KL Raya Fest (KLRF) 2015

Assalamualaikum.

Bagaimana persediaan Raya kawan-kawan? Ada yang masih mencari baju raya?

Jika ya, anda semua dijemput datang ke KL Raya Fest (KLRF) 2015 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Putra Kuala Lumpur (PWTC) 24 jam berturut-turut selama tiga hari bermula 11 Julai sehingga 13 Julai 2015 bermula hujung minggu ini.

Jika tak kemana-mana pada hujung minggu ini, anda boleh la datang ke sini nanti.

Sebanyak 400 jenama pakaian milik artis dan usahawan bumiputera akan menghangatkan KL Raya Fest (KLRF).

Antara artis yang mempunyai jenama sendiri dan turut terlibat dalam KLRF 2015 ini ialah Neelofa, Didie Alias, Izzue Islam, Siti Nordiana, Liyana Jasmay, Memey Suhaiza, Emma Maembong dan Norman Hakim.

Selain itu antara jenama lain yang turut akan berada di sana ialah Sugarscarf, Calaqisya, Zawara, Rina Salleh, Imaan Boutique dan pelbagai lagi.


Diskaun hebat sempena musim perayaan, sudah pasti dapat membantu menjimatkan kos perbelanjaan anda. Apa tunggu lagi, jom ramai-ramai ke sana hujung minggu nanti.

7 ulasan:

  1. tq inform... baju raya diri sendiri belum bei lagi ni :)

    BalasPadam
  2. waa...mcm menarik ni...tp jauh sgt utk nak redah jem huhuhu

    BalasPadam
  3. memberaida kata best sgt.
    tapi tu la, x dpt aida gi :(
    sedih...

    BalasPadam
  4. ada jugak asben g
    tapi kalau dgr je pwtc trs surender
    ramai dan sesak sane

    BalasPadam
  5. Kak Sue pergi shopping kat sni ke ? dngr nya ramai sungguh orang..
    tapi diskaun kaw2 hehehe..

    BalasPadam