Amalan Untuk Murah Rezeki Yang Tidak Putus-Putus

Assalamualaikum.

2 minggu lepas, saya ada baca dan amalkan suatu amalan yang dikongsi dari fanpage Mudahnya Menjemput Rezeki.

Saya terus amalkan, dan miracle nya, kesannya cepat betul.

Saya kongsi pula dengan kawan saya, saya tengok rezeki dia selepas amalkan yang saya kongsi tu, memang banyak betul rezeki masuk.

Ada yang berminat nak tahu amalan apa yang kami amalkan?

Mudah sangat-sangat tau. Yang penting istiqamah.

Berikut amalan yang di amalkan oleh kami.

Hasilnya mungkin berbeza bagi setiap orang ya.

Setiap pagi, buat solat sunat sebelum Subuh 2 rakaat, dan selepas solat sunat Subuh tersebut (lepas bagi salam), baca surah Al Balad 1 kali.

Lepas tu, solat Subuh macam biasa.

Dan lepas solat subuh tu, baca pula surah Al-Fath ayat 1-3 (Doa membuka apa saja yang tertutup).

surah al fath

Biasanya saya baca 3 kali. Pendek saja ayat ni. Lepas tu zikir lah apa-apa seperti biasa.

Tapi, ikut pengalaman saya selepas istiqamah amalan ini, setiap hari mesti ada saja yang call nak beli apa yang saya jual walaupun saya dah lama tak promote benda tu.

Wallahualam. Sekadar berkongsi.

P/s : Sedekah jangan lupa.
=====================================================

Ada orang kata, nak buat ibadat kena ikhlas, jangan mengharap balasan. Nanti tak ikhlas.

Bagi saya, saya mengikut apa yang diajarkan oleh Ustaz Yusuf Mansur dalam buku-bukunya.

Tak salah berharap, jika tempat kita berharap itu pada Allah, Tuhan kita.

Memang amalan-amalan murah rezeki yang selalu kita amal tu pun kita niat nak rezeki duit lebih banyak masuk, sebab kita manusia. Its a normal feeling.

Siapa yang tak nak kan?

Nak suruh ikhlas, memang kita mesti ikhlas buat ibadat.Wajib.
Tapi nak mencapai ikhlas tu bukan mudah.

Mungkin dari amalan-amalan yang kita buat dengan berharap rezeki 'duit' itu, lama kelamaan, dengan izinNya keikhlasan dalam beribadat dan amalan itu akan sampai perlahan-lahan.

Kita langsung tiada hak nak judge seseorang itu ikhlas atau tidak dalam amalannya.

Wallahualam. Mohon maaf jika ada kesilapan dari pihak saya.

Kredit: Nadiah Azaman Ppk

3 ulasan:

  1. HYEEE...AKHIRNYA ! DAPAT JUGA BLOGWALKING..SYIRALOKMAN CUTI SEM :D JOM KE BLOG ..BANYAK GIVEAWAY AND CERITA NAK KONGSI :D

    BalasPadam
  2. Ape pun yg kita buat kne ikhlas, BTW nice sharing nk buat jgk la....;-)

    BalasPadam
  3. nice sharing ... perkongsian yg bermanfaat :)

    Jemput join segmen, Klik Sini.

    BalasPadam