5 Buah-buahan Terbaik Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum.

Mengambil pemakanan yang betul semasa mengandung adalah penting bukan sahaja untuk kesihatan bayi anda tetapi juga untuk kesihatan ibu. Memasukkan buah-buahan ke dalam diet kehamilan anda adalah sihat, lazat dan membantu meningkatkan pengambilan nutrien serta turut membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi anda. 

Tengok contoh macam Puan Ainul ni, dah sarat hamil pun masih mampu memanjat candi Borobudur. Hebat kan!

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo!

USDA mengesyorkan bahawa wanita hamil mengambil 2 cawan buah-buahan setiap hari. Ia termasuklah buah-buahan yang segar, tin, kering atau beku, serta 100 peratus jus buah-buahan.


1) Aprikot

Buah ini mengandungi vitamin E yang tinggi. Selain daripada itu, penghasilan kolagen yang ada pada buah apricot juga mampu membantu anda mencegah masalah penuaan awal.

2) Pisang


Buah ini kaya dengan vitamin dan kalium. Oleh yang demikian pisang dapat membantu anda menghindar masalah selulit.

3) Buah naga


Kaya dengan vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan. Selain itu vitamin B3 turut berfaedah membantu anda melembapkan kulit sepanjang masa.

4) Tembikai



Membantu wanita hamil yang mengalami morning sickness mengelakkan diri daripada mengalami masalah dehidrasi.

5) Kurma


Tinggi kandungan khasiat makanan seperti kalsium, besi, kalium, magnesium dan lain-lain dapat membantu anda mendapat tenaga tambahan. Apatah lagi, ia boleh membuatkan anda kekal segar sepanjang mengamalkan pemakanan buah ini sewaktu hamil.

8 ulasan:

  1. untuk aku juga baik ya mba hehehe makan buah-buahan yang di atas :p

    BalasPadam
  2. Ibu tak hamil pun kena rajin makan buah jugak kan..hehe...tp saya ni malas betul nak potong2 buah, klu ada yg tlg potongkan, laju jer saya makan! Haha

    BalasPadam
  3. tgk gambar tembikai tu
    teringin lak buah tembikai bulan pose ni hehe

    BalasPadam
  4. suka mkn semua jenis buat nih

    BalasPadam
  5. kalau ada depan mata memang saya akan makan..hehehe

    BalasPadam
  6. adoi pepagi ngadap buah2 ni...sedapnye...eheheh

    BalasPadam
  7. sy suka makan semua buah ni....sedap.....teringin nak mkn apricot yg segar....selalu makan yg kering jerrrr hihihi

    BalasPadam
  8. sedap semua buah2 tu...
    especially tembikai...apricot segar belum pernah rasa lagi

    BalasPadam