Kisah Seorang Penjual Besi Buruk Dengan Seorang Ustaz

Assalamualaikum.

Gambar sekadar hiasan dari Google
Seorang penjual besi buruk bertanya kepada seorang Ustaz..

"Ustaz..! Kenapa ya..! Saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-begini..! Terus hambar, tak ada arahnya, tak ada nikmatnya..! Bosan saya Ustaz..! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah ya?"

Ustaz pun menjawab :

"Oohh..! Mungkin masa ini Allah juga lagi bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya macamana Ustaz?" Tanya si tukang besi kembali..

Ustaz menjelaskan :

"Mungkin Allah penat cari tuan tapi tak pernah jumpa pun. Dicari di antara ahli dhuha, tuan tak ada. Dicari di antara ahli tahajjud juga tak ada.

Dicari di antara ahli puasa sunat juga tak ada. Dicari di antara ahli sedekah, juga tak kelihatan.

Dicari di antara ahli Qur'an, tuan juga tak ada di sana. Dicari di antara ahli umrah, niat pun tuan belum buat.

Dicari di antara orang-orang yang khusyuk solatnya, tuan juga tak ada. Dicari di antara ahli selawat pun tak ada. Dicari di antara yang menuntut ilmu apa lagi.

Lalu Allah swt mau cari tuan di mana lagi..? Cuba tuan bagitau..! Cakaplah jangan terdiam pulak..!"

Lalu..! Menangislah si tukang besi tadi sambil mengusap airmatanya, dia beristighfar.

Segeralah kembali kepada Allah..! Dekatliah Allah. Hanya Allah sajalah ZAT yang boleh mententeramkan hidup kita.

PASTIKAN NAMA ANDA SENTIASA DALAM SENARAI..

JAGALAH MASA...SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN, DIKEKALKAN SERTA DIKAYAKAN KITA DGN IMAN & TAQWA AAMIIN YA ROBBAL ALAMIN

7 ulasan:

  1. nice story ... salam jumaat sue :)

    BalasPadam
  2. astaghfirullahalazim...terima kasih akk sebab ingatkan kita...kita pon dalam golongan yang terlupa jugak mcm tukang besi ni...allahu...

    BalasPadam
  3. ehehe CT ada dapat ni thru wasap.. sentap kan bila bace T.T

    BalasPadam
  4. terkesan betul cerita ni..Allahuakbar
    sama2 kita muhasabah diri

    BalasPadam
  5. alamak!!!! entri penuh pengajaran...cuba muhasabah diri bila dgr kata2 ustaz nih

    BalasPadam
  6. cerita yang penuh pengajaran..terima kasih atas perkongsian.. :)

    BalasPadam