Dosa Dengan Allah dan Dosa Dengan Manusia

Assalamualaikum.


Setiap manusia selain nabi dan rasul tidak terjamin selamat daripada membuat dosa, maksiat dan kesalahan. Malah, mereka terdedah kepada dosa setiap hari. Buktinya pada kenyataan hadis daripada Anas bahawa Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Semua anak Adam berdosa, maka sebaik-baik orang yang berdosa ialah orang yang bertaubat." (Riwayat Ahmad)

Dosa Dengan Allah

1) Menyekutukan Allah dengan mana-mana makhluk (syirik). Mereka berharap dengan manusia dan wang. Mereka lupa kepada Allah yang memberi rezeki.

2) Meninggalkan solat fardhu. Terdapat remaja malah orang dewasa yang tidak mengenal sejadah, apatah lagi masjid. Kalau sudah bekerja dan mendapat pendapatan sendiri, solat ditinggalkan sedikit demi sedikit sehingga akhirnya terlupa semua bacaannya.

3) Tidak membayar zakat. Ahli perniagaan yang mengaut keuntungan berganda-ganda tidak pernah terfikir untuk mengeluarkan zakat mahupun menderma kepada orang miskin. Bagi mereka, cukuplah zakat fitrah yang dikeluarkan setiap tahun sebelum Syawal.

4) Zina. Ia bukan sahaja berlaku dalam kalangan remaja, malah orang tua juga. Perbuatan ini sudah pastinya daripada cabang dosa besar.

5) Homoseksual yang berlaku dalam masyarakat kita tanpa kawalan. Mereka tahu perbuatan ini songsang dan salah, tetapi tetap melakukannya.

Dosa Dengan Manusia

1) Menggunakan sihir untuk menjatuhkan orang lain. Kini, masih terdapat umat Islam yang mengamalkan sihir terutama peniaga atau pasangan suami isteri.

2) Menderhakai ibu bapa. Sejak remaja lagi sudahtahu melawan ibu bapa, apatah lagi apabila hendak berkahwin terlupa untuk mengambil pandangan ibu bapa. Hakikatnya mereka menderhaka kepada ibu bapa tanpa sedar.

3) Memutuskan silaturrahim. Antara adik beradik sudah ada yang tidak bertegur sapa hanya mungkin kerana sedikit salah faham.

4) Tidak menunaikan hak suami, isteri dan anak. Suami atau ayah menyalahgunakan harta yang ada untuk perkara yang haram. Begitu juga kepada isteri dan ibu yang tidak menunaikan tanggungjawab untu keluarganya.

5) Mengabaikan jiran. Membiarkan jiran kelaparan sedangkan kekenyangan. Inilah perkara lazim kehidupan masyarakat kita.

Sama-sama kita renungkan dan kembali bertaubat kepada Allah swt. 

Sumber: Solusi isu #46

9 ulasan:

  1. Singgah pagi...
    Perkongsian yang sgt bagus...

    BalasPadam
  2. perkongsian yang berguna. salam jumaat barokah kak su :)

    BalasPadam
  3. yg last tu selalu kt abaikan...mungkin faktor kesibukan hidupan seharian smpai nak bertemu muka dengan jiran pun jarang...mekasih atas perkongsian ni...

    BalasPadam
  4. orang cakap.. dosa ngan Allah kalo taubat bleh diampunkan..
    dengan manusiaaaa macam mana nak minta maaaaf ? huuurm..

    BalasPadam
  5. ngan manusia ni nti kena jawablah hari pembalasan nti lau dia xmaafkan eh ntahlah allahualam

    BalasPadam
  6. terima kasih atas peringatan ni sue..

    BalasPadam
  7. dosa dgn manusia lebih susah utk dapat pengampunan...takutnya

    BalasPadam
  8. sama2 kita bermohon maaf sesama insan jika ada melakukan kesilapan yang sedar @ tanpa disedari.... takut xsempat..

    BalasPadam