua perkara tersebut. 

kencing manis ketika hamil

Bagaimana GDM berlaku?
Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. 

Plasenta menghasilkan hormon estrogen, kortisol dan lactogen plasenta manusia. Hormon ini menghalang fungsi insulin. Tahap glukosa darah meningkat. 

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
  • keletihan
  • dahaga yang terlampau
  • membuang air kecil dengan banyak
  • penglihatan kabur
Kesan kencing manis pada kehamilan ialah:

Paras glukosa yang tinggi pada ibu. Membawa lebihan glukosa pada bayi. Menyebabkan bayi bertambah berat badan yang berlebihan
  • Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 
  • Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal. 
  • Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis tahap 2 di kemudian hari nanti.
Doktor akan menjalankan ujian darah Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) ke atas anda untuk mengesan GDM sama ada semasa lawatan pertama jika anda berisiko tinggi atau pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan, jika risiko anda tidak begitu tinggi. 

Jika ujian pertama untuk wanita yang berisiko tinggi negatif, maka ujian kedua perlu dilakukan antara minggu ke 28 hingga ke 32.

Apakah ujian MGTT?
Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelum hari temujanji. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah kira-kira 2-3 ml akan diambil pada awal pagi diikuti meminum air glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). 

Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya. (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah.

Interpretasi hasil ujian

Venous plasma glucose (mmol/l)
Fasting2 hours post glucose load
Normal< 6.1< 7.8
GDM-
> 7.8


Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :

FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L

2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal : < 7.8 mmol/L

Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk ujian MGTT ini tetapi doktor mungkin akan mengulangi ujian tersebut jika anda berisiko tinggi.

Bagaimana merawat GDM ni?
Dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Selain itu, pengambilan suplemen iaitu SET KEHAMILAN SHAKLEE dapat membantu mengawal GDM ibu hamil ini.

vitamin pranatal

Apa kata mereka yang telah mencuba set kehamilan Shaklee ini: (Klik imej untuk lebih jelas)

Testimoni 1: Masa anak sulong bacaan BSP (Blood Sugar Profile) tak normal dan turun naik. Mampu menyusukan anak sehingga berusia 8 bulan sahaja. Semasa hamil anak kedua, bacaan BSP normal dan cantik, anak yang dilahirkan memiliki kulit yang cantik dan gebu.

gestational diabetes mellitus

Testimoni 2: GDM dikesan pada minggu ke 18 selepas ujian MGTT (modified glucose tolerance test). Bacaan gula memang kerap turun dan naik. Selepas konsisten set kehamilan Shaklee, baby lahir dengan berat yang normal, tidak banyak lemak yang menggelebeh sewaktu hamil dan nafsu makan adalah terkawal.

kencing manis ketika hamil

Proses kehamilan adalah suatu tempoh yang indah dalam hidup seorang wanita. Saat kehamilan ini, ibu membawa dua nyawa. Tidak rugi jika melabur sedikit wang untuk kesihatan ibu dan anak dalam kandungan bukan?

Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Subang Air pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)

11 ulasan:

  1. Mengandung anak ke3 kena gdm ni. tapi mujur tak ada masalah yang serius. Baby pun sihat. :)

    BalasPadam
  2. Sedang menanti kelahiran anak pertama.. moga isteri saya selalu sihat walafiat :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. patutlah TTBoy tak berapa sihat skrg ni rupanya nak sambut kelahiran baby pertama..Tahniah!!!!...berita paling gembira

      Padam
    2. sis JM lak excited...dah berapa bulan usia kandungan tu Afif?

      Padam
  3. bahaya juga kalau ada kencing manis time pregnant kan sue.. :)

    BalasPadam
  4. alhamdulillah, sepanjang mngandung 3 heroin ni tak pernah lagi kena kencing manis.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah, sepanjang mngandung 3 heroin ni tak pernah lagi kena kencing manis.

    BalasPadam