Doa Sebelum Memulakan Perjalanan Balik Kampung

Assalamualaikum.


Ada yang sudah sampai di kampung ke? Bagi yang ingin memulakan perjalanan pulang ke kampung nanti, boleh baca doa ini.

Doa ini sebenarnya terdapat di dalam al mathurat. Di baca pagi dan petang dan sangat elok jika diamalkan.


Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din menceritakan kepada kami tentang kaifiyat (kelebihan) doa ini. Bacakan 3 kali setiap kali sebelum memulakan sebarang perjalanan. Jika dalam waktu membaca itu ada gangguan yg membuatkan kita berhenti membaca seperti deringan telefon, orang memanggil kita atau apa sahaja, diisyaratkan kepada kita bahawa sebaiknya menangguhkan sebentar perjalanan kita itu. 

Tunggu sehingga 5 minit, bacakan sekali lagi, dan jika tiada halangan, teruskan perjalanan. Sekiranya masih lagi terganggu, tangguh terus perjalanan kerana boleh jadi akan ada halangan diperjalanan. Wallahua'lam - Admin 

*Doa ini boleh dibaca setiap waktu, selepas solat, mohon dihindarkan segala bentuk musibah/bencana kepada diri & keluarga. 

2 ulasan:

  1. singgah sini sekejab, nk wish selamat hari raya dan maaf zahir batin yer :D insyaAllah nnt free2 sikit kita dtg blogwalking sini yer :D Muah!

    BalasPadam
  2. alhamdulillah dah selamat balik kampung dan datang semula ke bandar :-)

    BalasPadam