Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Ibu Hamil

Amalan pemakanan yang sihat semasa hamil sangat penting berikutan bayi dalam kandungan bergantung harap kepada anda.

makanan yang mesti dielakkan oleh ibu hamil

Majoriti makanan boleh diambil namun ada baiknya kesederhanaan dititikberatkan. Hal ini kerana cara dan kuantiti pengambilan tertentu yang menentukan samada ia memberi manfaat atau membawa mudarat.

Makanan yang perlu dielakkan:

Susu dan produk tenusu yang TIDAK dipasteur termasuklah keju biru kerana dibimbangi boleh menyebabkan keracunan makanan dan keguguran.


Makanan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya seperti telur, daging dan ikan kerana boleh menjadi punca keracunan makanan.

Ikan bersaiz besar seperti yu kerana boleh menjejaskan tumbesaran otak dan sistem saraf bayi akibat kandungan merkuri yang tinggi.


Minuman beralkohol kerana boleh mengganggu perkembangan janin dengan menyekat oksigen dan nutrien.

Minuman berkafein yang diambil melebihi 200mg dikaitkan dengan keguguran. Malah ada yang mengalami anemia perlu lebih berwaspada kerana ia menghalang penyerapan zat besi.

Anemia turut dialami oleh Puan Aya Chalo. Boleh tonton video ini bagaimana beliau seringkali dimarahi doktor sewaktu check-up bayi sehinggalah beliau terjumpa dengan solusinya.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang 

Hati yang diambil secara berlebihan boleh mengakibatkan kecacatan bayi akibat kandungan vitamin A yang tinggi.


Semoga panduan ini dapat membantu ibu yang sedang hamil dalam menjalani fasa kehamilan yang lebih sihat.

4 ulasan:

  1. salams ramadhan su,

    tq share info yg sangat berguna:)

    BalasPadam
  2. thankx for sharing kak sue...nnt kita bila mengandung, nak refer ni lah.... kita ni xtahu pape, kang kita hentam jer, habes anak kita....hehehehe :D bagus kak sue share ni :D

    BalasPadam
  3. nice sharing ... telur separa masak pun tak bagus :)

    BalasPadam