Bila Bayi Tumbuh Gigi Dan Cara Atasi Sakit Gusi

Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui untuk memastikan gigi si manja dijaga sejak kecil lagi. Ayuh kita selidiki!

petua merawat sakit gigi

1) Bayi mulai tumbuh gigi ketika berusia tiga hingga enam bulan. Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi antara usia enam atau tujuh bulan. Malah ada yang tumbuh gigi pertama selepas umur setahun.

2) Pada usia dua setengah hingga tiga tahun, anak anda sepatutnya memiliki set lengkap 20 batang gigi bayi.

bila usia bayi tumbuh gigi

3) Biasanya, gigi pertama yang muncul adalah gigi bawah dua di depan. Gigi yang terakhir pula selalunya gigi geraham kedua iaitu di bahagian dalam rahang atas dan bawah.

4) Bayi akan rasa tidak selesa seperti mulai lebih banyak air liur dan terus menerus ingin mengunyah sesuatu, menangis, tidak mahu makan, dan tidak lena tidur.

5) Gusi bengkak dapat menyebabkan suhu badan bayi meningkat, tetapi umumnya tumbuh gigi tidak menyebabkan suhu tinggi pada bayi.

6) Untuk mencegah kerosakan gigi jangan biarkan bayi anda tertidur dengan botol. Susu atau jus dalam mulut bayi dapat menyebabkan kerosakan gigi dan plak.

7) Setelah usia tiga tahun, anak sudah boleh meludah keluar, sediakan ubat gigi mengikut usianya. Sebaiknya ubat gigi yang berflourida untuk menguatkan struktur gigi anak anda.

Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek

Reaksi bila tumbuh gigi

Terdapat beberapa perubahan sikap yang dialami bayi semasa pertumbuhan gigi. Jom lihat di sini.

1) Gusi terasa gatal, sakit atau bengkak serta merah

2) Pipi si manja menjadi kemerah-merahan akibat lelehan air liur berlebihan

3) Terjaga daripada tidur pada waktu malam. Tidurnya menjadi tidak nyenyak

4) Terdapat ruam pada muka dan dagunya

5) Menggigit permainan dan jarinya untuk mengurangkan rasa kurang selesanya

6) Air liurnya meleleh keluar berlebihan dari biasa

7) Suhu badannya sedikit naik tetapi tidak melebihi daripada 39C

8) Tiada selera makan dan minum susu

9) Tangan sering masuk mulut

10) Selalu ingin mengigit untuk mengurangi rasa sakitnya

Cara atasi ketidakselesaan

1) Berikan teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa

2) Atas nasihat doktor, anda boleh memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol

3) Berikan lebih susu atau air jika tidak mahu makan

4) Cuba memberinya sesuatu yang keras dan sejuk untuk dikunyah seperti kepingan keju, buah epal atau lobak merah. Tetapi jangan tinggalkan anak seorang diri untuk mengelak tercekik.

5) Jika gusi bayi merah dan bengkak , urut lembut dengan jari anda dengan gel theeting bebas gula

6) Peluk dan tenangkannya

Untuk ketiga-tiga anak Sue, semasa mereka tumbuh gigi reaksi mereka ialah dari nombor 5 hingga 10. Kesian sangat tengok anak time tumbuh gigi, diaorang rasa tak selesa sebab sakit kan. Tapi untuk gigi yang seterusnya tak de pulak demam atau merengek seperti mana kali pertama tumbuh gigi.

Mommies yang lain macam mana? Jom kongsikan dengan Sue di ruang komen.

Info: Jika gigi si manja hanya sedikit sahaja, memadai membersihkan gigi si manja dengan sehelai kain kasar. Atau boleh membeli berus gigi si manja. Gunakan berus gigi yang diperbuat dari silikon yang boleh disarungkan ke jari anda. 

6 ulasan:

  1. tumbuh gigi ni paling risau
    sbb anak akan demam merengek
    satu hari xleh nak buat ape..doklah berkepit ngan si kecik tu hehe

    BalasPadam
  2. Selalunya air liur meleleh-leleh sebab gigi nak tumbuh kan.

    BalasPadam
  3. sy plg suka tgk baby yg baru nk tumbuh gigi...gigih dia gigit semua benda...comel sgt heheheheehe

    BalasPadam
  4. time ni la nanti banyak ragam hehehe.. guling2 satu rumah sebab diorang tak selesa..

    BalasPadam