Panduan Nutrisi Ibu Hamil Elak Risiko Bayi Cacat

Pemakanan yang berkhasiat amat penting untuk memastikan kandungan ibu hamil sihat. Semasa mengandung, bukan sahaja jumlah pemakanan anda perlu ditingkatkan, tetapi ketahui apa yang anda makan.

nutrisi untuk ibu hamil

Sue belanja satu video ibu hamil yang sudah sarat namun masih mampu memanjat Candi Borobudur. Wow, sungguh energetic kan!

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo!

Secara umumnya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori/ hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas.

Jika berlaku peningkatan berat badan dan tidak dikawal, ibu juga akan menghadapi pelbagai masalah lain seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.

Berikut panduan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil:

Vitamin B Complex: menjaga sistem otot, saraf dan jantung supaya berfungsi dengan normal

Sumber makanan: bijirin, kekacang, sayur hijau, produk tenusu (susu), telur dan cereal

Vitamin D: untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi

Sumber makanan: Minyak hati ikan, susu dan kuning telur

Vitamin E: bagi pembentukan sel-sel darah merah yang sihat

Sumber makanan: gandum, kekacang, minyak sayur dan sayur hijau

Protein: sumber zat pertumbuhan sel

Sumber makanan: daging, kekacang, ikan dan telur

Asid folik: untuk perkembangan sistem saraf dan sel darah. Keperluan asid folik semasa tempoh kehamilan adalah 800mcg sehari terutamanya pada 12 minggu pertama kehamilan. Kekurangan nutrient ini boleh membawa kepada gangguan pembentukan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau pun otak bayi

kekurangan asid folik
Spina Bifida
Sumber makanan: bayam, brokoli, pisang dan tomato

Zat besi: mengelakkan berlakunya anemia di kalangan ibu mengandung

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang

Sumber makanan: bayam, kangkung, daging dan hati

Kalsium: bagi proses pembentukan tulang dan gigi bayi, serta menghalang ibu dari mengalami osteoporosis

Sumber makanan: sayur hijau, kekacang, susu dan produk tenusu

Tidak dinafikan agak sukar bagi ibu hamil untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan sewaktu hamil. Ini berikutan ada kalanya makanan yang siap dibeli telah hilang khasiatnya akibat dari proses memasak itu sendiri, tercemar dan sudah luput tarikh.

Shaklee ada menyediakan suplemen PRE NATAL buat ibu hamil bagi melengkapkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil. Gabungan makanan yang sihat dan berkhasiat disertakan dengan pengambilan suplemen akan membantu ibu hamil mendapat nutrisi yang cukup untuk keperluan ibu dan bayi dalam kandungan.

vitamin ibu hamil

Untuk mengetahui setiap fungsi vitamin PRE NATAL SHAKLEE KLIK SINI.

Berita baik untuk semua ibu hamil, bermula dari bulan Mei sehingga Oktober 2015, set prenatal Shaklee ada diskaun 5%. Untuk maklumat lanjut dan pesanan produk boleh hubungi Sue di 013 4774 285.

Perhatian: Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meninggkan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus).

2 ulasan: