Kalau Aku Buat Dosa

Assalamualaikum.


Aku akan diharamkan daripada mendapat ilmu yang bermanfaat 

Aku pasti sentiasa murung dan akan wujud keresahan dalam hati 

Segala urusan yang aku lalui setiap hari pasti dihurung kesusahan dan kepayahan 

Perkara ketaatan diharamkan daripada diriku 

Aku diharamkan daripada mendapat keberkatan 

Terasa sempitnya dadaku 

Aku terus bergeluman dengan pelbagai perkara buruk lagi 

Dosa dan maksiat itu menjadi kebiasaan bagiku 

Sedihnya apabila Allah menghina diriku ini 

Hatiku bertambah pedih ketika manusia lain memandang hina kepadaku 

Bahkan, binatang ternakan turut melaknatiku 

Hanya kehinaan yang layak buat diriku 

Hatiku dipenuhi dengan titi-titik hitam 

Aku diselubungi kelaknatan 

Doa aku terhijab dan terhalang daripada dimakbulkan 

Aku tidak lagi mengecapi kebahagiaan 

Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku 

Tanpa disedari, nikmat yang ada telah ditarik oleh Allah 

Diri aku sudah tentu dibaluti perasaan takut yang tidak terperi 

Aku mampu ditawan oleh syaitan dengan mudah 

Pengakhiran hidupku sudah tentu dalam keadaan yang buruk 

Akhirnya, azab dan seksaan Allah menantiku di akhirat 

Ya Allah, aku ingin bertaubat...Aku menyesal atas segala dosa dan maksiat yang aku telah lakukan... 

Kredit: Solusi Isu #46 MS:20

4 ulasan:

  1. peringatan buat diri sendiri dan semua..

    BalasPadam
  2. Allah sntiasa menerima taubat kita selagi kita ikhlas utk bertaubat...

    BalasPadam
  3. hidup takkan senang dan tenteram sekiranya masih melakukan dosa ,melainkan kita bertaubat

    BalasPadam