Amalan Wanita Haid Sewaktu Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Wanita adalah istimewa. Sebulan sekali mereka diberi 'cuti' yang percuma dari Allah. Oleh yang demikian mereka tidak dapat berpuasa penuh dan perlu menggantikan puasa mereka selepas habis bulan Ramadhan.

Walaupun haid, kita sangat dianjurkan untuk melakukan banyak amalan kebaikan di bulan yang mulia ini. Apakah amalan-amalan itu? Gambarajah di bawah menjawab persoalan anda. (Klik imej untuk lebih jelas).

perkara yang boleh dilakukan ketika datang haid di bulan Ramadhan

1) Membaca/ mendengar ayat-ayat Al-Quran yang telah dihafal tanpa memegang Al-Quran
2) Membaca hadith-hadith Nabi
3) Zikrullah seperti tasbih, tahmid dan tahlil
4) Beristighfar
5) Berdoa
6) Berselawat
7) Muhasabah diri
8) Membaca buku-buku agama
9) Menghadiri majlis ilmu
10) Menjaga lidah dari berkata perkara yang tidak bermanfaat / dosa
11) Memberi nasihat
12) Menulis di medium sosial mengajak manusia berbuat baik
13) Menyediakan juadah berbuka dan sahur
14) Infaq
15) Memberi salam
16) Dan lain-lain lagi

Orang yang menyediakan hidangan bagi orang yg berpuasa turut mendapat pahala
Hakikatnya banyak amalan-amalan yang boleh anda lakukan. Jangan bataskan diri anda. InsyaAllah anda tetap mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.

3 ulasan:

  1. ya betul...
    tak semestinya tak boleh puasa tak boleh tambah pahala kan..
    Islam itu indah dan mudah je..:)

    BalasPadam
  2. aah kan..cuma nak n xnak je huhu

    BalasPadam
  3. haid bukan halangan pada wanita utk beribadah di bulan puasa ni kan =)

    BalasPadam