Petua Dapur

Assalamualaikum.

1) Bau rempah halau lalat 



Masalah lalat hinggap pada makanan memang sesuatu yang merungsingkan dan membuatkan kita tidak selesa. Untuk mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Gantung pada ruang makan atau tempat yang biasa dihurung lalat. Insyaallah, ia akan dapat mengurangkan atau menghalau lalat untuk hinggap pada makanan. 

2) Hilangkan kesan minyak 


Kebiasannya kita menghadapi kesukaran untuk menghilangkan kesan percikan minyak pada pakaian samada terkena sewaktu memasak atau makan. Bagi mengatasinya, cubalah petua ini. Taburkan bedak debu pada tompok-tompok minyak yang masih baru melekat pada pakaian. Bedak akan bertindak untuk menyerap minyak tersebut. Selepas 15-20 minit, barulah boleh cuci pakaian tersebut seperti biasa. 

3) Tanggalkan karat barangan perak 


Jika anda merebus kentang, airnya jangan terus dibuang kerana ada petua dapur yang boleh kita gunakan. Air rebusan kentang bermanfaat untuk membersihkan barangan perak. Caranya, masukkan barangan perak ke dalam air rebusan kentang yang masih panas dan biarkan selama setengah jam. Selepas itu, angkat barang perak tadi dan biarkan kering dengan sendiri. Apabila sudah kering, gosok dengan kain lembut dan hasilnya pasti berkilat macam baru. Selamat mencuba. 

4) Papan pemotong sentiasa bersih 



Papan pemotong merupakan kelengkapan memasak yang penting. Tidak kira warna apa, tapi ia perlu selalu dibersihkan agar dapat menghindari bacteria atau kuman. Bagi memastikan papan pemotong sentiasa bersih daripada kuman, sila gunakan baking soda untuk menggosok papan pemotong berkenaan dan diikuti semburan air cuka. Anda akan lihat tindak balas seperti berbuih-buih berlaku. Biarkan seketika dan setelah itu, bilas dengan air yang bersih. 

Selamat mencuba.

Sumber Keluarga April 2015

5 ulasan:

  1. papan pemotong tu nti nk try lah

    BalasPadam
  2. nice info.. yg air kentang rebus tu tak pernah cuba lagi :)

    BalasPadam
  3. Pakai bedak utk kesan minyak tu dulu selalu buat...hehehe...mmg berkesan

    BalasPadam
  4. wahhh, boleh ikut ni.
    mudah san senang petuanya dan bahannya

    BalasPadam