7 Cara Hilangkan Ketagihan Mengunyah Waktu Malam

Pengambilan makanan yang mengandungi gula tinggi, berlemak dan rendah serat dapat membuatkan perut anda cepat lapar. Jika anda ingin menghilangkan keinginan makan pada lewat tengah malam, cuba lakukan cara ini.

tip kurangkan rasa ingin mengunyah

1) Tidur lebih awal
Mulakan tidur pada jam 10 malam atau 11 malam. Selain untuk badan lebih sihat, anda juga tiada keinginan untuk makan lagi.

2) Simpan makanan sihat sahaja
Pastikan di rumah anda menyimpan buah-buahan dan sayur-sayuran mentah. Buah-buahan mudah untuk dihadamkan oleh badan.

3) Tampal gambar anda
Pilih foto yang paling anda suka. Contohnya gambar ketika anda mempunyai berat yang ideal dan langsing. Tampalkan pada pintu almari atau peti ais. Ini membantu anda sebagai 'ingatan' untuk motivasi diri dan tidak terjangkau untuk mengambil makanan ringan.

4) Memberus gigi
Jika anda memberus gigi beberapa jam selepas makan malam, keinginan untuk mengunyah pasti hilang. Gigi yang bersih akan membuatkan anda tidak ingin makan lagi.

5) Sibukkan diri
Sukar melelapkan mata? Buatlah sesuatu untuk mengelakkan anda mengunyah pada waktu malam. Contohnya, menulis, melayari internet, melipat baju dan lain-lain.

6) Telefon dan bertanya khabar
Jika anda bosan atau terjaga pada waktu malam, jangan terburu-buru menonton televisyen dan mengambil biskut. Cubalah berkomunikasi dengan keluarga atau sahabat baik dengan menelefon atau 'chat'. Sudah pasti keinginan makan berkurangan tetapi pastikan tindakan anda itu tidak mengganggu masa rehat mereka.

7) Cari punca keinginan makan
Sebelum makan, cuba tanya pada diri sendiri, adakah anda betul-betul lapar atau sekadar melepaskan rasa bosan. Kadang kala keinginan untuk makan bukan kerana lapar tetapi emosi anda yang tidak stabil.

Tip nombor 4 tu yang biasanya Sue praktikkan jika ingin mengunyah makanan pada waktu malam. Setakat ni masih lagi menjadi. Bagaimana dengan kawan-kawan? Jom share.

4 ulasan:

  1. bgus entri akk ni...yg buah tuh memang betul...kalau teringin nak makan cikedis, amek buah sombat kan ke mulut...mesti xde nk makan lagi cikedis :D hehehheh :D

    BalasPadam
  2. gimme 5 sue..no 4 selalu jd pilihan juga

    BalasPadam