8 Makanan Buka Puasa Dan Sahur Yang Sihat Supaya Berat Badan Tidak Naik

Makan secara sihat perlu dijadikan amalan setiap masa tambahan lagi semasa menjalani ibadah puasa. Ini penting untuk mengelakkan beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya.


Sekiranya masalah ini berlaku, pastinya ia boleh mengganggu seseorang itu berpuasa dengan selesa dan menghayati fadhilat di bulan Ramadhan.

Lihat contoh bagaimana Puan Haridah, seorang ibu hamil ini mampu berpuasa penuh sepanjang Ramadhan. Apa agaknya yang beliau makan sehingga gagah berpuasa penuh?

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... 

Beberapa disiplin diet kesihatan sempena Ramadhan disediakan untuk rujukan anda dan boleh diamalkan supaya tahap kesihatan sentiasa terjamin.

1) Bijirin


Mengandungi karbohidrat kompleks dan serat tinggi seperti beras merah dan gandum. Kandungan karbohidrat hanya 38mg. Sangat baik untuk anda yang berpuasa di samping berdiet.

2) Kentang


Mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi, memiliki kandungan vitamin C, vitamin B6, zat besi dan serat tinggi.

3) Oat

Kandungan karbohidrat kompleksnya mencapai 98%. Selain itu oat juga mengandungi serat, protein, vitamin B dan zat besi yang diperlukan untuk proses metabolisme tubuh badan.

4) Roti


Sepotong roti gandum mengandungi 20g karbohidrat. Selain itu roti gandum mengandungi vitamin, mineral, dan serat yang baik untuk metabolisme tubuh.

5) Sayuran hijau


Mengandungi karbohidrat dan serat yang tinggi yang sangat baik bagi melancarkan pencernaan.

6) Putih telur


Kaya dengan protein, karbohidrat yang tinggi, riboflavin dan rendah lemak. Mengambil putih telur akan membuat anda tidak mudah merasa lapar.

7) Buah-buahan segar

  • Buah pisang mengandungi vitamin B6 dan vitamin C, mengandungi potasium dan berserat tinggi. Sebiji buah pisang mengandungi 24g karbohidrat.
  • Buah berry seperti strawberi, blueberi dan blackberi. Mengandungi karbohidrat kompleks, juga mengandungi antioksidan untuk melindungi tubuh dari radikal bebas.
  • Buah tembikai mengandungi vitamin C, beta karotin sebagai antioksidan dan dapat mencegah katarak. Tembikai mengandungi kadar air yang tinggi dan rendah kalori yang sangat bagus diambil terutamanya sewaktu haus.

8) Buah yang dikeringkan

  • Buah kering boleh diambil sebagai hidangan pencuci mulut selepas selesai berbuka puasa dan sahur. Antara buah-buahan kering yang sangat bagus dimakan ialah kurma, kismis, kiwi dan plum.
  • Kurma kaya dengan potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa.

10 ulasan:

  1. terimakasih infonya :) sangat bermanfaat ..

    BalasPadam
  2. sy suka buah-buahan...sedap mkn bila lepas terawih....hihhi

    BalasPadam
  3. Nice sharing.. tapi Ira duduk asrama.. belum tentu pihak asrama sediakan makanan macam ni :D

    BalasPadam
  4. alamak kuih2 xde lam senarai ke sue hahaha
    lau berbuka ni sure ada 1 2 jenis kuih ekeke

    BalasPadam
  5. Nice sharing tp cikna lg suka yg no.7&8....;-)

    BalasPadam
  6. kena jugak makan nasi, hehehe

    BalasPadam
  7. suka mkn semua tu tapi nasi mesti ada ...ishh....itu sbb berat tak turun

    BalasPadam
  8. tq sue
    Ramadhan tahun ni sahur baru sekali je makan nasi
    selalu layan oat & roti ja

    BalasPadam