8 Panduan Penyusuan Susu Ibu Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

tips penyusuan di bulan ramadhan

Ramai di kalangan ibu yang menyusukan anak sangat risau apabila menghampiri ke bulan puasa. Kata mereka, takut susu merudum, stok susu semakin berkurang dan ada yang mempertikaikan kemampuan diri untuk berpuasa.

Eh, siapa cakap ibu menyusu tak mampu berpuasa? Tengok contoh ibu yang sarat hamil ni pun masih mampu berpuasa penuh tau.

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... 

Apa yang patut ibu menyusu lakukan untuk maintain production susu sepanjang berpuasa? 8 panduan ini boleh membantu anda jika diamalkan mengikut disiplin.

penyusuan di bulan ramadhan
1) Patuhi jadual mengepam
Bagi ibu yang bekerja kebiasaannya sudah mempunyai jadual mengepam, sebolehnya patuhilah jadual mengepam anda. Jika terlepas mana-mana sesi mengepam anda hendaklah menggantikan sesi mengepam pada waktu yang lain.

2) Makan buah-buahan yang tinggi fiber dan jus
Contohnya seperti kurma, pisang dan tembikai. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan mampu membekalkan khasiat pemakanan yang diperlukan seharian.

3) Tambah kekerapan mengepam sebelum bulan Ramadhan
Dengan ini anda lebih banyak peluang untuk mengumpul stok susu sebelum masuk bulan puasa.

4) Jadikan kurma sebagai snek
Kurma mengandungi gula semulajadi yang memberi tenaga segera.

5) Power pumping seminggu sekali
Power pumping boleh dilakukan semasa hujung minggu atau waktu dari tengah malam hingga pagi sebelum Subuh mengikut kesesuaian waktu anda.

6) Minum air masak yang cukup untuk mengekalkan bendalir dalam badan
Anda boleh membuat pecahan waktu seperti berikut untuk minum 6 botol air mineral 500ml iaitu antara maghrib dan isyak, terawih sehingga moreh, selepas moreh sehingga bangun semula sahur esok pagi.

7) Fikir positif
Yakin bahawasnaya susu akan cukup untuk anak anda.

8) Tawakal
Setelah semua usaha telah dilakukan, jangan lupa untuk bertawakal kepada Allah.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan

Sue telah mencuba tips di atas semasa menyusukan anak sulong, di mana ketika itu Sue masih bekerja di pejabat. Sekarang ni hanya direct feed anak jer memandangkan Sue telah menjadi surirumah sepenuh masa. Alhamdulillah, Sue dapat berpuasa penuh dan tiada masalah untuk membuat stok susu anak.

Ibu menyusu di luar sana, anda juga BOLEH! Jangan lupa mencuba tips yang Sue kongsikan ini tau. Jemput share artikel ini pada kawan-kawan anda yang memerlukan. Semoga bermanfaat.

7 ulasan:

  1. nice sharing ... infor ni bagis utk yg susukan baby juga yg ngandung :)

    BalasPadam
  2. ni yg nak tau sgt ni
    betul tu yg penting positif

    BalasPadam
  3. alhamdulillah, tahun ni adalah tahun ketiga berpuasa sambil bfkan damia. tahun pertama memang sukar, tapi tahun ni semakin senang sebabnya damia dah kurang minum susu

    BalasPadam
  4. boleh baca tp x leh praktik lagi heee

    BalasPadam
  5. tq sue
    walaupun dah lama tinggal bf ni :)
    nanti anak2 boleh guna sebagai panduan

    BalasPadam