Ketahui Simptom Wanita Mengandung

Assalamualaikum.

Bagi pasangan yang baru berkahwin tentunya teruja hendak mendapatkan zuriat secepat mungkin. Begitu juga bagi pasangan yang sudah lama berkahwin, pastinya rindukan bau bayi yang wangi bila anak sudah besar panjang.  Mari kita semak apakah simptom wanita mengandung supaya tiada lagi tanda tanya di benak fikiran kelak.

simptom wanita mengandung

1) Bengkak payudara
Jika anda hamil payudara mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

2) Sakit belakang pinggang
Peningkatan hormon progesterone dalam tubuh badan ibu hamil dan jangkitan saluran kencing selama kehamilan boleh menyebabkan sakit belakang di kalangan ibu hamil.

Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini Rimas, Sampailah.... 

3) Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkib mengalami pendarahan implnatasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah bewarna merah jambu atau coklat serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium.

4) Kerap membuang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda kerap membuang air kecil.

5) Sakit kepala
Gangguan sakit kepala yang sering berlaku di kalangan ibu hamil disebabkan rasa penat, loya, muntah dan tekanan darah rendah.

6) Mengidam
Anda mungkin mengidam pada sesetengah jenis makanan dan akan berakhir sehingga anda melahirkan anak.

7) Perubahan mood dan stres
Anda boleh mengalami perasaan yang teralu beremosi dan menangis disebabkan oleh perubahan hormon.

8) Suhu badan yang tinggi
Jika ketinggian suhu badan di luar tempoh haid yang dijangkakan, ia merupakan tanda awal kehamilan.

9) Morning sickness
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami morning sickness sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut.

10) Keletihan
Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa letih. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! 

11) Tidak datang haid
Tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

Oh ya, Shaklee turut menawarkan set vitamin Pre Natal untuk ibu hamil. Ianya boleh dimakan sejak dari ibu disahkan hamil, dan boleh diteruskan pengambilannya sewaktu berpantang dan menyusukan anak. Tahan sehingga 4-6 bulan makan, jimat kan... Sue juga adalah pengamal tegar set ini ;)

set pre natal shaklee

Best sangat! Badan rasa bertenaga, mood yang ceria, luka cepat sembuh, susu ibu pekat dan banyak, kulit licin dan gebu, ishh banyak lagi lah. Mommies kena cuba dulu baru tahu.

Pengalaman Sue sendiri sewaktu mengetahui diri sudah berbadan dua ialah apabila haid lewat seminggu dari tarikh sepatutnya. Kemudian, setiap kali berus gigi mesti rasa nak termuntah. Pening kepala dan badan kuat berpeluh. Cepat terasa hati dan kerap membuang air kecil.

Apa pula pengalaman mommies? Jom kongsikan dengan Sue di ruangan komen. 

6 ulasan:

  1. kita tak kawin lagi tp kan berguna ilmu ni time dah kawin nanti..thanks for sharing =)

    BalasPadam
  2. bestnyer kalau dapat merasai pengalaman mcm tuhhh kan :)

    BalasPadam
  3. eeerk.. CT xdok lagi simtem gini miahahaha..
    tak tau la bila =P tapi menarik la baca..

    BalasPadam
  4. aida da 3 kali pregnant, semua simtom ada...
    a great journey...

    BalasPadam
  5. kita arituh dah ada banyak tanda2 ni akk... pastuh check, xde pape... sedih sangat2... pastuh period jer normal..belum ada rezeki agaknya kitorang... akk doakan tau :D hiihihiih

    BalasPadam