Koleksi Petua Yang Boleh Diamalkan

Assalamualaikum.

Salam Jumaat.


Petua-petua  ini Sue dapat dari group whatsapp. Semoga bermanfaat buat semua.

✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh da ri situ.

✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. 

Begitu juga bila bangun pagi. Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam. 

Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:

• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.

• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.

• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung. 

Copy & paste untuk saudara mara dan kawan-kawan........

****Jangan kedekut ilmu. 

Sila kongsi untuk manfaat bersama...

12 ulasan:

  1. simple je petua ni ... tapi ada yg baru tahu. macam semut benci timun tu, baru tahu :)

    BalasPadam
  2. wow petua yg sgt bgs
    tenkiu sharing sue

    BalasPadam
  3. mmg berguna petua simple camni..tq share... :)

    BalasPadam
  4. tq for sharing..
    ada sesetengah tip tu blh dicuba

    BalasPadam
  5. sue...terima kasih..petang tadi sis JM dah terima tasbih counter tu...warna merah..i like...dah up entri hikss

    BalasPadam
  6. sis JM suka minum selepas bangun tido tanpa gosok gigi...bangun je terus teguk air...ahlamdulillah tiap2 hari 'membuang'

    BalasPadam
  7. assalam sue..

    wana jenguk kat sini.. ^_^

    BalasPadam
  8. terima kasih atas perkongsian petua ni..pasti berguna.. :)

    BalasPadam
  9. minum air bangun tidooo memang hari2 buat..
    dah terbiasa.. kadang tngh malam bangun pun gapai botol..
    panas kan skarang..

    BalasPadam
  10. tenkiu Sue.
    baju putih saya baru kena dakwat pen, boleh guna petua ni

    BalasPadam