Awas Simptom Meroyan! Panduan Elak Meroyan Selepas Bersalin

Meroyan begitu sinonim dengan wanita selepas bersalin. Ada segelintir wanita menghadapi tekanan emosi ketika berpantang. Tempoh sepanjang penjagaan selepas bersalin adalah sangat penting untuk ditikberatkan.

postpartum blues

Jika tekanan yang dialami tidak diatasi dengan sewajarnya, wanita terbabit boleh menderita seumur hidupnya. Cntohnya seperti Puan Khadijah ini yang mengalami tekanan sewaktu berpantang anak sulong akibat sembelit teruk.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit

Meroyan terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
1) Postpartum blues
2) Postpartum depression
3) Postpartum psychosis

Postpartum blues adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius yang kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin pada hari ketiga hingga kelima. Namun ia akan berkurangan selepas lebih kurang 10 hari bersalin dan akhirnya emosi kembali seperti sedia kala.

Postpartum depression pula adalah gangguan psikologi yang memerlukan rawatan doktor pakar. Kemurungan yang dialami lebih teruk dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Masalah ini kerap berlaku pada bulan pertama sehingga selepas setahun kelahiran anak.

Ia juga boleh berlaku kepada wanita yang keguguran bayi atau kematian bayi dalam kandungan.

Sementara itu, postpartum psychosis atau gila meroyan merupakan peringkat paling teruk. Biasanya, ia bermula tiga hingga lima hari selepas bersalin dan boleh berlarutan sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin.

Ia bermula dengan gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang, ragu-ragu, bercelaru, merepek dan mengeluarkan kata-kata yang sukar diterima akal.Ibu mudah murung atau sedih melampau dan sering menangis.

Panduan elak meroyan

1) Bagi mengurangkan masalah tersebut, dalami ilmu keibubapaan, bayi dan kanak-kanak daripada bahan bacaan, keluarga dan kawan-kawan sejak sebelum mengandung lagi.


2) Pastikan anda mendapat bantuan suami. Minta bantuan suami dan ahli keluarga yang lain sewaktu dalam jagaan selepas bersalin.

3) Dapatkan pembantu rumah. Sebaik-baiknya dapatkan pembantu rumah yang boleh menguruskan kerja-kerja harian dan pada masa yang sama boleh membantu menjaga bayi baru lahir memandangkan keadaan anda yang masih lemah.


4) Rehat mencukupi adalah penting. Ambil udara segar di halaman rumah pada waktu pagi. Jika berpantang di kampung halaman ianya suatu BONUS kerana udara kampung yang lebih segar dan bersih.

5) Tidur sewaktu bayi tidur. Sekiranya tidak berupaya untuk melelapkan mata cukuplah sekadar berbaring di katil tanpa memikirkan apa-apa perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan. Orang tua-tua ada berpesan ibu dalam pantang ni tak boleh fikir banyak-banyak takut meroyan. Ingat tau...


6) Pengambilan diet
Pemakanan yang berkhasiat dan seimbang adalah penting untuk mengelakkan letih dan tidak bertenaga. Selain itu ianya bagi memastikan kelancaran air susu untuk bayi.

Puan Salwa berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg selepas berpantang di samping berjaya menyusukan anak beliau bersama dengan anak susuan. Alhamdulillah rezeki beliau kan :) Nak tahu apa tips beliau, tonton video ini sampai habis.

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!

7) Lakukan senaman ringan kerana ia membantu anda berasa lebih cergas secara fizikal dan mental. Hanya dengan berjalan-jalan di kawasan sekitar halaman rumah pun sudah mencukupi.

Jangan sampai sakit pinggang dan urat-urat badan ye mommies. Nanti lagi susah mommies nak menyusu dan menjaga bayi pula kalau sakit kan. Berpada-pada ketika bersenam ok..

Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini Rimas, Sampailah...

8) Bersikap realistik. Selepas bersalin, anda seharusnya menitikberatkan aspek kesihatan diri dan pada masa yang sama belajar teknik menguruskan bayi dengan betul. Namun, jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang sukar dilaksanakan. Apa yang penting, anda perlu seronok dengan pengalaman baru ini.

Semoga panduan di atas dapat membantu mommies menjalani tempoh berpantang yang indah. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda yang memerlukan :)

3 ulasan:

  1. nice sharing ... semua tu boleh elak stress :)

    BalasPadam
  2. sebab itu kita takleh stress masa berpantang.
    alhamdulillah, masa berpantang dulu husband banyak membantu dalam kerja rumah dan anak-anak

    BalasPadam