8 Agenda WAHM Berjaya

Assalamualaikum.

menjana pendapatan dengan bisnes shaklee

Hari ini Sue ingin berkongsi tips yang mentor bisnes Sue kongsikan bagi sesiapa yang ingin menjadi Work At Home Mother (WAHM). Panduan ini sangat penting walaupun nampak asas je, namun mungkin kadang kala kita terlepas pandang.

Sue olah tips berikut mengikut pengalaman Sue selama tempoh 2 tahun menjadi WAHM.

1) Beritahu pada keluarga
Perkara ini penting kerana kita perlu dapatkan restu keluarga terutama sekali pasangan kita. Pastikan mereka tahu kenapa dan apa yang boleh diperolehi bila kita jadi WAHM. Ini kerana supaya suami faham dengan tugas isteri kelak sebagai WAHM. 

Selain itu, ia adalah bagi mewujudkan kerjasama suami isteri untuk saling memahami terutama dalam aspek kewangan, pengurusan masa, pembahagian tugas dan sebagainya.

2) Set masa
Buat jadual dan berusaha mengikut jadual serta melatih ahli keluarga untuk ikut sama jadual tersebut. Contoh pukul 10 malam anak-anak kena tidur, jadi latih anak-anak untuk tidur awal sebelum pukul 10 malam. Sebelum pukul 10 malam tutup tv dan lampu bilik. Ajak mereka tidur. Selepas mereka tidur anda boleh menyambung tugasan anda semula.

3) Buat senarai To Do List dan Not To Do List
Contoh To Do List adalah seperti masak, basuh baju, sidai baju, ambil anak di sekolah dan lain-lain
Contoh Not To Do List adalah seperti scroll newsfeed fb, follow cerita sinetron di TV dan lain-lain
Senarai ini akan membantu anda menyiapkan tugasan dengan lebih cepat dan teratur

4) Bangun awal
Kalau anda sudah biasa bangun awal latih diri untuk bangun lagi awal. 5 minit lebih awal ke? kerana kita boleh lakukan sesuatu jika bangun lebih awal dari yang biasa menjadi rutin kita.

5) Bina blok-blok tugasan
Contoh 1 jam untuk masak sarapan, 1 jam untuk selesaikan laundry, 1 jam untuk hantar dan ambil anak-anak pulang dari sekolah, 2 jam untuk urusan bisnes dan lain-lain. Dari sini anda boleh masukkan dalam To Do List anda supaya aktiviti anda lebih teratur dan smooth  aje.

6) Buat priority list 
Utamakan yang lebih utama. Kita lah yang mengawal aktiviti kita. Kalau perkara yang tak penting tu tak payah buat pun tak pe. Contohnya seperti antara memasak dan layan drama sinetron mana yang lebih utama? Tentulah masak bukan? Kang nanti anak-anak dan suami balik nak makan ape pulak kalau asyiknya melayan sinetron tu, ye dok?

7) Ambil masa untuk berfikir
Bangun awal pagi tadi tu, fikirkan apa yang aku nak buat hari ini?, apa objektif aku hari ini?,  apa yang aku nak capai hari ini?. Bila dah tengahari dan kerja pun sudah selesai cuba refleks balik pada diri dah capai ke matlamat yang telah di set awal pagi tadi.

8) Muhasabah 
Muhasabah diri sebaiknya dilakukan pada setiap malam sebelum tidur. Lihat balik apa yang boleh diperbaiki esok hari. Seorang Muslim yang cemerlang, setiap hari dia mesti lebih baik dari esoknya dan lebih baik dari hari yang sebelumnya.

Semoga panduan ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda semua. Jika anda berminat untuk menyertai bisnes Shaklee dan MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE, boleh menghubungi Sue di talian 013 4774 285 untuk mendapat pelbagai keistimewaan.

Join PROJEK YES dengan pelbagai penjimatan dan keistimewaan yang sangat hebat untuk tempoh terhad sahaja. Semoga berjaya!

4 ulasan:

  1. nak berjaya kena usha kann :D

    BalasPadam
  2. bukan senang kan WAHM...kagum dengan semangat u all semua =)

    BalasPadam
  3. berharap satu hari nanti bolehjadi WAHM jugak.

    BalasPadam