Kelas Shaklee Bersama Master Cery dan Grup Jutawan di Faizworld Training Centre

Assalamualaikum.

Pepatah ada menyatakan kalau hendak berjaya perlu ada ilmu. Nak ada ilmu perlu berguru. Jadi rajin-rajin kan diri ke kelas menuntut ilmu.

Pada 4 April 2015 Sue berkesempatan hadir ke kelas Bangkit 4 yang diadakan di Faiz World Bangi.
Seawal jam 6.30 pagi Sue dah keluar rumah menaiki teksi ke stesen KTM yang berdekatan. Saja tak nak drive kereta. Hujung minggu kereta banyak, naik highway pun jem lagi-lagi la LDP. Fuh! sesak tak hengat..

Kelas Bangkit #4
Alhamdulillah, anak-anak suami yang tolong jagakan di rumah. Sue dah siapkan barang keperluan anak-anak dan juga masak siap-siap untuk mereka semua.

Seharian di kelas pelbagai ilmu yang dikutip. Memang tak rugi join kelas. Ilmu dapat, kawan baru pun dapat.

Cuba teka Sue yang mana?
Yang paling tak disangka-sangka, Sue adalah pemenang cabutan bertuah bulan April 2015. Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. 

Sue telah memenangi hadiah sebuah TV Haier 32 inchi. Gembiranya hati ini. Alhamdulillah syukur atas rezeki yang tidak disangka-sangka ini. Terima kasih kepada pihak Faizworld Training Centre.

TV baru boleh pakai Raya nanti ;)
Oh ya, jika anda di sekitar Bangi yang memerlukan tempat untuk membuat kelas atau seminar, anda boleh menyewa tempat di Faizworld ini. Lengkap dengan semua fasiliti, dengan harga yang berpatutan.

Alamat lengakap:
Faizworld Training Centre
D-12-03, Block D, Paragon Point 2,
Seksyen 9, Jalan Medan, Pusat Bandar 8A,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Tel: 03-8928 9799

Notahati: Niatkan pergi kelas ikhlas kerana Allah, jangan pula niat kerana nak menang cabutan bertuah. Kalau menang anggaplah ia sebagai satu BONUS, rezeki yang tidak disangka-sangka :)

5 ulasan:

  1. wahhh bestnye
    murah rezeki sue
    boleh lah raya bertv baru ekeke

    BalasPadam
  2. waaa...thniah sue...moga makin bertambah rezeki

    BalasPadam
  3. wah ... tahniah sue, syoknya dapat tv :)

    BalasPadam
  4. sue yang pakai tudung biru sebelah kiri tu kannn???
    wah, nanti raya melaram dengan tv baru

    BalasPadam