Makanan Sihat Bermula Di Rumah, 6 Langkah Mudah Untuk Mulakannya

Kanak-kanak terutamanya si kecil yang sedang membesar biasanya akan makan apa sahaja yang ada di rumah. Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan penting untuk mengawal pemakanan anak-anak anda yang bermula dari rumah.

perlukah makanan tambahan pada kanak-kanak

Ibu bapa contoh terbaik
Cara terbaik untuk menggalakkan cara pemakanan yang sihat adalah bermula daripada anda. Anak-anak pastinya akan mengikut apa yang ibu bapa mereka buat setiap hari berdasarkan pemerhatian mereka.

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? 
Pengalaman menyusu anak pramatang memang menguji kesabaran & kekuatan mental. Namun, itu bukan alasan untuk gagal. Saksikan apa yg membantu beliau hingga berjaya?

Dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kerap dan mengurangkan pengambilan makanan yang kurang nutrisi di rumah, mereka tentu faham dan terikut dengan cara yang anda tentukan itu.

Beberapa langkah mudah untuk anda amalkan, antaranya ialah:

1) Jadikan rutin memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pastikan anda menghidangkan makanan sihat itu setiap kali anda makan.

2) Jadikan ia snek pilihan anak anda di rumah. Simpan buah-buahan yang telah dikupas dan sedia untuk dimakan untuk memudahkan mereka memakannya setiap kali lapar. Yogurt rendah lemak, mentega kacang dan keropok keju atau gandum juga baik untuk mereka.

3) Hidangkan daging tanpa lemak dan sumber protein lain yang baik seperti ikan, telur dan kekacang.

4) Pilih bijirin dan roti gandum supaya si kecil anda dapat lebih serat. Antara sumber makanan yang banyak serat ialah epal, oren, pisang, kekacang dan banyak lagi.     

5) Hadkan pengambilan lemak dengan cara masakan yang sihat. Elakkan makanan bergoreng dan gunakan cara seperti panggang, bakar dan stim. Gunakan juga produk tenusu yang kurang lemak.

6) Kurangkan minuman yang tinggi gula seperti soda, air berperisa dan jus buah-buahan.

Apa yang anda makan melambangkan diri anda. Oleh itu jadilah contoh yang terbaik untuk anak anda supaya mereka dapat membesar dengan baik dan sihat.

Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek 
Kisah menyayat hati seorang ibu yg anaknya sembelit teruk. Sembelit yg sangat teruk sampai suaminya kena standby nak seluk tangan untuk tolong keluarkan najis.

2 ulasan:

  1. Kalau balik rumah makanan yang ibu masak sentiasa berkhasiat tapi kat sini nak tak nak kena beli jugak dekat ekdai. tak sempat nak masak T_T

    BalasPadam
  2. nice sharing ... kami pun la ni dah start amalkan pemakanan sihat :)

    BalasPadam