Kurma Ayam Johor

Assalamualaikum.

Masak kurma adalah salah satu menu kegemaran anak-anak Sue sebab tak pedas dan sedap, rasa lemak lemak santan gitu. Jom Sue kongsikan resepinya di bawah.

Sumber google
Jumlah hidangan: 6 orang 

Catatan: Susu cair dan santan juga boleh digantikan dengan yogurt untuk masakan yang lebih sihat. 

Bahan-bahan: 

Ayam segar (dipotong 10)

Bawang besar 2 labu 

Bawang putih 3 ulas 

Halia diketuk 2 inci 

Serai diketuk 2 batang 

Buah keras ditumbuk 3 biji 

Ubi kentang dibelah 4 - 2 biji 

Rempah kurma 5 sudu besar 

Rempah 4 sekawan ( bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga) 2 sudu besar 

Serbuk cili 2 sudu besar 

Kerisik 2 sudu besar 

Susu cair 1 tin 

Pati santan 1 cawan 

Garam secukup rasa 

Hiasan: 

Bawang besar belah 4 -1 labu 

Cili merah belah 2 -2 biji 

Cili hijau belah 2 -2 biji 

Tomato belah 4 -1 biji 

Cara-cara memasak: 

1) Kisar bawang besar dan bawang putih 

2) Tumis bahan kisar bersama rempah kasar dan serai sehingga wangi 

3) Bancuh rempah kurma dan serbuk cili dengan sedikit air menjadi pes, tuang ke dalam tumisan dan masak hingga pecah minyak 

4) Masukkan ayam, kentang dan buah keras yang ditumbuk lumat, kacau sekata dan masak seketika 

5) Tuangkan susu cair dan santan, masak ayam sehingga empuk 

6) Masukkan bahan kisar dan reneh selama 2 minit dan tutup api

Selamat mencuba :)

6 ulasan:

  1. sedap tu masak kurma..mohon post =P

    BalasPadam
  2. my famili pun suka makan kurma ni
    lagi2 si suami suka nau nau mkn kurma ayam or daging
    mmg lauk wajiblah haha

    BalasPadam
  3. wow..sedap la tengok..tapi wana ni masaknya malas..hee :)

    BalasPadam
  4. jarang makan ayam kurma.. selalu telur masak kurma je..

    BalasPadam
  5. Woww...nmpak sedap tu sue...lapar plak tgk gmbr tuhh

    BalasPadam
  6. baru ja semalam masak kurma ayam

    BalasPadam