6 Tip Persiapan Bersalin Caesarean

Setiap ibu pasti menginginkan proses kelahiran berjalan dengan lancar. Namun ada segelintir daripada mereka terpaksa melalui kaedah kelahiran secara caesarean. Ada beberapa tip berguna buat mereka andai terpaksa melahirkan bayi secara caesarean.


1) Baca buku panduan dan persiapan
Bakal ibu amat digalakkan untuk membaca info yang berguna tentang prosedur caesarean. Secara tidak langsung, ia juga dapat membantu memberi persediaan mental dan psikologi untuk berhadapan dengan pembedahan kelak.

Namun harus diingatkan, janganlah pula bakal ibu berasa ngeri apabila terbaca perkara yang kurang enak tentang pembedahan ini.

Elakkan stres sewaktu berpantang ok, takut terkena gila meroyan. Tengok video ni, Puan Kadijah begitu stres sewaktu berpantang anak sulong. Kesian sangat dengan beliau.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit

2) Berbincang dengan doktor
Jika anda sudah menetapkan untuk melakukan pembedahan caesarean, selalulah berbincang dengan doktor pada pertemuan pemeriksaan. Anda boleh mengutarakan sebarang kelainan yang dialami bagi memudahkan doktor membuat pemantauan kesihatan menjelang hari pembedahan.

3) Kelengkapan ke hospital
Jika anda memilih tarikh pembedahan caesarean, anda mendapat kelebihan untuk bersiap lebih awal. Sediakan senarai barangan bagi mengelakkan anda tertinggal barangan penting.

Biasanya ibu yang baru bersalin secara caesarean akan ditahan lebih lama di hospital berbanding mereka yang bersalin normal iaitu lebih kurang tiga hari sehingga lima hari sebelum dibenarkan pulang. Jadi pastikan anda membawa baju dan keperluan yang mencukupi.

4) Keadaan selepas caesarean
Selesai pembedahan, anda akan dibawa ke wad dan dipantau selama beberapa jam. Pada ketika itu, anda mungkin menggigil, mengantuk dan juga mual. Sebolehnya jangan menerima terlalu ramai pelawat kerana pada ketika itu anda perlu berehat secukupnya. Kesan pembedahan mungkin boleh sembuh di dalam masa enam minggu. Elakkan daripada membuat banyak tugas.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan 

5) Kos hospital
Umumnya kos pembedahan caesarean adalah lebih tinggi dan mahal berbanding kos bersalin normal. Jadi anda harus bijak merencanakan perbelanjaan supaya ia tidak mendatangkan kesulitan semasa ingin keluar hospital.

6) Dengar pengalaman rakan-rakan
Tidak salah rasanya jika anda ingin mendengar pengalaman rakan-rakan atau saudara yang pernah menjalani kaedah bersalin secara caesarean. Mungkin daripada perbualan tersebut, anda sudah boleh membayangkan serba sedikit keadaan, rasa sakit dan cara menguruskan diri selepas bersalin.

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? 

Sue pernah menjalani kaedah bersalin secara caesarean semasa anak sulong berikutan bayi sudah lemas di dalam perut. Selepas keluar dari bilik OT, memang Sue menggigil kesejukan. Di dalam wad nurse memasang alat pemanas dan selimut tebal. Alhamdulillah kurang sedikit rasa sejuk.

Selepas tu terus terlelap sampai keesokan paginya (Sue bersalin malam). Esok paginya doktor datang check ibu dan anak, kemudian dah boleh discharge balik ke rumah. Yeay! Bonding time dengan baby baru. Memang syok..

Anda anda pengalaman bersalin caesarean? Jom kongsikan pengalaman anda dengan Sue :)

Anda berminat untuk mendapatkan set berpantang Shaklee boleh sms/whatsapp 013 4774 285 (sue).

3 ulasan:

  1. x de pengalaman..kahwin pun belum sob sob sob

    BalasPadam
  2. CT doc mmg dah nasihatkan kalo branak kena bedah.. huhu tngk pun da seram =P

    BalasPadam
  3. sy lom ada pengalaman bersalin...hihihi....perkongsian menarik ni...

    BalasPadam