Kacang Soya Protein Tambahan Terbaik Bagi Ibu dan Bayi

Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine max merupakan salah satu daripada 7 "super foods" di dunia. Keistimewaan kacang soya terletak pada khasiatnya kerana ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

kebaikan soya

Kajian di American Journal of Clinical Nutrition menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan , malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak. Jadi, nikmatilah minuman kacang soya anda kerana kacang soya selamat, berzat, murah dan sesuaibagi semua lapisan umur.

Khasiat kacang soya
Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan 12 kali susu. 

kelebihan soya berbanding protein lain

Kacang soya dapat membantu keperluan wanita diantaranya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan dan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga dikatakan efektif meredakan gejala panas (hot flashes) akibat menopaus dan membantu mencegah kanser dan anemia.

Kandungan kalsium dan mineral dalam kacang soya turut membantu memecah lemak, menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL). Ia juga dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis.

Kacang soya berada dalam kelompok kekacang yang merupakan sumber makanan yang sangat baik untuk ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja kaya zat besi, kacang ini juga adalah sumber protein bukan daripada haiwan yang murah dan senang didapati.

Susu kacang soya juga adalah antara makanan yang dapat meningkatkan penghasilan susu bagi ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi secara eksklusif.

Ini turut diakui oleh Puan Farah berkenaan protin soya dalam membantu beliau membuat stok susu untuk anak beliau. Untuk makluman, Puan Farah adalah seorang jururawat yang bekerja shift di IJN tetapi masih mampu membekalkan susu ibu pada anak beliau.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan 

Shaklee pun ada juga mengeluarkan produknya yang berasaskan kacang soya iaitu Soy Isolate Powder (ESP). Nak tahu kelebihan soya Shaklee KLIK SINI. Testimoni Shaklee ESP KLIK SINI.

protin soya

Shaklee ESP sesuai di ambil oleh golongan lelaki mahupun wanita. Boleh diambil seusia 13 tahun sehingga usia warga emas. 

Boleh hubungi Sue untuk mendapatkan soya Shaklee anda.

3 ulasan: