7 Tip Elak Rambut Gugur Selepas Bersalin

Keguguran rambut selepas bersalin merupakan sesuatu yang lazim berlaku terhadap setiap wanita. Ketika hamil, hormon estrogen yang tinggi menyebabkan rambut berada dalam fasa rehat. 

Selepas bersalin, penurunan hormon estrogen menyebabkan rambut gugur dengan banyaknya berbanding dalam keadaan biasa. 

Namun anda tidak harus risau kerana keadaan ini merupakan keadaan sementara dan akan pulih dalam masa 4-6 bulan. Tetapi ada sesetengah wanita mengambil masa yang agak lama untuk pulih.

Ada beberapa tip yang boleh diamalkan untuk mengurangkan keguguran rambut selepas bersalin. Antaranya:

rambut gugur selepas bersalin

1) Elak mengikat rambut dengan ketat kerana ini boleh menyebabkan tarikan yang kuat/stres/trauma terhadap kulit kepala.

Trauma rambut gugur turut dialami oleh Puan Maria sehinggakan beliau sangat malu untuk berhadapan dengan suami sendiri. Jom tonton kisahnya.

Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini...

2) Pemakanan yang seimbang dapat memastikan kulit dan rambut mendapat nutrien yang secukupnya untuk pertumbuhan yang sihat. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi flavonoid serta anti-oksida yang boleh melindungi folikel rambut serta merangsang pertumbuhan rambut.

3) Pengambilan vitamin B Kompleks, vitamin E, vitamin C, Zink serta Biotin boleh membantu menjadikan rambut lebih sihat.

4) Penggunaan syampu yang mengandungi biotin atau silika dapat merangsang pertumbuhan rambut. Rambut yang telah dicuci dengan syampu haruslah dibilas bersih dengan air sejuk.

5) Penggunaan sikat yang mempunyai gigi yang jarang dapat mengurangkan rambut gugur.

6) Elak atau kurangkan penggunaan pengering rambut.

7) Rambut yang pendek dapat mengurangkan tarikan ke atas kulit kepala secara tidak langsung mengurangkan rambut gugur.

Selamat mencuba :)

3 ulasan:

  1. nak potong rambut husband tak kasi. kena ambil vitamin dan jaga makan nampaknya

    BalasPadam
  2. untuk lepas bersalin je ke kak ? kalau biasa2 ?

    BalasPadam
  3. Dalam rumah saya kesemuanya wanita kecuali saya, masalah rambut bersepah di lantai memang kerap terjadi. Tak hairanlah rambut panjang dah tentu rambut kepunyaan wanita...kalau nak cakap masalah keguguran rambut selepas bersalin mungkin tak masuk akal sebab isteri dgn anak-anak saya yg dah besar semuanya. Adakah mungkin di sebabkan masalah pemakanan?

    BalasPadam