5 Sebab Bahaya Air Kosong Pada Bayi Bawah 6 Bulan

Menurut Dr Jennifer Anders, doktor pakar pediatrik dari John Hopkins Children's Center, Amerika Syarikat, bayi seusia enam bulan ke bawah tidak memerlukan air tambahan selain susu ibu kerana ia berupaya meragut nyawanya.

Antara masalah yang boleh timbul rentetan daripada perbuatan memberi bayi yang berumur bawah enam bulan minum air kosong seperti berikut.

bahaya air masak pada bayi bawah 6 bulan

1) Mengancam nyawa
Air kosong yang anda beri kepada bayi berkemungkinan mengandungi kuman. Lazimnya, air yang dicemari kuman apabila ia diperoleh daripada sumber yang tidak selamat atau tidak bersih. Oleh yang demikian, bayi terdedah kepada masalah cirit birit jika amalan kebersihan tidak dititikberatkan.

2) Menghakis pelindung penyakit
Air kosong yang diberi akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu. Keadaan ini boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai jenis penyakit sehingga boleh meragut nyawa apabila sistem imuniti yang dibina dirosakkan oleh minum air kosong berlebihan.

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT?

3) Menyebabkan sawan tarik
Bayi di bawah lima minggu sangat berisiko untuk mengalami sawan tarik. Hal ini berlaku kerana apabila diberi terlalu banyak air, ia akan menyebabkan garam di dalam tubuhnya cair. Akhirnya akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung dan sawan tarik. Sindrom ini dikenali sebagai oral water intoxication.

4) Merencatkan tumbesaran
Saiz perut bayi sangat kecil iaitu sebesar syiling 20 sen sahaja. Apabila perutnya dipenuhi air, ia akan menyebabkan dia kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya, bayi tidak mendapat khasiat susu ibu yang sangat diperlukannya. 

Tambahan pula, air kosong tidak mengandungi apa-apa jenis khasiat pemakanan. Secara tidak langsung, hal ini menyebabkan pertumbuhan dan kesihatan bayi terjejas.

5) Menjejaskan akal
Didapati amalan memberi air kepada bayi di awal kelahiran boleh meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Pemberian air kosong pada hari pertama selepas bayi dilahirkan didapati meningkatkan risiko jaundis.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan 

Menurut pakar laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis sehingga boleh menyebabkan maslaah terencat akal.

Apabila bayi melepasi usia enam bulan, anda boleh mula memberikannya air. Namun, diingatkan agar anda memberinya air hanya sekadar yang perlu. 

Hal ini kerana memberikan air secara berlebihan akan menyebabkan si manja anda mengalami kembung perut dan tidak mempunyai selera untuk makan. Sementara itu, setelah anak anda berusia satu tahun, dia bolehlah meminum air mengikut keinginannya tanpa perlu disekat lagi.

7 ulasan:

  1. baru mamamyja tahu sebabnya.. bila org cakap jgn bagi, kita pon xbagi lah.. hehehe

    BalasPadam
  2. memang tak pernah beri sewaktu di bawah usia 6 bulan sebab dah terbaca sana-sini bahayanya.... Selamat hari raya sue, maaf zahir dan batin....

    BalasPadam
  3. Info yang baik... memang tak bagi,, susu ibu dah cukup.

    BalasPadam
  4. yup CT penah dngr ni tok ceramah kat makcik sbb kasi anak dia minum air masak.. hebat org tua2 kita.. xde baca buku pun tp tahu bnyk benda..

    BalasPadam
  5. Nani ni bab bab baby memang noob sangat. hahaha. bujang lagi kan :P

    BalasPadam