Faedah Membaca Bersama Bayi Anda

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah kelebihan jika membaca untuk bayi anda, sedangkan mereka langsung tidak memahami apa yang anda buat, membaca atau bercerita kepada mereka sejak mereka bayi adalah satu aktiviti yang boleh merapatkan hubungan antara anda dan bayi selain ia sebagai salah satu bentuk rangsangan yang penting untuk tumbesaran mereka.

manfaat bayi pandai membaca

Antara kelebihan membaca dan bercerita bersama bayi dan anak anda ialah:
1) Mengajar bayi tentang komunikasi

2) Memperkenalkan anak anda kepada huruf, nombor, warna dan bentuk dalam cara yang menyeronokkan

3) Membina kemahiran mendengar, menguatkan memori mereka dan juga mengasah perbendaharaan kata mereka sejak kecil

4) Memberi gambaran kepada si kecil tentang dunia di sekeliling mereka

Bila dan bagaimana?
Bayi yang berusia empat hingga enam bulan mungkin sudah mula menunjukkan minat mereka terhadap buku. Mereka memegang, masukkan dalam mulut dan bermain dengan buku.

Seawal umur mereka enam bulan hingga dua belas bulan, mereka mula mengenali objek daripada gambar, warna dan bentuk yang ada dalam buku.

Terbukti ia dapat merangsang minda anak anda dengan baik. Tidak perlu kemahiran dan peralatan khas untuk membaca, hanya anda, bayi dan juga buku.

Bacakan mereka setiap hari ketika waktu rehat mereka atau malam pasti ia sesuatu yang mereka tunggu-tunggu. Siapa tahu ini juga dapat membantu mereka tidur dengan nyenyak selepas anda membacakan buku cerita.

Tip mudah untuk anda mula membaca bersama si kecil:
1) Letakkan si kecil di riba anda supaya mereka berasa selamat, selesa dan sentiasa dekat dengan anda.

2) Membaca dengan penuh ekspresi, tukarkan suara tinggi atau rendah atau gunakan suara yang berbeza-beza untuk watak yang berbeza.

3) Nyanyikan lagu kanak-kanak, buat sura haiwan yang comel atau geletek dan peluk mereka setelah habis membaca tentu buat si kecil anda terhibur.

4) Apabila mereka mula membesar, berinteraksi bersama mereka dengan mengajar mereka menyentuh objek-objek yang ada dalam buku tersebut.

5) Si kecil anda suka dan biasanya belajar daripada benda yang berulang. Oleh itu tak perlu risau untuk membaca buku yang sama setiap hari kerana mereka sukakannya.

Tip ni yang Sue apply pada anak-anak, Alhamdulillah mereka semua memang pecinta buku. Banyak perkataan baru yang mereka dapat selain dari bonding antara ibu dan anak. Selamat mencuba.

2 ulasan:

  1. aida setuju...
    ni tips paling berkesan.
    meskipun aida x dpt nak buat sekerap yg dicadangkan,but still kalau ada masa, memang aid amalkan :)

    BalasPadam
  2. sy suka bacakan buku utk anak sedara sy....sonok bila tgk diorg excited tgk buku tuhh heheh

    BalasPadam