Bayi Keliru Puting, Apa Perlu Buat?

Keliru puting ini adalah perkara biasa yang berlaku di kalangan bayi. Sebenarnya tiada cara yang spesifik untuk melatih bayi untuk meminum susu menggunakan botol susu.


Anda hanya perlu mencuba puting-puting yang berlainan mengikut kesesuaian pada bayi. Jika bayi enggan minum menggunakan botol, pemberian susu boleh dilakukan dengan menggunakan picagari (syringe) atau sudu. 

Puting getah (rubber teat) lebih lembut berbanding dengan puting silikon dan selalunya lebih mudah untuk bayi menyesuaikan diri dengan puting tersebut.

Ibu-ibu jangan berputus asa untuk mencuba pelbagai jenis puting susu di pasaran, walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit duit, asalkan anak anda mahu minum dari botol susu, anda pasti akan gembira setelah usaha berhasil.

5 ulasan:

  1. betul tu, ketiga-tiga anak mamamyja macam2 ragam.. sib baik xberapa nak pening. hahahaha

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, Ash tak keliru puting...he he he... tapi apa-apa pun perkongsian yang sangat bermanfaat.... terima kasih sue...

    BalasPadam
  3. kena tukar2 tu maksudnya beli macam2 size eh.. ada yg lembut ada yg keras sket kan..

    BalasPadam