6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi daripada waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh anda. Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh anda. Antara manfaatnya termasuklah:

manfaat mandi sebelum subuh

1) Kulit lebih halus dan lembut
Bagi mengekalkan awet muda dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ianya akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2) Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3) Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4) Mengurangkan risiko darah tinggi
Bagi anda yang memiliki darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk membantu anda mengurangkan penyakit anda. Jika ia diamalkan selalu, penyakit akan dapat dikurangkan.

5) Mengurangkan tekanan dan tenang
Air sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami masalah kemurungan, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat mandi pagi sebelum subuh.

6) Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Kesimpulannya:
Anda bukan sahaja awet muda, malah akan terhindar daripada penyakit berbahaya jika mengamalkan mandi sebelum subuh secara konsisten. Selamat beramal :)

6 ulasan:

  1. nice sharing ... tapi biasanya sejuk la :p

    BalasPadam
  2. sy suka mandi mandi sebelum subuh...segar jer rasa...

    BalasPadam
  3. mmg byk manfaatnye kalau mandi sebelum subuh
    terus je segar

    BalasPadam
  4. hehehe kalo pi sekolah mmg mandi before subuh..
    grrrr sejuk =P

    BalasPadam
  5. alamak!!!! part ni paling susah...dah azan baru bangun mandi huhuh

    BalasPadam