Assalamualaikum.
Biskut oreo memang menjadi kegemaran ramai. Selain boleh dimakan begitu sahaja, pelbagai resepi kek dan puding juga boleh dibuat dengan biskut ni.
Jom kita tengok bahan-bahan untuk resepi puding oreo.
Sumber google |
Bahan-bahannya:
10 gm serbuk agar-agar
750 ml air
150 gm gula
3/4 cawan milo
1 tin susu cair
1 bungkus oreo
Cara-cara menyediakannya:
1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut
2. Apabila mendidih masukkan susu cair dan kacau rata
3. Tutup api dan bahagikan agar-agar tadi kepada dua bahagian: satu biarkan dalam warna asal, sementara satu bahagian lagi tambahkan milo. Kacau rata.
4. Sediakan loyang. Pada lapisan pertama masukkan puding milo. Jangan habiskan. Tinggalkan sedikit untuk lapisan terakhir. Setelah sedikit keras tuangkan pula bahagian yang berwarna asal tadi.
5. Susun biskut oreo. Setelah keras sedikit masukkan lapisan milo hingga habis. Sejukkan dalam peti sejuk.
Tip masakan: Jika tidak suka milo boleh gantikan dengan koko.
Selamat mencuba.
dh lama plan nk buat, asek xmenjadi je..
BalasPadamnak try lahh :D
BalasPadamSedapnya...hehehehehehe..
BalasPadamteringin nak wat puding oreo ni
BalasPadamnti lau senang/free time boleh lah cuba hehe
SEDAP BETOL;..NAK TRY :)
BalasPadamkalau sis JM yg buat mesti x jadi seperti dalam gambar tu
BalasPadamnyum2..terliur la pulak..
BalasPadamhuuuurm.. tengokla bilaa rajin..
BalasPadamkena balik kg baru ada semangat nak buat.. orang ramai..
kat rumah bertiga je..
sedap tau.
BalasPadamdah pernah buat dulu kala